Followers

Sponsored By

Tuesday, October 4, 2011

Sudah berpindah....

Ruang bilik utama yg menjadi bilik tidur kami dulu..Hanya kenangan..4tahun kami tidur dlm bilik ni


Salam kengkawan..ingat lagi tak pasal entri yang saya tulis saya kena berpindah selepas raya?Alhamdulillah..saya sudah pun berpindah ke rumah lain.Maaf kerana tidak dapat update apa apa cerita atas sebab kesibukan berkemas..Bagi sesiapa yang tidak tahu kenapa saya harus berpindah boleh baca entri ini.

Jadi secara rasminya..saya bukan lagi warga TAMAN SRI SENTOSA JALAN KLANG LAMA lagi tetapi sekarang saya adalah warga TAMAN PUNCAK KINRARA PUCHONG..

Saya telah pun selesai berpindah pada 25 September yang lepas..hari Ahad..gambar2 di atas adalah sebahagian keadaan yang saya sempat rakamkan.Itu hanya tinggal barang2 kecil..barang2 besar sudah pun diangkat lori pada waktu itu.

Saya telah pun menyewa lori 2tan sebanyak 2 trip perjalanan.Kos nya ialah satu trip utk lori 2tan mengangkut barang ke tingkat 5 rumah pangsa adalah 220RM.Jadi saya telah pun habis sebanya RM440 untuk kos lori sahaja.

Oh ye..sewa rumah sekarang memang murah.RM400 termasuk api air dan astro.Ini rumah pakcik suami saya.Tingkat 5...
Sekarang saya merentas perjalanan yang agak jauh jugalah untuk ke sekolah.Kalau dulu pukul 7.15 pun masih boleh sempat lagi nak keluar rumah.Kalau sekarang 6.20 mesti dah keluar rumah.Kalau tak merah lah punch card.

Kos minyak kereta sekarang RM50 dalam 8hari..kalau dulu RM 20 seminggu..Suasananya ok..jiran2 banyak Melayu..majoriti lah.Tapi satu jiran pun saya tak kenal lagi.Lalu depan rumah tu jenguk2 jugalah tapi xada yang keluar rumah.Masing2 bekerja kan.Hhuhuhu..

Mujur saya dapat duit KWSP..kalau tak..tak tahulah macamana nak tanggung semua kos termasuk roadtax dan insuran kereta yang tamat pada 22Sept lepas..Dugaan..

Bagi kawan2 yang teringin nak melawat saya ..jangan pergi Taman Sri Sentosa lagi..rumah tu dah jadi milik India..cari saya di Puncak Kinrara..

p/s : Seminggu turun naik tgkat 5 (takde lif) berat badan makin bertambah..aduhai...

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN