Followers

Sponsored By

Saturday, January 30, 2010

Aku harus lebih bersyukur


Aku baru sahaja lepas menghantar suamiku di muka pintu.Walaupun hari ini cuti umum namun tidak bagi dia.Megasteel Sdn Bhd berjalan 365hari tanpa henti.Jadi beginilah nasibku..tersadai di rumah sahaja.Mesyuarat PIBG yang dijangkakan akan dilaksanakan hari ini pun telah dibuat pada Khamis yang lepas.Ahad pula aku harus pergi ke kelas memandu.Ntah bilalah nak habis.

Aku mengaku..hidupku sederhana.Berbanding sewaktu aku masih bersekolah,hidupku lebih senang berbanding dahulu.

Dulu..aku sendiri..hanya ada emak dan adik adik.Ada ayah tapi ayah pergi meninggalkan aku sekeluarga.Pergi dengan meninggalkan kami beban beban hutangnya yang sehingga kini terpaksa ditanggung emak.Sejak aku belajar..aku dapat PTPTN..wang itu bukan untuk aku seorang.Wang itu juga kugunakan untuk persekolahan adikku.Apabila aku mula bekerja dengan gaji 800 sebulan.400 untuk keluargaku.400 utk menanggung tambang pergi balikku ke tempat kerja makan minum dan kos untuk interview.Ada kekasih?gila pulak.Aku memang rasa hidupku sendiri.Aku sentiasa rasa rendah diri dan rasa kecewa untuk meneruskan hidup.Namun apabila aku rasa begitu..aku cepat cepat ingat ayat Al-Quran..yg membawa maksud..Allah tidak akan membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu.Bila difikir fikir aku sebenarnya mampu untuk mengharungi semua dugaan dan kesusahan yang aku lalui.

Sehinggalah aku bertemu suamiku Rizal.melalui internet..kawan kawan meragui kejujuran Rizal..Namun aku kuat berpegang pada doaku selama ini.Siapa yang datang dengan lamaran sebagai isteri..aku akan terima.

Apabila Rizal datang dalam hidupku..latar belakang pendidikan kami berbeza.Ya..aku ada ijazah dan Rizal hanya sehingga tamat SPM.jauh bukan?keluargaku meminta aku berfikir dalam dalam sebelum membuat keputusan.Kerana aku tidak mungkin akan hidup dalam kemewahan jika aku berkahwin dengan dia.akhirnya aku membuat keputusan untuk hidup bersama Rizal dengan harapan dia akan menjagaku seperti seorang ayah.Itu yang aku harapkan dari seorang lelaki setelah ayah mengabaikan tanggungjawabnya.

Kini aku telah dikurniakan seorang anak..anak yang sihat..anak yang sangat memahami keadaan ibunya..dan juga suami..ya..memang benar kata orang orang.Aku tidak hidup mewah berkahwin dengan Rizal.bukan senang untuk aku meminta minta sesuatu yang aku inginkan darinya.kadang kadang aku kecewa..aku tak dapat hadiah dari Rizal setiap kali hari lahirku.apatah lagi di hari hari biasa.Emas berlian?tak terjangkau di fikiranku..ya..aku mengeluh.

Tetapi setelah mendengar rintihan seorang rakan..tentang kehidupan bujangnya yang orang lain tak tahu.Sudah lah sendiri..tiada tempat mengadu..makan pun susah..wang yang ada untuk perbelanjaan ibu yang sakit dikampung.Dan seorang lagi rakan yang punya suami..namun tidak boleh menjadi teman dikala dia dalam kesusahan dan memerlukan kasih sayang seorang suami..

aku rasa menyesal dengan rungutan rungutanku selama ini.Ya..setiap kali aku merungut..aku tidak pernah dimarahi oleh Rizal.kadang2 rungutanku boleh mencabar kewibawaannya sebagai lelaki.Dia hanya diam..

aku menyesal kerana tidak bersyukur setelah Allah berikan yang terbaik untukku.memang aku tidak mewah..namun aku masih mampu makan yang sedap sedap setelah berkahwin dengannya..itu pun hasil penat lelah dia bekerja 14jam sehari.

Aku masih mampu tinggal di rumah flat yang disediakan oleh Rizal..berbanding dahulu tinggal di setinggan di pinggir bandaraya Johor Bahru..

Aku tidak perlu berpenat lelah membesarkan Rikazz sendirian kerana Rizal mmg sangat membantu..memandikan memakai baju memberi makan menyalin diaper

Aku tidak perlu penat penat memasak macam macam kerana dia hanya mahu satu lauk dan satu sayur dan kami selalu bergilir gilir memasak..

Aku tidak sendirian bila bersedih kerana aku ada Rizal sebagai teman meluahkan perasaan.Apa lagi yang aku minta???

Jika dibandingkan dengan orang lain yang susah aku lebih beruntung..

Sesungguhnya Allah bersama orang orang yang bersyukur.Ampuni aku Ya allah kerana sering merungut dengan pemberian yang sangat berharga kepadaku

Baby..maafkan sayang

Tuesday, January 26, 2010

Takut dengan Ikea











Hehehe..tajuk apa ni?ada yang ikea banned aku nanti.Takdelah..saja nak citer.25hb kan gaji bagi pekerja kerajaan macam aku ni kan?Sehari sebelum 25 tu aku dah pergi giant Kinrara saja jalan jalan n makan yong tau fu berkuah sup(inilah Yong tau fu Johor)..masa on the way ke Giant tu..teringat detik detik pertama aku mendengar suara sorang sahabat Kart..pes time aku cakap dgn dia sbb nak tanya kat mana kawasan jual yong tau fu kuah sup tu.Kart..ingat lagi x kart buat suara sengau..dalam hati ingatkan suara kart mmg mcm tu.ahahahaha..dah kecut perut dah masa tu takut salah org..




Berbalik pada cerita...Pergi Giant sbb sebelum tu nampak le meja makan 4 kursi..warna itam harga RM 196..kerusinya plak kerusi macam kedai kopi zaman dulu dulu..Suka sgt tengok.memandangkan rumah ku yang sempit..sesuai lah dengan meja tu...So ambik lah satu..oma Rikazz pun mintak belikan meja menjahit..Sekali angkut 2meja kat Giant tu..Rikazz plak?apa yg dia buat?




Baring baring atas sofa lembut lembut warna merah..pandai dia pilih..mesti nak merah..

Sunday, January 24, 2010

Rikazz setelah berusia setahun
















Kenapalah sekarang ni malas sangat nak online.Kalau online pun cek fb..cek blog update..sebarang citer best dan tak best dr kawan kawan..baca je lah tp xda mood nak meninggalkan komen.





Tapi hasrat aku mengarang lagi bangkit semula setelah aku membaca kisah di blog HAZIRA MARSYA HANIE.sedihnya kisah tu.semoga roh QAID AHMADINEJAD selalu dalam rahmat Allah.Al-Fatihah..





Disebabkan lama aku tak mencoret disini..lalu banyaklah benda aku tak cerita.Jadi hari ni aku nak ceritalah serba sedikit tentang kemajuan Rikazz apabila dia telah berusia setahun



Rikazz masih lagi belum pandai bercakap.Kalau dia ajuk ajuk pun masih satu suku kata..



kalau dia panggil kak nurul dia..kaka



panggil oma dia mmma



panggil ucu dia gugu



panggil ibu dia buu



panggil abah dia mbah..(dah macam nenek plak)



tp kalau menunjuk guna jari telunjuk dia akan kata tuuu



kalau pegang hp letak kat telinga cakap oo (helo)



dah faham arahan



kalau bukak baju terus tuju ke bilik air dan bersedia utk mandi



kalau bukak seluar dulu tandanya nak basuh ek ek dia..jd terus tuju ke tandas dan bukak paip sendiri



Suka sangat pegang sikat..lalu menyisir rambut ibu



Tengah suka kutip semua benda di lantai buang dalam bakul sampah.Hp abah n daddy ngah dia dah selamat masuk bakul sampah



suka pusing pusing sampai pening lalu terhuyung hayang



kalau nak keluar pintu ambil selipar sendiri (tapi bukan tahu pakai sendiri lagi pun)



Kalau aku solat dia memang akan ikut lalu meniru pergerakan aku..lagi lagi waktu sujud



Kalau azan berkumandang dia pun azan sekali.sama je intonasi dan nadanya.



Dah pandai nyanyi tp xtau lagu apa..sambil dia jalan jalan atau main sendiri dia akan berlagu dengan melodi yang aku pun tak tau lagu apa.hihihi




banyak lagi sebenarnya..tp cukuplah dulu setakat ni..tapi sejak Rikazz setahun..dia nampak matang sedikit.Cuma aku masih belum bersedia nak bagi Rikazz adik.Bila dia bf dgn aku..terasa lagi Rikazz ni masih bayi..tak sampai hati aku nak stop kan susu Rikazz sedangkan dia belum lagi pandai bercakap..kalau aku mengandung sekalipun memang tak salah kalau aku terus bf rikazz tapi aku rasa aku yang tak mampu.sebab sekarang bf rikazz sorang pun aku lapar sangat..apatah lagi aku kene support 3badan sekaligus.Aku tau ketidakmampuan aku..tambhan sejarah melahirkan yang juga tidak menggalakkan aku mengandung buat masa sekarang.





Sekarang kalau aku pulang dari sekolah..aku lah cikgu pertama yang keluar pagar selepas loceng berbunyi..Lantak lah orang nak kata apa...berlari lari aku dari keluar pagar sekolah nak kejo bas kat stesen bas jalan othman tu biar tak tertinggal bas?sebab apa?sebab nak jumpa Rikazz n nak bf dia..walaupun buat masa sekarang emak aku tolong jaga Rikazz..tapi aku tetap xsenang hati tinggalkan dia lama lama..tambahan pula sekarang Rikazz dah xminum ebm..jadi dia mmg tunggu aku balik untuk bf..tu yg buat aku xsabar sabar nak balik.Kalau nampak bas dari jauh aku berlari dengan beg buku dengan handbag..rasanya kalau org tengok memang hodoh sungguh larian aku.ahaha..tapi semuanya untuk rikazz..untuk rikazz sayang

Saturday, January 23, 2010

Apabila orang awam menjadi polis trafik

Hari itu aku keluar dari rumah sekitar pukul 6.45pagi..Selalunya kalau keluar pergi sekolah waktu macam ni jalan masih tak jammed lagi..Tapi pagi tu..jalan klang lama tu gelap gelita..yang pelik kereta banyak plak..kenapa ni?
Bila sampai kat simpang 4 tu...baru perasan semua kereta stuck kat tengh simpang..rupanye traffic light mati..ptt ler lmpu jln pun xda...blackout rupanye..mmg xleh gerak..polis trafik pun xda nak kwl lalulintas tu..sekali aku nmpk 3 org lelaki kat tgah jln tu..lelaki yg bertali leher kemas berkemeja menjadi polis trafik..diorang yg kawal lalulintas sampai ler jln kembali terkawal..polis trafik..where r u?

Sunday, January 17, 2010

Menjejaki Bukit Fraser







Dah lama sangat nak g Bukit Fraser ni.tapi baru kali ni mendapat.Kami pergi sekeluarga je.Oma Ucu dan daddy Ngah tak ikut..maklumlah..kami ni suka buat plan last minit.Jadi org yg dah ada plan lain tu tak menjadi lah nak ikut.Tak suka plan lama lama..tp xjadi.Nak tau bila dpt idea ni..bangun pagi Sabtu tu..dpt idea trus bersiap..redah je lah.Kami ikut jalan Bentong.Bukit Fraser ni kat daerah Raub..
Masa nak naik jalannya memang hutan..jumpa dengan bongkahan batu besar besar sebab bekas runtuhan tanah..takut juga..Jln bengkang bengkok adui..dah mcm cameron tp mujur tak sejauh cameron.Rikazz dah pening dah sebab jalan mcm ular.Dia nangis..lalu tidur..
Sampai dekat gap...baru tau nak naik atas tu kene tunggu bukak jalan..sekali bukk ambil masa 40minit..Tapi untungnya aku xpayah tunggu lama..sampai kat gap pkl 3 baru je bukak..terus lah naik..Sampai sana..memang sejuk sangat...
Cantik?tak payah kata..pekannya kecik tp memang mcm berada di england zaman dolu dolu tu..tenangnya..bunga2 yang cantik..aku pun menuju ke shahzan inn..penuh..sebab ada pekerja amway sewa satu hotel...Lalu kami pergi ke PUNCAK INN..sampai2 bilik bujang dah penuh..apartment yg studio pun penuh..jadi kami sewa apartment 2bilik..ingatkan apartment tu mcm kat genting..rupanya..cantik giler..ala ala rumah inggeris gitu..putih semuanya..harga?RM200..memang besar..lebih besar dr umah flat aku..huhuhu..
Aktiviti?jalan2..amik gambar..tengok kesan sejarah..best nya..Rikazz pun suka sangat..selesa..
Malamnya..ya allah..macam nak beku rasanya..mana x nya..keliling kita hutan..walaupun x setinggi puncak genting tp lebih sejuk dr genting..Kalau sejuk aircond mahu aku tutp aircond nya..
Keesokkannya kami pun balik lepas sarapan..kesimpulannya..aku suka...

Saturday, January 16, 2010

Setelah setahun


Ramai yang bertanya kepada aku..masih bf Rikazz ke?atau masih fully bf Rikazz ke?Jawapannya..ya..alhamdulillah..masih lagi.Aku masih lagi bf rikazz tanpa bantuan fm lagi..Rikazz pun xmahu dengan fm..cuma terdapat perubahan pada kitaran penyusuan Rikazz

Rikazz tak mahu minum EBM kecuali aku tak pulang2 lagi dari sekolah selepas pukul 2..Kalau lebih dari had masa tu..barulah dia nak minum EBM..kalau x Rikazz cuma mahu minum air masak je..Tapi..sejurus muka ibunya terjenguk di depan pintu..apa lagi..mencari cari pengubat hatinya itu lah..

Kalau direct feed lebih dr 12 kali sehari..Dia akan minum dan main..dan sejam kemudian minum lagi dan lagi dan lagi..tu belum kira malam..memang dia ganti habis sepanjang setengah hari aku tak ada dirumah..Berat Rikazz?8.9kg apabila setahun..Rikazz xpernah turun berat badan..jadi BMI nya pun ok..takdelah aku kene marah dek DR n nurse kerana Rikazz xcukup makan kan..

So sekarang ni ibu dah turun tahap le..masih boleh ke dipanggil pumping mom ni?Masih lagi mengepam tapi dah x hari hari macam dulu..EBM yg ada dlm fridge tu dekat sebulan tak terusik pun..yang dipanaskan sebelum ni pun terbuang je..

Jadi lebih baik aku bagi dia direct feed dr EBM kan..sampai bila aku dpt BF rikazz?ALLAH je yang tahu..tapi sejak Rikazz setahun aku agak lega klu nak pikir pasal susu ni..Tak de lah macam dulu..cemas betul bila Rikazz bantai kasi habis EBM ..cemassss..sekarang dah rasa lebih selesa n tenang..insyaallah aku akan bf Rikazz selagi mampu..klu dpt completekan 2tahun..ibu nye bendera merah pun tak dtg lagi..rindu pulok nak cuti solat.hehehe..

Wednesday, January 13, 2010

Check up Rikazz setahun

Hari yang sgt memenatkan.Mana tak nya..sampai sekolah pukul 6.50pg..terus bukak laptop sekolah settlekan pasal headcount sbb boss nak aku print out semua data utk meeting akademik Khamis..dari pukul 7 tu sampai 9.30 pg (dengan masalah printer n bnyk doc nak kene print out) GPK HEM plak panggil suruh settle balance resit PIBG..pkl 10 pagi plak kelas aku start sampai lah 2ptg td straight tanpa henti..Pkl 2 plak aku terus bawak Rikazz g check up kat klinik Taman Medan Maju Jaya..Risau juga sebab dah lama sangat tak bawak Rikazz g cucuk mencucuk ni..dalam hati confirm Rikazz melalak sakan nanti.yelah dulu bolehlah..kene cucuk pun tidooo je..sekarang akal dah banyak..dah semakin sensitif dengan deria..
Masa aku masuk kereta..Rikazz tengah tido..lagi lah susah ni..Mesti mood dia tak baik kalau dikejut sedangkan tido tak puas lagi kan.Tapi sampai di klinik dia bangun pulak.Mula mula memang nampak bad mood sebab mata masih layu mengantuk.Sejam lepas tu dia dah mula nak join baby baby yang lain explore satu klinik.Sekejap dia berlari ke penimbang tu..lepas tu main kejar2 dengan kawan2 sebaya dia yg sama sama kene inject untuk MMR..lepas tu dia berlari tanpa arah sampailah jumpa pintu masuk..dia terus keluar ikut pintu tu..keluar dari klinik..penat n letih sangat nak mengejar Rikazz..sekarang kalau kita dukung angkat dia utk halang dia dari merayap jauh jauh dia dah pandai loloskan diri..Dah lah aku dr 6.50 pagi sampai 2petang kerja berjalan kesana kemari and berdiri je..tau lah cikgu..sapa kata keje cikgu senang?berdiri n berjalan sepanjang hari tau..sampai kat klinik tu memang dah letih sangat plus tak sempat nak sarapan n makan tengahari..Ya Allah..memang dugaan betul
Oh ye..timbang berat Rikazz?ahahaha
Berat : 8.9kg saja...masih meningkat cuma sikit sangat kan
Tinggi : 79cm..(rikazz ketot)
Lepas timbang kene jumpa nurse sbb nurse nak tgok perkembangan Rikazz
Memula nurse tanya..dah jalan?Aku kata dah..
Lepas tu..Dah pandai guna 2jari?ibu jari dan jari telunjuk seperti nak amik or kutip semut?Aku kata dah..
Then..nurse tanya lagi..Dah pandai lagakan barang?aku confuse jap kat c2..nurse bagi rikazz 2bijik cube kayu..Rikazz ambil dengan dua tangan dan terus laga lagakan 2cube tu sampai berbunyi..maka luluslah ujian untuk Rikazz..
Lepas tu waktu nurse tanya lg maklumat yg lain Rikazz dah tak boleh diam..maka dilepaskan lah dia..Dia pergi kat kerusi dan ketuk2 cube tu kat lantai..Lepas tu dia buang satu cube dan cube yg kedua disorong2 seperti main kereta sambil berbunyi ummm..umm..kelakar plak aku tengok
Sampailah masa nak inject..Nampak je syringe tu dia dah nak lepaskan diri dari pelukanku..sebab dia tau kalau ada syringe bermakna dia kene telan ubat..Berusahalah ibu n abah pegang dia..kali ni cucuk kat lengan.bukan peha lagi..Dia menangis masa jarum dalam daging je..agak sakit sebab Rikazz keraskan badan..Aku berharap dia tak teruskan tangisan dia dan alhamdulillah..Rikazz menangis waktu tu je..
Begitulah sedikit pengalaman Rikazz dicucuk..lepas ni bulan 7 plak..inject

Tuesday, January 12, 2010

Majlis Hari Lahir Rikazz yang kecil kecilan


























































































































Gambar2 sekitar majlis hari lahir rikazz..jemputan dlm 68org tidak termasuk anak2..seronok sgt..first time naz buat majlis..mmg first time..nervous gak..sbb memang xda experience..kawan2 sekolah datang..kwn kwn kerja dtg..kwn kwn internet datang..mmg seronok..Rikazz bad mood sket sbb pelik ramai sgt org..naz ucapkan terima kasih kpd yang datang dan sudi memberi hadiah dan duit..kehadiran anda mmg mengharukan naz..
Semoga ikatan persahabatan kita berkekalan ye..maaf xdpt buat n3 pnjg lebar..gambar banyak tp tak terupload..naz mmg bz sgt skang..huhuhu..pape pun..naz mintak maaf atas kekurangan disana sini..rumah naz kecik..bila dah ramai tu sempit lah ye..dengan kerenah anak anak dan bunyi belon yg meletop disana sini..seronokkk sgt..kwn kwn dr jauh dan dekat..ish..xtau nak kata perasaan ni mcmn..terima kasih je yg naz dpt katakan














Monday, January 11, 2010

Qalby..pertama kali ibu...

Qalby anakku..
Pertama kali ibu mengetahui tentang kehadiranmu dalam rahim ibu...
Ibu amat teruja sambil menggigil di dalam bilik air
Tidak tahu harus bagaimana
Untuk menukar kehidupan ibu dari wanita biasa kepada bakal ibu
Namun kejayaan ibu mengandungkanmu pertama kali diketahui oleh Oma mu
Bukan abahmu..
Itupun hanya setelah 7minggu anakku mendiami rahim ibu

Qalby sayangku...
Pertama kali ibu merasa pergerakanmu
Sewaktu ibu mendengar Kuliah di Dewan Institut Perguruan Islam Selangor
Seperti denyut nadi gerakmu
Seusia 3bulan dikau memberitahu ibu
Bahawa tubuh kecilmu sudah berisi roh
Gerakan kecilmu yang ibu sangkakan nadi ibu..
Adalah permulaan pergerakanmu sayangku
Itupun hanya setelah dijelaskan oleh Doktor

Qalby hatiku..
Pertama kali ibu merasai tendanganmu
Seusia kandungan ibu 16minggu
Tendanganmu mengubat hati ibu
Yang sedang membawa hati di Satu sudut di Sunway Pyramid
Sungguh pandai kamu memujuk ibu nakk
Setelah ibu merajuk hati dengan abahmu

Qalby hidupku..
Pertama kali ibu mendengar tangisanmu
Pada 11january 09 di Dewan Pembedahan PPUM pkl 7.26pm
Itu jua lah saat pertama ibu mengalirkan airmata keibuan
Setelah ibu mula merasa lemah pabila ibu melahirkanmu sayang
Terima kasih bidan Musalmah..kerana membawa Qalby dekat dengan ibu
Dan memperkenalkan kamu dengan susu pertama ibu
Yang telah lama ibu idam2kan untuk diberikan kepadamu sayang

Qalby hartaku...
Pertama kali ibu melihat dikau mengiring..ketika kamu berusia 20hari
Waktu itu ramai orang berkata..Qalby akan meniarap apabila berusia 40 hari
Namun Qalby hanya mengiring dan mengiring sehingga 30 hari
Kali pertama Qalby meniarap dengan tidak sengaja hari pertama kita berada
di istana kita di Taman Sri Sentosa
hanya sekali..

Qalby permataku..
Pertama kali dikau meniarap..sewaktu usiamu 2bulan
Namun bukan ibu yang pertama melihatnya
Kerana kejayaanmu disaksikan oleh Mama Wati
Ibu sedih dan terus menanti untuk menyaksikannya dengan mata ibu sendiri

Qalby zuriatku...
Pertama kali ibu melihat Qalby mengangkat punggung apabila dikau berusia 3bulan
Namun hanya itu sahaja yang dikau lakukan sehingga usiamu 5bulan
Dikau mengangkat badan untuk merangkak

Qalby jantungku..
Pertama kali dikau berjaya duduk sendiri hanya setelah dikau berusia 7bulan
Dengan susah payah dikau berusaha untuk melepaskan silangan kakimu
Supaya dapat duduk dengan stabil
Tahniah anakku..

Qalby nyawaku..
Rupanya hadiahmu untuk ibu bukan setakat duduk sahaja
setelah seminggu dikau berjaya duduk dengan sendiri
Dikau berusaha untuk berdiri secara berdikari tanpa memegang apa apa
Ibu sungguh terkejut..kerana dudukmu belum stabil
Namun dikau sudah ke langkah seterusnya
Saat itu lah..saat jatuhmu dan sakitmu yang paling banyak kamu hadapi
Ibu dihimpit rasa bersalah yang berpanjangan kerana ada masa ibu tidak sempat untuk menyelamatkanmu dari jatuh dan kesakitan anakku..
Maafkan ibu sayang..ibu harus akur demi kemajuanmu anakku

Qalby manjaku...
Ibu kagum dengan keberanianmu dan kesungguhanmu..
Di saat beberapa hari sahaja lagi usiamu menginjak 8bulan..dikau telah menghadiahi ibu dengan langkah pertamamu..
Oma dan Ucu saksi langkah kecilmu itu..selangkah..dua langkah..lalu jatuh..
Dikau terus berusaha sehingga dikau berani untuk berjalan di luar dr rumah pabila usiamu 10bulan...

Kini..11 january datang lagi..
Pertama kali Qalby akan mengubah usiamu kepada SETAHUN..
jangan risau Sayang..
Setiap jatuh bangunmu akan ibu susuli dgn semangat dan kasih sayang..
Terima kasih kerana telah memberikan ibu pengalaman pertama bergelar ibu dengan membesarkanmu
Sempena kehadiran hari yang penuh dengan nombor pertama ini
ibu dan abah ingin mengabadikan coretan ini
Untuk buah hati pertama kami

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PERTAMA
RIKAZZ QALBY MUNTASYEE BIN MUHAMAD RIZAL

semoga hari2 yang mendatang akan menjanjikan kejayaan keredhaan dan kebahagiaan buatmu anakku..

Monday, January 4, 2010

Januari muncul kembali


Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat datang 2010..esok..aku akan memulakan kembali tugasku secara rasmi.Persediaan telah pun ku lakukan bagi menghadapi murid2 esok hari..masih dlm mood bersemangat ni..harap2 semuanya berjalan lancar esok.

Sabtu lepas..aku menghadiri majlis hari lahir FARIS NAJMI..yang pertama..Epi bufday Faris Najmi..dan tq kak ina krn jemput naz sekeluarga.Makanan banyak dan sedap terutama trifle tu..eh ye ke trifle?sapa agaknya yang buat ye?

January adalah permulaan setiap kehadiran tahun baru kan?dan january juga amat bermakna buat diriku krn bayi pertamaku dilahirkan pada bulan inii..Em..apa ye perasaan aku bila anakku hampir menjejaki usia setahun ni?sedihkah seperti Dira?hehehe..mmg sayu..rasanya..hampir hari2 aku kata..Mana anak ibu yang dah besar ni?mcm tak percaya aku mampu menjadi ibu dan mampu membesarkan anakku sedangkan tidak terbayang dan tergambar keadaannya satu waktu dulu

Alhamdulillah..usia setahun proses penyusuan Rikazz semakin hampir..tinggal beberapa hari sahaja lagi..aku akan mencapai kejayaan itu..memberikan Rikazz susu ibu..terasa amat bersyukur krn Allah mempermudahkan perjalanan ini..Dan Rikazz juga krn sentiasa memahami ibu dan memberikan sokongan agar ibu terus kuat meneruskan perjuangan ini..

Buat kawan2 yang sudi membaca coretanku selama ini.Terima kasih kawan.Walaupun kisah kita berbeza..dari perbezaan itulah aku belajar..terima kasih jua kerana sudi berkongsi pengalaman..ilmu dan memberi pendapat dan teguran kepadaku..

Kepada yang benci dengan blog ini dan tuannya..maafkan aku kerana aku tidak mampu memuaskan hati semua orang..Kalau kalian rasa penulisanku membosankan dengan gaya yang katanya meraih simpati..itu adalah gaya penulisanku..Kisah hidup tak selalunya bahagia..kalau kisah bahagia..tentulah nadanya berlainan dengan kisah sedih bukan?Aku adalah aku..yang menentukan jalan hidupku adalah aku..Diriku adalah hasil perjalanan hidup yang aku lalui..dan begitu juga kamu..Kita berbeza..namun perbezaan itulah yang melengkapkan hidup kita

Buat sahabat alam mayaku yang kini menjadi sahabat baikku..HAZLINA..NADIRA..DAISYZARINAH..KARTINA..terima kasih kerana menerima diriku seadanya..walaupun daku ustazah..tapi aku hanyalah manusia biasa..maafkanlah aku andai aku melakukan kesilapan..kerana aku bukan MAKSUM..

buat kak ROZDIAWATI..kalau ada jodoh antara anak kita..dapatlah kita bina jambatan emas dan perak dari KL ke PERAK ye..

azamku?biarlah menjadi rahsia diriku..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN