Followers

Sponsored By

Saturday, October 30, 2010

Kursus yang seksa



Pergi kursus sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk cikgu yang terperap je disekolah mcm aku.Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui kerana setelah 2tahun aku tidak dihantar berkursus..baru kali ini aku dihantar berkursus lagi.Yang kelakarnya...
Tahun 2008 - Aku pregnant 6bulan
Tahun 2010- Aku pregnant 6bulan anak kedua pula
Kerisauan dihati untuk pemergian kali ini bersarang dihati.Manakan tidak..tidak pernah berpisah dengan Rikazz selama ini namun setelah hampir 2tahun aku harus meninggalkannya pergi kursus.Mujur Rikazz sudah tidak menyusu lagi namun yang merisaukan aku dia masih lagi mengemping kalau mahu tidur.
Pemergianku berkursus 3hari 2malam di Tiara Beach Resort ku mulakan dengan iringan doa.Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba di sana pada pkl 3ptg.
Aku ditempatkan di tingkat 4 Blok c.Mujur abang driver berbaik hati nak menghantar kami sehingga ke depan tangga.Mana taknya jarak antara lobi dan bilik sangatlah jauh..Mau menggigil kaki nak berjalan kaki dengan beg yang berat.
Tapi kuasa Allah siapalah yang tahu.Tiba di blok C aku terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat 4 dengan beban beg dan perut.Ya Allah..nafas tak usah katalah.Kaki ni memang dah naik lembik.
Dan itulah yang berlaku di sana sepanjang 3hari.Terpaksa berulang alik dr seminar room ke bilik apabila tiba waktu rehat dan solat.
Tiara Beach Resort?
Makanan kurang enak
Surau tidak disediakan
Kemudahan pun kurang
Bilik jauh dari lobi
Kemudahan lift tidak diselenggara
Sedikit info tentang kursus yang ku hadiri.Aku dihantar berkursus sempena KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH yang menggantikan KBSR selama ini.Jadi bagi sesiapa yang ada anak akan berada di tahun 1 pada 2011, mereka akan mengikuti sistem baru.
Setiap sekolah mesti belajar bahasa kedua samada Bahasa Cina Tamil dan Arab selama 3 waktu
Untuk subjek Pendidikan Islam selama setahun mereka akan belajar menggunakan buku Iqra'.
Pelajaran semakin ringkas dan mudah

Friday, October 29, 2010

Bersiaran semula kawan2





Salam kawan2 semua..
Maaf sangat sangat kerana sudah lama tidak bersiaran di blog yang tercinta ini.
Sebab2nya :
1. Laptop rosak lepas broadband rosak

Alhamdulillah...laptop ini sudah kembali beraksi.Syukurlah krn banyak kerja yang perlu dibereskan di hujung tahun ini.
Nak cerita sikit pasal kehamilan ini..Alhamdulillah..sudah 25minggu..Baby sudah semakin aktif dan sihat.
Rikazz pula sudah maju lah sedikit vocabnya walaupun masih banyak baby words nya.Sudah pandai menyanyi dan menyebut liriknya..
Semalam ...
Xda kerja..bawa Rikazz naik LRT dari Taman Jaya ke KL Sentral pkl 10 MLM.saja saja lah..nanti Rikazz tak kenal pula kemajuan dan teknologi yang ada di KL ni..nama je lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tp xtau pasal LRT kan..hehehe..Rikazz nampak excited tp dia ngeri bila LRT tu bergoyang2..
Ok lah..nanti ada apa apa kita jmp lg...

Monday, October 18, 2010

Sudah pun 6 bulan

Alhamdulillah..diam tak dia, kandungan kedua ku ini sudah memasuki usia 6 bulan.Apa yang boleh aku ceritakan disini ye?
Sebelum tu mohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran kerana broadband buat hal..Celcom..geramnya daku..Selalu dpt online fb je sbb guna mobile internet.Nak update blog mmg xmampu lah sbb hp ku biasa biasa aja..Bukanlah yang canggih.

Tentang Baby
Ku dah redha dengan jantina nya seperti yang ku ceritakan dlm episod yang lepas lepas kan.Boy.Walaupun hajat dihati inginkan bunga menghiasi keluarga kami tapi takpelah.Setiap pemberian Allah kepada kita tu sebenarnya ikut kemampuan kita.Mungkin aku tak berbakat nak membesarkan anak perempuan buat masa ini.
Kadang kadang tertanya tanya juga..ada harapan tak scan tu tak tepat?Tapi kata mak.Bersyukurlah dah boleh nampak jantina dia.Jelas gambar scan tu bukan samar samar.Kalau orang tengok pun org faham tu adalah bird..
Adik Rikazz ni banyak mengeraskan dirinya.Nak kata dek kerana perut ibu yang kecil dan sempit..sempitlah sangat.Huhuhu..tapi itulah yang berlaku.Dia tidak seligat Rikazz.Tetapi dia lebih suka mengeras dari menyenget bengetkan perut ibunya ini.

Tentang Ibu
Bila masuk 5bulan hari tu...tulang belakang dan pinggang mula sakit sakit.Walaupun aku masih lagi berjalan laju.Dan perut ni kadang membuncit dan kadang leper.Kerap mengalami kekejangan pada perut secara tiba tiba.Tengah tengah mengajar diserang kekejangan.Maka mengaduh lah aku.Sampai murid pun panik.Namun ada juga yang fikir cikgu dia ni buat lawak.
Beratku sudah mencecah 65kg.Ohh tidak...tapi masa Rikazz dulu waktu mcm ni dah 69kg dah pun.Semangat makan sangat meningkat.Syukur kepada Allah.semoga segalanya sihat walafiat di dalam sana

Tentang Persiapan
Aku dah pun booking di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Memang hajat dihati tidak mahu kena datang awal check up disana sbb akan menganggu waktu mengajarku di waktu pagi.27 Dis nanti baru mula check up disana.Kala itu usia kandungan 33minggu.
Baju baju baby dah lah kot buat masa ni.Tinggal nak beli pam manual dan botol botol susu serta cooler bag.

Tentang Rikazz
Dia masih tidak faham kenapa perut ibunya buncit.Yang dia suka bila ibu tunjuk perut dia akan bergendang dgn perut ibu sama mcm yg dia lakukan pada perut abahnye

Next check up 28 Okt
Oh ye dr 20-22hb ni aku dihantar berkursus ke Port Dickson.Lambat sikit nak bersiaran ye..

Due date?
Kalau ikut 40mggu 8Feb
Kalau ikut KK 12 Feb
Kalau ikut PPUM 11 Feb
Kalau ikut Scan 9 Feb
Tak tahu lah yg mana satu harinya.Allahu A'lam

Tuesday, October 5, 2010

Shopping barang baby




Em..masa mengandungkan Rikazz...ramai orang tak bagi aku beli barang baby awal dari 7bulan kandungan.Katanya tak baik.Takut sesuatu yang tak dijangka berlaku(minta dijauhkan)..akibatnya..sekali beli setengah ribu habis.tu shopping fasa pertama..fasa kedua pun sama habis 600rm...Ui ui ui..penin pala gak.Tp dulu bolehlah..hidup hanya utk berdua.Takdelah terasa sangat.
Skang dah ber3...Ku tak pedulik apa orang kata.5bulan kandungan ku mula shopping sikit2.Tu pun baru dapat beberapa barang yang kecik dah habis seratus.Tu sikit tu.Kali ni barang barang yang besar beSAR dah tak beli dah.sebab semuanya dah ada masa lahirkan Rikazz dulu.dan alhamdulillah masih dalam keadaan baik.
Baby court
Stroller
Walker
Tilam dan bantal
Kelambu
Topi(Rikazz xpakai pun sebab dia tak boleh ada benda atas kepala)
Jadi...yang mesti beli
Baju baby
Mittens dan booties
Selimut yang boleh buat bedung tu
Kain utk alas tilam dan sarung bantal
Yang nak diupgrade
Botol2 susu BPA Free (ada sikit je)sedozen
Pam manual(Pam elektrik dah ada)

Em..apa lagi ye?setakat ni tu jelah yang terpikir nya.Insyaalah gaji bulan 10 beli lagi ye Riyash.Jadi bulan 7 dah boleh relax2...
Bulan depan kan kami nak berjalan jauh.Nak hantar daddy Ngah kahwin dengan orang Baling.Ni tengah pikir design baju maternity utk perkahwinan Daddy Ngah.Tema..gold..emmm

Shopping barang baby

Em..masa mengandungkan Rikazz...ramai orang tak bagi aku beli barang baby awal dari 7bulan kandungan.Katanya tak baik.Takut sesuatu yang tak dijangka berlaku(minta dijauhkan)..akibatnya..sekali beli setengah ribu habis.tu shopping fasa pertama..fasa kedua pun sama habis 600rm...Ui ui ui..penin pala gak.Tp dulu bolehlah..hidup hanya utk berdua.Takdelah terasa sangat.
Skang dah ber3...Ku tak pedulik apa orang kata.5bulan kandungan ku mula shopping sikit2.Tu pun baru dapat beberapa barang yang kecik dah habis seratus.Tu sikit tu.Kali ni barang barang yang besar beSAR dah tak beli dah.sebab semuanya dah ada mas lahirkan Rikazz dulu.dan alhamdulillah masih dalam keadaan baik.
Baby court
Stroller
Walker
Tilam dan bantal
Kelambu
Topi(Rikazz xpakai pun sebab dia tak boleh ada benda atas kepala)
Jadi...yang mesti beli
Baju baby
Mittens dan booties
Selimut yang boleh buat bedung tu
Kain utk alas tilam dan sarung bantal
Yang nak diupgrade
Botol2 susu BPA Free (ada sikit je)sedozen
Pam manual(Pam elektrik dah ada)

Em..apa lagi ye?setakat ni tu jelah yang terpikir nya.Insyaalah gaji bulan 10 beli lagi ye Riyash.Jadi bulan 7 dah boleh relax2...
Bulan depan kan kami nak berjalan jauh.Nak hantar daddy Ngah kahwin dengan orang Baling.Ni tengah pikir design baju maternity utk perkahwinan Daddy Ngah.Tema..gold..emmm

Monday, October 4, 2010

Blog baru


Hai kengkawan..ini gambar background blog baru aku.Saja bukak blog utk muatkan segala contest kat sini.Kalau x bercampur aduk lah antara cerita dan contest(macam lah rajin sangat join contest kan?)ini pun inspirasi dr blogger lain.
Almaklumlah..anak dah nak bertambah.Nanti cerita pun semakin bertambah..Serabut lah pulak.sesiapa yang rasa nak share contest yg dia join bolehlah follow aku di www.nazzblogcontest.blogspot.com janganlah malu dan segan ye.ekekeke..

Saturday, October 2, 2010

Taraaa...inilah wajah Riyash di usia 5bulan

Baju maternity pertama hand made
Riyash memeluk tali pusat

Satu lagi gambar sewaktu Riyash mengangkang kaki.Nampak bird tengah berdiri


Wajah Riyash sedang tidur



Lagi Riyash




Posing





Ni Rikazz bukan Riyash






Rikazz 4bulan







Telur Rikazz

Eh..banyak pulak gambar kali ni ye?Pening sapa yang tengok gambar ni.xfaham?xpe..nanti naz terangkan ek.
Riyash?sapa pulak Riyash ni?Sebenarnya RIYASH adalah nama yang dah naz sediakan untuk adik Rikazz.Ada yang tanya..ait?cepatnya..dah ada nama?Ye..sebenarnya Naz dah standby 8nama lelaki dan 8 nama perempuan.Kalau anak lelaki naz akan mulakan dengan huruf R bersempena nama abah Rikazz RIZAL.Kalau perempuan akan bermula dengan huruf N sempena nama Naz NHAZZLA.
Ada juga yang kata apa lagi nama belakangnya?xkanlah nama Rikazz 3 patah perkataan nama adik dia satu je?Ada lagi sebenarnya...tapi biarlah Naz masyhurkan nama RIYASH dulu.Macam Rikazz dulu..lepas je Naz scan 4d dan mendapati jantina Rikazz lelaki...Naz dan keluarga terus panggil dia baby Rikazz.Jadi Rikazz dah biasa dengar namanya dipanggil sejak alam rahim lagi.Begitu juga yang Naz lakukan dengan Riyash ni.
Kalau kengkawan tengok gambar2 kat atas, gambar yang dicapture semasa scan yang lepas di usia 22minggu.Doktor kata muka Riyash sama dengan Rikazz?Betul ke?
Adalah kot..bab bibir tu.Bibir tebal...
Dan terselit juga gambar ibu Rikazz dan Riyash.Ha..tu baju mengandung yang pertama Naz buat sendiri.Bukan Naz yg jahit.Emak Naz yang jahit..Naz bermasalah sikit beli baju mengandung ni.Ketinggian Naz 160cm je.Tapi kebanyakannya baju di pasaran singkat.Bila perut semakin membesar baju tu pun menyingkat sampai melepasi atas buku lali.Geli.huhuhu..
Oklah...tu saja cerita hari ni







Sweet and Cute Baby Exploration Time Contest


Kali ni nak join contest Mamalieyna pulak.
Contest ni akan berakhir pada 10 Oktober.Jom le cepat join..

Nama anak : Rikazz Qalby Muntasyee
Umur : 20 bulan

Sedikit cerita pasal gambar ini :
Ini adalah first time Rikazz memegang penyapu lidi di rumah Oma nya.Dia sangat pelik dengan penyapu tu dan cuba untuk menggunakannya.Cuba tengok mata Rikazz yang penuh dengan tanda tanya tu

Friday, October 1, 2010

2nd Contest Mama Rifqy- u& me Rayer Together2 Contest




Contest ni sampai 5 oKtober


Contest ni kena gambar raya berdua.Tak kisah lah dengan sapa yang penting berdua.


Jom join...nak join g blog




Citer sket pasal gambar ni:
Gambar ni gambar aku n Rikazz di satu Syawal dekat rumah Oteh kami.Beberapa minit kemudian baju raya Rikazz ni dihujani muntah Rikazz kerana tersekat dek kuih mama kery.Tak sampai berapa minit ler dia berbaju ijo.Tu lah citernya..

Cute Little Muslim/Muslimah Contest

http://contest4anas.blogspot.com/2010/09/cute-little-muslim-muslimah-contest.html


Salam kengkawan sume.Naz berkenan nak join contest ni.Anjuran Contest4anas.Jom tengok gambar pilihan..

Rikazz Qalby Muntasyee b Muhamad Rizal

Satu tahun 8bulan

Kategori 1A Little Muslim

Ibu berharap Rikazz akan membesar sebagai harta yang berharga kepada dunia Islam kelak.Seorang yang berketrampilan dalam memimpin dunia akan datang agar Islam disanjung di mata masyarakat dunia.Insyaallah

SIGN JANGAN TAK SIGN