Rasanya dah lama sangat tak bercerita pasal anak teruna ku seorang itu..ye Rikazz masih lagi kekal menjadi satu satunya anak ibu sebab usaha ibu menghasilkan adik untuk Rikazz masih lagi tidak berjaya..Ibu redha kerana PERANCANGAN ALLAH adalah yang terbaik.Aku tak mahulah menjadikan alasan kewangan yang tidak teguh dan kukuh sebagai alasan untuk tidak menambah zuriat kerana aku percaya setiap anak ada rezekinya masing masing.Jadi aku dah lama stop amik noriday sejak Rikazz 7bulan dan sejak itu aku memang tak pernah merancang.Namun kuasa Allah yang tahu kemampuan aku sekeluarga kan..Jadi sehingga hari ini aku masih melayan Rikazz sepenuh masa.hehehe
Ok berbalik kepada cerita Rikazz..Waktu aku menulis ini ialah 5April2010..Rikazz masih berusia satu tahun 2bulan.11April ini barulah Rikazz berusia Setahun 3bulan.Tak lama je lagi kan..Apa perkembangan Rikazz setakat ini?
Berjalan xpayah kata..dah lama Rikazz berjalan
Rikazz dah pandai jalan itik
Tolong ibu masukkan baju dalam washing machine
Tolong ibu pegang penyodok sampah dan menyapu rumah
Dah pandai selesaikan masalah sendiri..
Melompat melonjak dengan sendiri
Menconteng dinding
Tunjuk isyarat Senyap..jari di bibir..
Bukak baju sendiri n bukak suar n pampers sendiri
Pandai syampu rambut..guna gayung mandi..kumur kumur..
Kalau arahan kita suruh buat apa apa atau ambil apa apa memang dia dah faham..dan dia buat
Kalau vocab..oh masih tak banyak sangat lah..Dia masih baby talk tapi
Dia dah pandai panggil orang pempuan dewasa KAKAK
ADIK
JOM
ajuk bunyi kokokan ayam
UCU
apa lagi ha?sebab dah lama tak update kan...nanti kalau ada yang teringat akan diupdate kemudian
Gigi Rikazz?4batang atas..4 batang bawah..2gigi geraham atas..dah geraham bawah on the way..
Apa apa pun.. ibu doakan yang terbaik untuk Rikazz..catatan ibu ni sebagai peringatan untuk ibu sebab ibu tak mampu untuk nak mengingati satu persatu apabila masa berlalu pergi
2 comments:
senyuman rikazzz cute. takpe..belom ada rezeki lagi la tu...manalah tau ada rezeki nanti..dpt kembar laks....lagi best.
thanks aunty..amin..dpt kembar boleh rehat lama sket ye..ayah mertua saya adik beradik dia ada 3pasang kembar kak..hope ada yg melekat kat suami saya
Post a Comment