Followers

Sponsored By

Friday, April 16, 2010

Semua tentang Anakku


Malam ini mungkin akan menjadi malam terakhir untukku meluahkan rasa di dalam blog tercinta ini.Kerana aku akan menamatkan kontrakku dengan Maxis Broadband.Hehehe..pakej yang aku guna sekarang 118rm sebulan.Maklumlah sekarang semua kene potong kos jadi aku pun sama lah.Mungkin aku akan bersiaran lagi selepas aku melamar broadband yang baru insyaallah lepas dapat gaji ke..Tengoklah macamana..

Cuma sebelum aku berehat panjang aku nak kongsi lah cerita tentang anak sulungku ini Rikazz Qalby Muntasyee.

11hb April 2010 genaplah usia Rikazz satu tahun 3bulan.Alhamdulillah..sehingga ke saat ini Rikazz membesar sebagai anak yang sihat dan stabil emosinya.

Nak cerita tentang Rikazz..mungkin perkembangannya sama sahaja dengan kanak kanak seusianya.Tapi biarlah aku catatkan juga disini tidak lebih dari sekadar berkongsi dan peringatan diri ini.

Aku mulakan dari sudut pendidikan-Kini Rikazz sudah aku belikan pensil warna jumbo set.Pensil warna ini saiznya besar dan sesuai dengan saiz tangan anak anak kecil.Terima kasih kepada Mek Ema kerana membelikan Rikazz buku mewarna.Aku sengaja biarkan dia meluahkan emosi dan imaginasinya di buku mewarna tersebut.Kali pertama dia melihat pensil warna tu dia nampak teruja untuk memilih warna yang diingininya.Aku..Baby..Emak dan Aniq turut sama mewarna bersama-sama bagi merangsang minat Rikazz.Dia seronok sangat dapat mewarna bersama sama dengan pelbagai posisi cuba mencari posisi yang selesa dan sesuai.

Aku masih belum mengajar Rikazz menulis.Apa yang penting sekali yang aku ingin tanamkan kepadanya ialah minat terhadap buku.Klau dah minat semua benda jadi kan.

Selain akademik..aku juga tidak lupa mengajar Rikazz Al-Quran dan doa-doa.Sejak Rikazz berusia 3bulan dalam kandungan aku sudah mula mengajar Rikazz surah-surah lazim.Setiap minggu satu surah akan aku ajarkan padanya.Kini aku mengambil kesempatan mengajar surah lazim sebelum Rikazz tidur dan sewaktu dia menyusu.Walaupun Rikazz belum faham dan belum mampu untuk mengikut bacaanku namun aku yakin dia akan terbiasa dengan ayat ayat tersebut.

Dari segi sosialisasi.Eh betul ke ayat aku ni?Makin hari terserlah kemesraan Rikazz.Dia seorang yang peramah dan mudah melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja.Rikazz sangat berminat dengan wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki seusianya.Dia akan terjerit-jerit memanggil mereka di mana sahaja dia berhenti dan jumpa.Rikazz akan pergi kepada mereka dan menegur mereka dengan bahasanya.Kalau perempuan dewasa dia akan panggil KAKAK.

Kalau permainan..Rikazz lebih berminat kepada kereta dan lori2.Budak lelaki lah katakan.Dia akan menyorong kereta tersebut dengan bunyi begini..UUUUMMM cHIS..ada bunyi nose sekali.

2minggu ni mulut Rikazz tidak berhenti bercakap dengan bahasanya dan selalu mengajuk kami bercakap.Sangat suka menari.Sehinggakan dekat TV tu orang bercakap pun jadi bahan tariannya.Macam macam gerak tariannya.Tetapi dia pandai membezakan antara nasyid dan lagu biasa.Klau nasyid yang berkumandang tak pula dia berjoget menari.Fitrah kan..

Aku ada juga belikan Rikazz susu dutch lady choc kononnya untuk susu tambahan dia sebab Rikazz suka minum milo.Tapi..dia tak mahu.Dia masih memilih susu ibunya ini sebagai satu satunya susu Rikazz.Masih belum ada tanda yang Rikazz akan berhenti BF..Mujur aku belum mengandung lagi.Dapatlah Rikazz menyusu sepenuhnya..Rikazz dah pandai berebut susu.Kalau Oma dia acah acah nak ambil susu dia..tengah bawak basikal sanggup turun semata-mata nak selamatkan susu dia dari diganggu orang lain.Hahahaa..

Itulah kisah anak bujangku seorang..Anak itu adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.Keletah Rikazz menjadi penghiburku setiap masa.

3 comments:

Ummi Eisya&Amani said...

sedihnya dgr..lepas ni jgn terus tutup blog ni ye..rindu kat rikazz..moga rikazz akan menjadi anak yang soleh..amin..

MyFirdaussy said...

erm.. sdihnye... tapi jgn tutup blog ni.. dh tak dapat la dgr celoteh dan citer along g... huhu..

Unknown said...

lame x bace ttg rikazz dah membesar as anak bujang yer :)

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN