Followers

Sponsored By

Sunday, October 23, 2011

Teruk sangat ke cikgu sekarang?

Rasanya kalau ditanya kepada cikgu2 soalan seperti ini tentu ada lah pihak yg melenting..saya terpanggil untuk menulis disini kerana saya telah terbaca satu artikel sisipan dlm berita mingguan kalau tak silap..yang mempersoalkan tentang sikap guru sekarang yg tiada magical touch dgn murid dan pelajar.Dan yg saya rasa sangat tak seronok apabila penulis membandingkan guru sekarang dgn guru dahulu dan dikatakan guru sekarang hanya tunggu gaji sahaja ..masuk kelas kemudian keluar kelas..

Rasa panas je muka dan kepala bila membaca artikel tersebut.Yelah..bagi saya sebagai seorang guru..saya rasa si penulis tidak patut membandingkan guru dulu dan sekarang.Zaman kami berbeza..Bebanan tugas juga berbeza..Cara pendekatan guru dulu dan sekarang pun berbeza kerana masing masing menghadapi murid dan pelajar yang sangat berbeza zamannya..

Bagi saya setiap guru ada kelebihan dan keistimewaannya..Tak kiralah dulu atau sekarang.Saya rasa sangat tak adil cara penulis itu menulis.Siapa mereka nak menghakimi apa yang kami buat..Menurut artikel itu..guru sekarang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap murid2..Pernahkah mereka masuk ke sekolah dan perhatikan seluruh kehidupan kami di sekolah?

Memang kerja guru sekarang banyak..rasanya tak perlu lagi saya senaraikan apakah beban tugas guru.Tapi saya secara peribadi masih lagi mengambil berat anak anak murid saya.Kalaulah saya ini tiada 'magical touch'..mengapa anak anak murid saya pagi2 datang mencari saya semata-mata meminta saya mengajar mereka cara memakai tuala wanita?Mengapa mereka memberitahu saya tentang haidh pertama mereka dan cara menangani masalah yang mereka hadapi?

Bagaimana pula dengan murid lelaki darjah 5 yang telah mimpi basah..Dan perkara ini tidak diketahui oleh ibunya sendiri?Bagaimana pula kami mengesan murid2 yang mengalami masalah keluarga..kemiskinan...ibu yang sakit..kemurungan mereka..kalau kami tak rapat dengan mereka sehingga mereka boleh berkongsi masalah..rahsia hati dengan kami?

Em..saya rasa sangat sangat tak adil apa yg penulis itu tulis...Takkanlah kami nak war warkan setiap kerja yang kami lakukan..Saya percaya..bukan saya sahaja yang masih menyelami jiwa murid2..malah guru2 lain juga begitu..

Kami ini ibarat ibu bapa mereka di sekolah..Kadang2 kami lebih dulu tau masalah mereka berbanding ibu bapa mereka yang sibuk bekerja.
Saya rasa masa saya sekolah dulu..tak ada seorang pun guru saya yang tahu masalah keluarga yang saya hadapi...em...mungkin saya masih mampu untuk menghadapi masalah keluarga dan mengawalnya di sekolah...

em..sedih

3 comments:

Hanna said...

akak respek dgn tulisan nazz..apa kata nazz luahkan dlm paper utusan atau berita harian..at least ada jugak pandangan dr seorang guru..copy paste je pastu email kt diorang..mmg dh standard akhbar dh tu..

Naz Nur Nhazzla said...

tulah..teringin sangat nak buat mcm tu cuma xtau caranya kak..orang asyik salahkan kita je...tapi cikgu cikgu ni sebenarnya tak boleh nak buat mcm tu..

myfirdz said...

sokong along 200%... diorg blh ckp sbb x kena kt diri sndiri.. sapa yg ckp keje ckgu senang.. suh dia jd cikgu seminggu pun dh cukup la...

SIGN JANGAN TAK SIGN