Followers

Sponsored By

Thursday, September 30, 2010

Setelah menjalani ultrasound ternyata dia lelaki


Hai kawan kawan..Assalamualaikum..semalam lepas sekolah aku pergi scan 4d di Banting.Tempat aku scan Rikazz dulu.Alhamdulillah semuanya dalam keadaan sihat.Cuma yang tak berapa nak best..uri baby masih di bawah.Berat baby di usia 22mggu ialah 400gram.Lebih kecil dr abangnya..Dan yang paling best adalah dia boy.Tak dpt dinafikan lagi...Nampaknya masih tidak boleh bersara lg lah.Kena berusaha supaya dpt beli gown cantik.Huhuhu..

Ikut due adik Rikazz akan melihat dunia pada 8 feb 2011..Bila discan pun tarikh besar adik sama dgn tarikh due...Nampaknya Rikazz seronoklah ada kawan.Hehehe...

Thursday, September 23, 2010

Gaya Si Comel Berbaju Raya @ Babyibu


Hai kawan2..lama sungguh xjoin mana mana contest..Tetiba ada mood plak kang.Jom lah join contest ini.

Penganjurnya Babyibu dan penajanya Azzamoro.


Nak tau lebih lanjut boleh lah klik2 Babyibu.


Dah nama contest Gaya si Comel Berbaju Raya kan..mestilah kena upload 1 sahaja gambar baby berbaju Melayu...Sbb anak kita boy

Rikazz Qalby Muntasyee

Setahun 8 bulan

Tarikh tamat contest ini ialah 31 Oktober 2010.Meh join contest ni...

Tuesday, September 21, 2010

Perut yang mula menampakkan diri

5bulan pregnant adik Rikazz
5 bulan pregnant Rikazz

Hehehe...aku memang tak soba soba nak tgok perut yang membuncit.Orang kata kalau dah pregnant kali kedua perut lebih besar dr kehamilan sebelum ni kan.Apabila kandunganku melengkapi 5bulan..nampaknya perut ku mula memunculkan dirinya...Inilah dia..ku sukaaaa

Saturday, September 18, 2010

Bila susu sudah mengering

Satu tahun 8bulan Rikazz menyusu badan.Sejak beberapa detik kelahirannya..susu ibu adalah pilihan Rikazz sehingga dia menolak susu formula.Sehingga aku mula hamil anak kedua di kala Rikazz satu tahun 4bulan..susu badanku masih bertahan..setia menemani Rikazz..mengenyangkan Rikazz dan menghilangkan dahaga Rikazz.Walaupun aku pada awalnya ingin menghentikan penyusuan Rikazz setelah aku hamil..Aku tidak sanggup.Keadaan kesihatanku mengizinkan..malah rezeki susu tersebut pun masih ada.Apa lagi yang aku harus gusari..
Hari demi hari..kandunganku semakin membesar.Tapi Rikazz masih lagi menyusu denganku walaupun tempoh masa sudah tidak sekerap dulu..Dan aku masih dapat melihat susu menitis dari bibir Rikazz..dan susu memutih berbekas di payudaraku.
Namun beberapa hari yang lepas..aku cuba untuk memicit aerolaku..kerana aku tidak melihat putih susu itu lagi.Walaupun beberapa kali aku picit namun tiada susu yang keluar.Aku cuba lagi sebelah yang lain.Sama juga..petangnya aku cuba lagi..dan tiada..sehingga hari ini aku masih cuba untuk mengeluarkan susu itu..tetapi memang tiada...
Walaupun susu kini bukan lagi makanan utama Rikazz tp dia masih lagi perlukan kalsium utk membesar.Masalahnya..Rikazz memang tak mahu.Walaupun aku cuba campur dengan kuantiti yg sedikit dlm Milo pun dia dapat tahu dan terus menolak...
Perasaanku tika ini..sedih..kerana Rikazz masih lagi MENGEMPENG kata org Jawa..itulah ubat menenangkannya.Dia tidak pernah mengeluh atau mengamuk walaupun susu mula menyusut sehingga kini kering.
Ibu minta maaf kerana tidak dapat meneruskan pemberian susu ini sehingga Rikazz 2tahun penuh...Kita beri laluan utk adik ye ..Walaubagaimanapun..ibu berbangga kerana dapat membesarkan Rikazz dengan susu badan ibu sendiri..hingga ke saat ini.Maafkan ibu Rikazz

Thursday, September 16, 2010

Ribut melanda di Aidilfitri


Sebahagian gambar insiden tersebut

Salam Syawal..esok sekolah akan berjalan seperti biasa.Sebagai pendidik yang patuh pada undang2 wajiblah aku melangkah ke sekolah esok kan.Pastinya pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi agenda Bulan September ni.


Walaubagaimanapun, sebelum aku menutup mata. aku nak berkongsi cerita benar yang berlaku ke atas kami sekeluarga.Ianya berlaku pada 2Syawal yang lepas.Setelah hampir seminggu baru aku berkesempatan mencatatkannya disini.


Syawal kedua aku pulang dari Johor.Niat dihati nak menuju terus ke Jenjarum tapi family mertua pergi beraya pulak.Jadi kami tangguhkan niat dan terus pulang ke rumah.


Sesampai di rumah hujan turun dengan lebat.Aku mengambil kesempatan melelapkan mata sebentar sambil menunggu kain yang dibasuh.


Tiba2 dalam kelebatan hujan tu aku tersedar kerana air masuk ke bilik ku seperti ada orang yang menyimbah sebaldi air dari luar tingkap.Serentak itu Rizal masuk ke bilik dan memanggilku.Dia kata ada ribut lalu tadi dan serentak itu pokok besar di tepi jalan rumah kami tumbang.Bukan sahaja sebatang tetapi 3batang.Bukan tumbang sahaja tetapi menghempap kereta kereta yang parkir di tepi jalan.


Tanpa membuang masa aku bergegas ke luar tingkap.Memang benar..ada 3batang yang tumbang.Jumlah kenderaan yang hancur dihempap pokok dalam 7biji..Maka laluan itu pun tertutup.Jalan mulai sesak kerana banyak kenderaan yang cuba lalu disitu terpaksa berpatah balik semula.


Aku sangat bersyukur kerana aku terlepas dari menjadi mangsa ribut itu.Bayangkan kalau aku masih berada di jalan di dalam kereta mungkin aku menjadi mangsa hempapan pokok besar tu.Kasihan pemilik2 kenderaan yang rosak tu.Yelah bukan boleh tuntut insuran pun kan.


Selepas pkl 6 barulah DBKL datang memotong pokok..Dan barulah boleh aku melalui jalan tersebut untuk pulang ke Jenjarum..

Tuesday, September 14, 2010

Tragedi di Malam Raya

19minggu kehamilan
Syawal 2

Syawal 1


Abang Rikazz

Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia dan Salam Syawal.
Setelah beberapa hari berhari raya barulah hari ini aku dapat mencoret sesuatu di blog kesayanganku ini.Aku bukan nak cerita tentang raya tapi nak cerita tentang sesuatu berlaku padaku masa malam raya.
Raya tahun ini giliranku beraya bersama keluarga di Johor dahulu.Bila sekolah mula bercuti,aku dan keluarga telah pulang ke Bandar Tenggara.2malam sebelum raya pula kami bertolak ke rumah nenekku di Benut Pontian Johor.
Sesampai disana hanya keluargaku sahaja yang baru tiba.Maka kami lah yang harus memasak dan membuat persediaan raya di rumah tu.Nenekku sudah uzur.
Menjelang syawal yang akan bermula malam itu.aku sibuk di dapur bersama emak dan mak uda ku yang menetap bersama nenekku.Selalunya aku kalau buat kerja rehat rehat.Sbb rasa sekarang mcm tak larat kalau buat kerja straight.
Hari itu..aku rasa perut ni sakit sangat dekat ari2.Terasa baby hampir sangat dengan pintu rahim.(Memang kandunganku agak rendah.Mungkin kesan operation dulu)Sakitnya sehinggakan bila aku berjalan terasa bergesel perut dengan kaki.Mcm org dah nak bersalin.Tp aku baru nak masuk 5bulan.Sakit sehinggakan bila duduk terasa macam nak terkeluar dari lubang tuu.
Bila terasa sakit sangat aku masuk ke bilik nenekku dan mengadu padanya.Tapi mak uda aku bising2 dia kata aku tak tolong dia di dapur.Hanya nenek dan emakku sahaja yang faham keadaanku.Mungkin Mak Uda fikir aku mengada ngada dan mencari alasan untuk berehat.
Aku hanya dapat berehat sebentar sahaja di di dalam bilik untuk mengurangkan rasa sakit.
Mcm mcm bermain di fikiranku.Risau sesuatu berlaku.Sedang berjalan kehulu kehilir..kakiku tersandung tikar mengkuang dan hampir terjatuh.Mujur Allah menyelamatkanku.Kalau tidak..mungkin aku sudah beraya di hospital.Sudahlah perut sakit..terjatuh pula.Kalian boleh bayangkan kan apa yg akan terjadi kepadaku.
Namun jodohku dengan anak di dalam kandungan ini masih panjang...Alhamdulillah.Hari ini sakit tu telah pergi.Aku berdoa moga aku dapat bertemu dengan anak ini apabila sampai masanya kelak

Tuesday, September 7, 2010

Jurnal perjalanan Pra Raya







Aku selamat sampai di Bandar Tenggara pada pkl 1 pagi.Isnin nya pula kami memulakan pencarian di Johor Banhru.



Destinasi pertama kami ialah Plaza Angsana.Misi untuk mencari baju hijau..Alhamdulillah jumpa.Tu pun setelah meroound berapa kali.Masa aku bertemu baju pilihan hati Rikazz tinggal dengan Oma sbb Oma x larat nak jalan.Nampaklah aku mcm baru kawen.Eceh..Sewaktu aku sedang membelek2 pakaian yang dikehendaki..kakak penjual tu tenung je aku.Tetiba dia tanya..



BRAPA BULAN DIK?



aku terpana seketika..apa yang berapa bulan?Lalu aku terus merenung perutku yang baru nak naik.



4BULAN LEBIH KAK..



lantas akak tu berkata..



COMEL..COMEL..



banyak kali dia kata aku comel.Tak tau lah apa yg comel..aku ke perut aku..



ANAK SULUNG KE DIK?



aku menjawab



EH..TAK KAK..ANAK KEDUA.



dan dia masih mengulangi lagi..comel..berkenan sungguh akk tu dgn aku.kih kih kih..segala puji hanya bagi Allah.



Sampai di Plentong aku drop emak kat rumah cousin aku lalu menuju ke Johor Jaya untuk mengambil sepupuku Nadia..Sbb dah janji nak belanja dia buka..Asalnya nak berbuka di Bakar Batu tapi xbukak..Nak patah balik ke Senibong tak sempat.Maka terpaksalah teruskan perjalanan ke Stulang Laut.Makanlah Mee Rebus Talam..Kalau kat KL susah nk jumpa mee rebus ni.



Setelah berbuka pulang semula ke Plentong..tinggalkn Rikazz di sana dan pergi bertiga ke Pandan.Punyalah ramai orang.Kat Pandan nak carik lauk bersahur nanti kat pasar dan cari baju aku sbb xbawak baju nak tido umah Plentong..



Pagi tadi barulah pulang ke Bandar Tenggara..hehehe

Monday, September 6, 2010

Iklan Hari Raya tv3..Alhamdulillah telah ditarik balik

Salam satu Malaysia..Alhamdulillah..iklan tv3 yang kontroversi itu telah ditarik balik..Memang benar.Iklan hari raya di TV3 sentiasa dinanti2 saban tahun.Aku sendiri secara peribadi menanti2 iklan raya tv3 setiap kali ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.

Memang terasa apabila kebanyakan iklan asyik diulang2 dr tahun yg lepas sejak Allahyarham Yasmin Ahmad sudah kembali ke rahmatullah.Tiada lagi iklan raya yang menyentuh hati..iklan yg penuh simbolik.

Telah ramai blogger yang menulis sebuah post berkaitan iklan TV3 ini.Ada yg menganalisis..dan ada yg membantah analisis ini.Ada yang menyokong dan ada yang mengeji.Macam2.Siapalah agaknya director iklan tu?Kesilapannya meletakkan simbol2 agama dalam iklan tersebut telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Pendapat aku sendiri..Melayu dan Islam adalah dua benda yang berbeza.Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi orang Islam..bukan orang Melayu(Ada juga org Melayu yang tidak beragama Islam)..Bunga lotus adalah simbol agama Budha..Lampu kat bunga tu Hindu..Kereta terbang tu Simbol Kristian..Memang tak sesuai di gabungkan dengan elemen Islam..Kan dah ada dalam Al-Quran .."Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku"Allah dah mengasingkan Islam tidak sama dengan agama yang lain.

Adalah lebih baik..pengarah iklan ni menggunakan unsur2 kaum dari agama..Ha..yang tu memang semua rakyat Malaysia terima kan.Memang agak sama dgn iklan iklan sebelum ni tapi boleh midofy apa..Lagi satu Malaysia kan..Satu Malaysia tu bangsa..bukan agama.

Alhamdulillah..TV3 mengaku kesilapannya..Apa kata TV3 selepas ini sebelum release sesuatu iklan yang berkaitan perayaan..rujuk dulu dengan panel Syariah tu lebih baik kan..dr dah rugi berjuta..baru nak tarik balik kan..tp TV3 tetap dihatiku..

Johor here we come


Alhamdulillah..setelah berbuka puasa di rumah mertua di Jenjarom Banting, kami sekereta bertolak pulang ke Johor.Dalam perjalanan keluar dari Jenjarom aku dapat menyaksikan lampu raya dipasang merata rata.Ahh..seronoknya.Kampung Jenjarom juga mengadakan pertandingan pintu gerbang Syawal pada setiap tahun.Pertandingan dikira berdasarkan kreativiti dan keindahan lampu2.Syangnya aku tidak dpt merakamkan pemanndangan itu.

Suamiku memandu dengan berhemah mengikut had laju.Kononnya nak dapat tol free.Hahaha..sekali sampai kat Tol Kulai..kena bayar daa...RM35.00..Dalam perjalanan kerja aku bangun tidur bangun tidur..Tak tertahan mata ni nak menemani suami berbicara.Mujur dia dah sediakan bekalan Power root Orang kampung.Dapatlah dia bertahan sendirian memandu tanpa henti..Kami bertolak dari Jenjarom pkl 8.30 dan selamat sampai di Bandar Tenggara pada pkl 1pagi..Budak bujang sorang tu..dah puas tido dalam perjalanan..skang berjaga..seronok sangat main...hmm..rasanya mcm nak sahur terus..Kalau tidur confirm terlajak sbb masing masing kepenatan..

Esok?plan nak ke JB..Agak agak penat kita buat pertandingan tido tido je kat rumah.HEHEHE..

Saturday, September 4, 2010

Syawal menjelang tiba kawan


Syawal hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.Pastinya semua orang sibuk membuat persiapan menghadapinya.Bagi aku semuanya dah selesai minggu lepas lagi.Dari membeli pakaian hingga menghias rumah.Yang belum..pulang ke kampung halaman saja.

Sekolah dah start cuti..Maka aku pun dah cuti.Insyaallah..lepas berbuka Ahad ni kami akan bertolak ke Bandar Tenggara.Seronoknya kalau dapat jumpa kawan2 kat Johor kan.Lama sangat tak jumpa diorang.

Raya ke 3 baru balik Jenjarum.Ha..pas tu nak raya rumah kengkawan kat selangor plak..Sesapa yang sudi jemputlah ye...

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf zahir batin dr kengkawan atas segala salah silap selama kita berkenalan.Semoga persahabatan yg terbina akan berkekalan walau apa pun yg terjadi

SIGN JANGAN TAK SIGN