Followers

Sponsored By

Sunday, December 18, 2011

Suamiku..(Entry pre wedding anniversary)







Dulu aku pernah kongsikan kisah kepincangan keluargaku..Ya..aku anak dari broken family.Ayahku berkahwin lain dan meninggalkan kami sekeluarga..adik beradik..Sangat seksa dan derita meneruskan hidup..meredahi liku2 yang berada di hadapan mata tanpa kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah...Lebih kasihan lagi adikku yang bongsu Aniq Abqari yang memang tidak kenal erti kasih sayang seorang bapa ..kerana ayahku meninggalkan kami ketika adikku Aniq masih kecil lagi..

Aku pernah ditanya oleh seorang ustaz ketika aku berada di Sekolah Menengah dulu..

"NAZLA..KAMU TAK BENCI LELAKI?"

"kenapa ustaz?"

" YELAH..AYAH KAMU DAH BUAT KAMU SEKELUARGA MENDERITA BEGINI..SELALUNYA ORANG MCM KAMU AKAN BENCIKAN LELAKI"

"tak lah ustaz..yang bersalah tu ayah saya.kenapa saya mesti nak membenci lelaki lain yang tidak ada kena mengena dengan hidup saya?"

Aku tak akan lupakan pertanyaan ustaz itu sampai bila2..Ye..walaupun aku pernah didera secara psikologinya sejak berusia 7tahun lagi..namun aku tak mahu menyalahkan org lain atas apa yang menimpa diriku..Cuma aku agak sensitif bila melihat kawan2 yang bahagia dengan ayah mereka yang baik..penyayang dan bertanggungjawab..Aku tidak seuntung mereka..

Sejak kecil aku selalu berdoa..agar Allah kurniakan aku seorang lelaki yang sanggup susah senang denganku..dan mengasihiku walau apa pun yang terjadi..Aku tidak jemu mencari dan menanti..
Seorang demi seorang lelaki aku temui..mencuri hatiku dan meninggalkan aku..kerana alasan mereka tidak sanggup untuk menanggung beban keluargaku..tambahan pula aku adalah anak sulung dalam keluarga...

Sehinggalah aku bertemu dia..

Orangnya agak kasar..tidak tahu bermadah pujangga denganku..
Tidak romantik...sukar untuk memberiku hadiah atau pujian..
Pendiam..lebih banyak mendengar..sehingga ada saudara mara dan sahabat handai yang menuduh dia sombong...

Namun..aku bersyukur kepada Allah kerana Allah telah makbulkan doa2 ku selama ini..

Bersamanya..aku tidak hidup kaya..bermandi wang ringgit atau intan berlian..
Namun..dia sabar melayan kerenahku..
Tidak pernah menyakiti aku..
Setia bersamaku saat kami susah dan senang..
Tak jemu berulang alik melawatku dan menjagaku ketika aku bersalin di hospital..
Tidak membiarkan aku sendiri melaui saat saat genting dalam hidupku..
Sanggup menerima aku ketika aku gemuk yang teramat sangat...
Bila aku kata...B..SEMUA ORANG KATA SAYANG GEMUK..MESTI B MALU NAK JALAN DENGAN SAYANG YANG GENUK..ADA ISTERI YANG HODOH MCM SAYANG..jawapannya..Kurus2 sangat pun bukannya cantik..mcm ni kan sedap nak peluk..barulah seksi...
Entah seksi tang mana lah tu..walaupun aku tahu dia hanya ingin menjaga hatiku..tp kata2nya buat aku senang..dan aku tahu dia maksudkannya ketika menyebutnya..

Kini..usia pernikahan kami sudah menghampiri 4tahun..ini bermakna sudah 6tahun kami saling mengenali...

Aku semkin mengenali dirinya..Dan dia juga begitu..Aku tidak mahu berharap lebih dr nya..Yang aku harapkan..aku dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat kami..melihat anak anak membesar di depan mata..kemudian mendapat cucu..dan kalau hayat kami dipanjangkan oleh Allah..kami akan dapat bertemu dgn cicit kami kan...

Terima kasih dia..DIA..MUHAMAD RIZAL

psst...waktu menulis entry ni..jatuh jua air mataku..

6 comments:

Maria Firdz said...

Sok sek sok sek sedihnya aku mendengar entry ko long... rasa aku pun nak melalk sama... iskh3... hidup kite sekeluarga mmg penuh dengan kesedihan kan... lagi2 emak, aku x sanggup lagi tgk emak menangis lagi... (adik)

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

ye.. gemokmmg sdap dipelok.. hahaha

hepi 4th annivesary my dear fren.. semoga korang terus bahagia..

Naz Nur Nhazzla said...

dah..jgn nak touching2..

lina..yq dear..doaku utkmu jua

Cik CT said...

naz,happy anniversary!! semoga berbahagia selalu hendaknya.

Mrs. Eeza Herman said...

hepy anniversary..
semoga berkekalan hingga akhir hayat..
gemuk tu ttp cantik...(sedapkan ati sendiri gak) =)

Naz Nur Nhazzla said...

ct tq...

eeza..mmg sdap2kan selalu le ni

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN