Salam satu Malaysia..Alhamdulillah..iklan tv3 yang kontroversi itu telah ditarik balik..Memang benar.Iklan hari raya di TV3 sentiasa dinanti2 saban tahun.Aku sendiri secara peribadi menanti2 iklan raya tv3 setiap kali ramadhan semakin menghampiri penghujungnya.
Memang terasa apabila kebanyakan iklan asyik diulang2 dr tahun yg lepas sejak Allahyarham Yasmin Ahmad sudah kembali ke rahmatullah.Tiada lagi iklan raya yang menyentuh hati..iklan yg penuh simbolik.
Telah ramai blogger yang menulis sebuah post berkaitan iklan TV3 ini.Ada yg menganalisis..dan ada yg membantah analisis ini.Ada yang menyokong dan ada yang mengeji.Macam2.Siapalah agaknya director iklan tu?Kesilapannya meletakkan simbol2 agama dalam iklan tersebut telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Pendapat aku sendiri..Melayu dan Islam adalah dua benda yang berbeza.Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi orang Islam..bukan orang Melayu(Ada juga org Melayu yang tidak beragama Islam)..Bunga lotus adalah simbol agama Budha..Lampu kat bunga tu Hindu..Kereta terbang tu Simbol Kristian..Memang tak sesuai di gabungkan dengan elemen Islam..Kan dah ada dalam Al-Quran .."Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku"Allah dah mengasingkan Islam tidak sama dengan agama yang lain.
Adalah lebih baik..pengarah iklan ni menggunakan unsur2 kaum dari agama..Ha..yang tu memang semua rakyat Malaysia terima kan.Memang agak sama dgn iklan iklan sebelum ni tapi boleh midofy apa..Lagi satu Malaysia kan..Satu Malaysia tu bangsa..bukan agama.
Alhamdulillah..TV3 mengaku kesilapannya..Apa kata TV3 selepas ini sebelum release sesuatu iklan yang berkaitan perayaan..rujuk dulu dengan panel Syariah tu lebih baik kan..dr dah rugi berjuta..baru nak tarik balik kan..tp TV3 tetap dihatiku..