Followers

Sponsored By

Tuesday, April 6, 2010

Hari-hari seram sejuk

Kenapa plak ni?seram sejuk..mcm jumpa sesuatu yang menakutkan..ye..itulah yang terjadi padaku setiap hari..Aku fobia..bila memikirkan perkara yang akan ku temui setiap hari..aku kecut perut..mulalah aku rasa berdebar debar..nak muntah..oh tidak..sampai bila ku harus begini?Aku harus lalui itu semua..Aku harus berani menanganni semua itu..Tidak!!!!
Kawan-kawan yang dikasihi..Pagi ini aku bertemu lagi dengan perkara yang membuatkan aku loya loya itu..tidak lain dan tidak bukan..stereng kereta dan jalanraya..Oh ye..alhamdulillah..aku dah selamat melepasi ujian JPJ sekali hadap je..pada 18 Mac yang lepas..cuti sekolah.Alhamdulillah..Allah memberi ku kekuatan dan mentakdirkan orang tak hebat mcm aku ni melepasi ujian tersebut dengan mudah.Itu pun sepanjang masa aku berzikir untuk mendapatkan kekuatan dari Allah.Selepas seminggu dari tarikh itu aku pun memperolehi lesen P ku yang tak pernah ku mimpikan selama ini.
Sejak lesen itu tinggal bertakhta di dalam dompetku..maka aku pun harus memulakan langkah di jalan raya..Langkah yang keras kaku..Kali pertama aku drive keliling taman perumahan mengambil masa 20minit.Alhamdulillah..nekadku memberi aku kekuatan untuk memandu di jalanraya menuju kesekolah.Ttetapi ditemani B..
Hari pertama aku ke sekolah..aku berjaya melepasi semua kesibukan jalanraya..jam..naik bukit yang aku takut selama ni..Tetapi kesalahan yang aku lakukan apabila aku tertekan minyak apabila sudah sampai didalam kawasan sekolah.Mujur aku tak terlanggar tukang kebun
Hari kedua aku memandu kesekolah masih lagi ditemani B..kali ini aku keluar awal sedikit dan jalan masih gelap..dalam 6.40pagi.Kesilapan aku apabila aku nak menukar lorong..dan mataku tidak mampu mengagak kenderaan yang berada dibelakang dan tepiku..Hampir hampir aku menghimpit bas sekolah sehingga kereta kereta dibelakang membunyikan hon ke arahku..Tanganku sejuk beku
Hari ketiga..aku drive di Johor..di Bandar Tenggara..pertama kali pusing kat roundabout.Aku terlalu memusing stereng..Mujur kereta tidak menghimpit batu disitu..Fuh..sejuk
Hari ini..aku masih lagi tidak berputus asa..aku memandu lagi..Semuanya berjalan lancar sehinggalah sampai dikawasan berbukit dan traffic light.Jalan jam dan aku tak sempat menukar gear 1 dan akhirnya kereta ku mati dan aku berada betul betul ditengah jalan yang sibuk.Semua kereta membunyikan hon dibelakangku.Mujur traffic light itu dijaga oleh Traffic NPE.Jadi aku sudah menjadi orang paling hadapan sekali.Ya Allah..menggigil kaki dan tanganku namun aku masih berlagak cool dihadapan suamiku..Kemudian perjalanan diteruskan sehingga aku selamat sampai ke sekolah..
Hm..kawan2..keretaku manual..ramai yang menyarankan aku memandu kereta auto..tapi kereta siapa pula yang aku guna?Adakah aku harus putus asa dan terus bergantung kepada suamiku dan membiarkan sahaja lesen P ku direnew setiap tahun tanpa diaplikasikan kemudahannya?Ya Allah..setiap kali aku fikirkan kereta dan pemanduan..aku kecutttt

9 comments:

Ieja said...

teruskan memandu naz...petua ieja satu ja...nk drive kereta ni kena berani & jgn cepat mengelabah..kalau ada yg hon buat tak tau ja.....ieja dulu cam tu la...siap pi himpit penunggang motosikal..nasib tak berlaku kemalangan jiwa.....alhamdullilah sekarang dah ok...so kesimpulannya buat perhisanan yrk lesen tu....

Ieja said...

*jgn buat perhisan lesen tu..

Naz Nur Nhazzla said...

thanks ieja..pengalaman kwn kwn selalu motivate nazz..kdg kdg kita tak terpk semua tu..mekaseh

-DiraDiya- said...

nazz.. jgn ptus asa.. terus je drive..
manual ke.. auto ke.. hentam je..
jnji kamu pndai drive.. sng nk ke mn²..
tp.. kamu drive manual.. sgt bgus.. sbb kompem kamu akn pndai drive auto nnt..
n kamu akn dpt skill drive yg btl.. kamu kan lbh pikap..
so.. teruskn eh..

Naz Nur Nhazzla said...

Oh dira..ku sdg mengumpul semangat.setiap kesalahan yg ku lakukan hari hari ku jadikan sbg ingatan..teguhkanlah imanku

Unknown said...

teruskan usaha kak naz! hehe..biasela awal2 mmg gitu..slow k! lame x nmpk kak naz berblog :)

Ummi Eisya&Amani said...

ingatkan nape..rupanya sal drive kereta..kena berani tau..tapi jgn terlalu berani sgt..yang penting yakin boleh wat dan jgn teragak-agak..chaiyok2..

cerita ibu said...

naz..pd ku yg pnh bwk manual n auto..ku rs klu bwk manual kita kena lebey bhati2 sbb kita akn bmain dgn gear..jd kita sntiasa aware dgn condition jln..

klu bwk auto..just tkn myk n break..kdg2 lubang kat dpn pon xsmpt elak..kdg2 xprasan kita dh mrempit..hehe

ni apa yg ku rs la bl bwk manual n auto..peace no war..

Naz Nur Nhazzla said...

terima kasih rakan2 semua..ku akan membesarkan hatiku untuk meneruskan perjuangan ini

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN