Followers

Sponsored By

Sunday, October 23, 2011

Mutafawwiq dah 8bulan



Sedar tak sedar mutafawwiq dah 8bulan...Tapi rasa dia masih kecil sebab dia masih lagi combat crawl dan goyang2 kalau angkat badan..maju merangkak pun sikit2 je..
Memang rasa Mutafawwiq manja sangat dengan ibu bila masih banyak benda yang Mutafawwiq harus bergantung dengan ibu...ibu masih ada baby lagi..

Kalau abang Rikazz dulu...7bulan dia dah berjalan..Dah tak mahu didukung waktu2 mcm ni..Tapi adik masih bermanja dengan ibu.

Mutafawwiq dah pandai nak ikut ibu.Bila nampak ibu pakai tudung dia mula kejo ibu n nangis..Tu tandanya dia nak ikut.Lepas dia demam ni..dia dah mula kenal orang.Kalau dulu..sapa pun ambil dia..dia takkan menangis..Dia tetap tersenyum dan ketawa manis.Namun sekarang..bila dia berada dalam jarak yang agak renggang dengan ibu..dia menangis..dia tau yang orang lain sedang dukung dia.

Mutafawwi sedang dalam proses menambah gigi ke 3 dan ke 4.Dah putih gusi atasnya...
Mutafawwiq dah nampak bosan dengan bubur nasi..bubur nestum...Tapi kalau ibu bagi nasi yang ibu kunyah..ayam yang ibu kunyah..nampak berselera sangat..kalau kuewtiow..hui..laju je dia sedut.

Ibu suka bila Mutafawwiq peluk ibu dan perhatikan mulut ibu bergerak.Ibu suka sebut perkataan perkataan asas dan Mutafawwiq ikut gerak bibir ibu.Seolah-olah dia boleh ajuk semua sebutan ibu.

Mutafawwiq mungkin lambat berjalan tapi ibu rasa Mutafawwiq mcm dah mula nak bercakap.Dah beberapa kali ibu dengar Mutafawwiq sebut ibu ibu..Bila ibu sebut perkataan tu.Ibu sebut dum dum..dia akan sebut dum dum..Dia dah mula mengajuk sebutan ibu..Seronok sangat.

Bila Ibu peluk Mutafawwiq dia akan pegang hidung ibu..mata ibu..dia tenung ibu kemudian ketawa..So sweet..Bila Mutafawwiq ketawa menampakkan dua batang giginya..em..buat ibu rasa nak berhenti kerja..Sekarang projek Mutafawwiq bukak kabinet..kemas rak kasut..Sampai hitam kaki dan tangan Mutafawwiq dek kerana minyak yang melekat di kaki abah..

Makin hari Mutafawwiq semakin membesar..Dan satu hari nanti Mutafawwiq akan tinggalkan ibu kan.Tapi di mana pun Mautafawwiq berada..jangan lupa ibu ye..i love u manja..

1 comment:

iera me casa........ said...

dah beso pun mutawaffiq ni.. koi hensem la ibu.. hehehe

SIGN JANGAN TAK SIGN