Bukan ibu sengaja mahu Riyash sakit..ampunkan ibu..Ibu cuba elakkan..Tapi dah takdir.Di usia 9Bulan Riyash terpaksa menghadapi kesakitan sebegini..
Ibu mana yang ingin melihat anaknya sengsara...Barulah kini ibu tahu..mengapa Riyash kerap sangat mengalami demam panas yang sangat tinggi dan mengapa demam itu berulang selang seminggu..Sejak Riyash berusia 8bulan..Riyash terpaksa menanggungnya..Maafkan ibu sayang..
Namun kini..barulah segala persoalan ibu terjawab..Ibu lega dengan keadaan Riyash sekarang..Ibu tak perlu bawa Riyash ke hospital untuk dicucuk cucuk..kerana..kini ibu tahu apa sebab Riyash terpaksa berdepan dengan demam panas itu..Sebab Riyash sudah
dek demam campak
1. Demam yang tinggi
2.Demam berulang2
3.Demam yang panjang
4.Muntah2
5.Cirit birit
6.Bila demam kebah mulalah tumbuh bijik campak ni..
Memang sedih bila Riyash asyik demam tinggi.Ini kali keempat sejak dia 8bulan.Dah 4kali juga jumpa doktor.Masa demam awal tu ingat dah kena campak tapi Doktor kata..tu ruam panas sbb badan dia terlalu panas..
Beza ruam panas dengan campak..
Ruam panas struktur bijinya kurang timbul dan bersambung2 mcm gegata
bIJI campak strukturnya timbul dan sebiji sebiji..
Sekarang biji campak Riyash dah sampai ke punggung..Tunggu sampai kaki insyaallah sembuhlah Riyash
Demam yang keempat ini sangat panas berbanding demam yang lain.Mujur termometer tu ada 4o darjah je.Kalau ada lebih nombor mungkin suhu itu dah lebih dr bacaan 40..Dua kali saya menghadapi Riyash yang badannya panas menggigil sehingga hampir kejang..Apa yang saya buat saya teruskan basahkan kepala Riyash..dan alirkan air sejuk di tulang belakang dia..Menjerit2 lah Riyash namun lepas tu suhunya turun sedikit..
Apabila Riyash kebah dr demam pagi ini..apa yang dia pandai???
Dia pandai menggeleng tanda tak boleh..kalau kita nak ambil apa yang dia tengah pegang..Bertambah akal Riyash..Kalau Rikazz dulu lepas demam campak dia dapat jalan laju..sebab Rikazz dah mula jalan masa dia 7bulan..Riyash ni tengah rajin diri2..belum jalan lg..
Ni sedikit info demam campak :
DEMAM campak atau measles adalah penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus paramyxovirus dari genus Morbillivirus yang membiak di sel kerongkong dan paru-paru.
Penyakit ini masih belum ada penawarnya dan mudah berjangkit dari seorang individu kepada individu lain melalui titisan lembapan atau cecair badan individu yang dijangkiti ketika bersin atau batuk.
Virus demam campak juga boleh berada serta hidup di udara dan permukaan yang dijangkiti sehingga 2 jam, di mana ia berpotensi menjangkiti manusia.
Bagi sesiapa yang dijangkit demam campak, mereka mampu menyebarkan virus penyakit ini kepada individu lain dalam tempoh empat hari sebelum dan selepas ruam mula kelihatan pada badan pesakit tersebut.
Tanda-tanda demam campak termasuk;
* Ruam yang bermula di muka seterusnya merebak ke seluruh badan.
* Demam dengan suhu yang sangat tinggi
* Batuk
* Selesema
* Mata kemerahan
Pakar Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL), Dr. Noraliza Noordin Merican menjelaskan demam dan ruam kemerah-merahan adalah tanda asas campak.
“Tetapi demam yang dihidapi mungkin juga berpunca daripada jangkitan virus lain. Untuk mengesahkan demam campak, ujian darah boleh dilakukan.
“Selain itu, simptom lebih teruk demam campak termasuk keradangan pada selaput mata, selesema dan batuk,” katanya.
Vaksin elak komplikasi
Demam campak itu sendiri sering dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan tidak berbahaya oleh kebanyakan ahli masyarakat.
Namun, apa yang dikhuatiri adalah komplikasi yang mungkin timbul, terutamanya di kalangan kanak-kanak, sehingga boleh membawa maut.
Dr. Noraliza menyatakan perkara paling dikhuatiri adalah jangkitan demam campak pada kanak-kanak yang membawa kepada komplikasi sampingan seperti pneumonia atau meningitis.
“Jika berlaku komplikasi yang serius, kanak-kanak tersebut perlu dimasukkan ke wad bagi mengelakkannya melarat sehingga membawa maut. Bagaimanapun, golongan dewasa yang menghidap demam campak jarang mengalami komplikasi sampingan.
“Penyakit tersebut sudah lama wujud tetapi masih belum ada rawatan khusus untuknya. Rawatan hanya sekadar mengatasi simptom yang timbul dan menggantikan cecair badan,” ujarnya.
Menurut beliau, pesakit biasanya diberikan ubat demam, antibiotik (jika ada jangkitan sekunder bakteria - pneumonia atau otitis media) dan menambah air jika badan kekurangan air.
Tambahnya, pandangan bahawa air kelapa menjadi penawar campak juga mungkin kurang tepat kerana tiada bukti saintifik yang menyokongnya. Kemungkinan air kelapa berfungsi membantu menggantikan cecair badan pesakit dan menampakkannya semakin sihat.
Dr. Noraliza menegaskan ramai yang masih mengambil ringan pentingnya imunisasi dan berfikir anak mereka sentiasa sihat.
“Komplikasi demam campak akan bergantung kepada tahap imuniti anak. Jika anak tiada masalah kesihatan, maka kurang risiko untuk mendapat komplikasi yang teruk.
“Tetapi, jika ada masalah tertentu seperti kurang nutrisi, imuniti rendah atau kanser, demam campak akan menjadi lebih teruk sementara komplikasi yang dihadapi boleh menyebabkan kematian,” jelasnya.
Menurutnya, imunisasi adalah cara terbaik mengawal penularan virus campak, terutamanya kerana hanya terdapat satu jenis virus campak.
Tambahnya, virus lain yang mempunyai beberapa jenis berbeza (strain) lebih sukar dikawal kerana memerlukan beberapa jenis vaksin yang khusus mengikut jenis virus.
Dr. Noraliza menjelaskan Malaysia kini mengguna pakai suntikan vaksin MMR (measles, mumps, rubella) yang diberikan ketika anak mencapai umur satu tahun.
“Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah memberikan suntikan vaksin tersebut bagi mengelakkan kematian atau kecacatan akibat demam campak.
“Selain suntikan MMR pada umur satu tahun, satu lagi suntikan booster MMR akan diberikan ketika anak mencapai umur tujuh tahun (Tahun satu),” katanya.
Beliau turut menegaskan vaksin MMR tidak boleh diberikan jika anak di bawah umur satu tahun tetapi vaksin tunggal campak (measles) sahaja boleh diberikan ketika anak berusia enam bulan seperti yang diamalkan di Sabah.
Populasi dinamik KL
Dr. Noraliza turut membangkitkan masalah peningkatan kes demam campak di Kuala Lumpur kebelakangan ini.
“Populasi di Kuala Lumpur dinamik di mana aktiviti keluar dan masuk penduduknya berlaku dengan cepat.
Info dr www.utusanonline.com bahagian kesihatan
2 comments:
www1008
nhl jersey
ralph lauren uk
champion clothing
canada goose outlet
coach outlet online
ralph lauren uk
kate spade outlet
true religion jeans outlet
ugg outlet clearance
michael kors outlet
replica bags u36 y8d34g2k61 high end replica bags m60 n1r82l0p40 high quality replica bags f86 d9t87x0p49
Post a Comment