Followers

Sponsored By

Monday, April 26, 2010

Seram tapi diteruskan jua


Kenangan bersama Personaku-seminggu usia

Alhamdulillah selepas makan pulut kuning penguat semangat akhirnya hari ini ISNIN 26 APRIL 2010 aku dengan semangat waja dan keberanian yang kental telah merealisasikan Lesen P aku untuk memandu dari rumah ke sekolah dan pulang dari sekolah berseorangan


Ikutilah rentetan percubaan pertama yang seram..




6.30pg


Keluar dari rumah.Mak suruh hantar adik ke sekolah dia tapi aku tak berani


6.32


Baru je nak keluar simpang Enjin mati.Hati dah rasa xsedap.Adakah ini petanda bahawa aku masih tak mampu lagi memandu sendirian?Orang belakang dah hon.Aku?Dengan selamba hidupkan enjin dan bergerak.


Sebenarnya bila enjin dah mati aku niat nak patah balik ke rumah naik bus lagi selamat.Tapi tak tau mcmn nak patah balik mcmn.Hahaha.So teruskan jua perjalanan sambil mulut tak henti berzikir mohon kekuatan dan kelancaran perjalanan dari Allah.


6.40


Belum keluar simpang Taman Sri Sentosa dah jammed dah.Teruskan perjalanan


7.00


Tak lepas lagi traffic Light .Adohai jammed yang panjang.Kaki dah menggigil nekan clutch


7.02


Berjaya melepasi traffic light simpan 4 sekaligus naik fly over.Fuh bila dpt duduk line Kiri..Bersyukur sangat sampai tercakap Arab.SYUKRAN YA ALLAH.padahal nak cakap SYUKUR YA ALLAH.


7.05


Berjaya sampai sekolah dengan jayanya.Aku org keempat yang hadir pagi tadi




Itu baru pergi.Belum cerita balik pulak.Aku habis sekolah pukul 1.Selalu aku org paling laju pergi pintu pagar sebab nak kejo bas RapidKL.Tapi hari ni aku relax2 dulu.Bual bual dgn cikgu senior.Dalam hati kembang kuncup je jantung ni mikir kan apalah pulak dugaan aku nanti




1.35


Keluar dari pagar.Kak Mah kawan sekerja ku follow dari belakang.


Pas tu tak ingat masa dah..


Aku sampai kat roundabout jalan Othman mmg jammed sangat.Penuh dengan kereta lori bas sekolah sume ada.Konon kuar lambat sikit nak bagi jalan clear.Tapi hampeh.Rasakan Nazla..


Setelah menyelit2..aku berjaya menduduki jalan sebelah roundabout nye divider.Sampai lah naik bukit flyover lagi.Traffic Light pulok.Bukit..mmg fobia.


Kereta?Mati sekejap..uuh..


Mujur kereta depan baru gerak.Tak sempat kene hon aku berjaya bergerak semula.


Lepas tu berjaya sampai dengan selamat di rumah.




2.10


B kata..jauhnya sekolah..baru skang sampai umah.Lantak le B nak ckp apa.Yang penting Sayang dah berjaya mengatasi rasa takut di jalan raya.Syukriya Ya Allah

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

memula pegang stereng, memang rasa gabra, takut semacam, seram sejuk, tp bila dah 2, 3 kali bawak lepas ni, insyaallah confident tu akan datang, yg penting cermin sisi, cermin blakang, kena selalu tengok...berhati2 dijln raya

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Teringat dulu..masa mula2 Lily pandu keta..mati kat tgh jln..nasiblah org belakang paham..dh nampak "P"..kat sini x pernah memandu lg..takutt..keta semua laju2...Apapon Naz..Hati2 di jln raya.. :)

Ieja said...

ieja dulu pun cam tu naz...kecut perut bila 1st time drive sorg2..alhamdullilah sekarang dh ok....apa2 pun kena hati2 & jgn cepat melatah time drive....

Naz Nur Nhazzla said...

Thanks kengkawan semua..Betul tu..hr ni hr kedua..naz dah tak sejuk lg

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN