Followers
Sponsored By
Wednesday, November 24, 2010
Cabut gigi waktu mengandung?
Sakitnya dan seksanya rasa bila diserang sakit gigi.Gigi geraham ku itu mmg sudah pecah.Mungkin sudah terlalu letih menanggung beban maka dia sudah tidak boleh bertahan lagi/Denyutnya sudah serupa contraction bersalin...Datang memulas dengan kuat kemudian hilang sekejap dan datang lagi..menangkap di kepala..telinga dan leher.terasa semua gigi sakit sampai tak tahu gigi mana yang sakit sebenarnya...
Oh..tak mahu aku bayangkan lagi kesakitan itu...Tugas tugas di sekolah dah tak mampu aku laksanakan sedangkan cuti makin kunjung tiba waktu itu.Oleh kerana dah tak tahan aku pun minta pulang kerana aku memang sudah mcm orang gila di sekolah itu.Menangis berhenti kemudian menangis lagi.
Sebenarnya sudah 20 tahun aku tidak mencabut gigi..Dan aku ni sangat lah gerun dengan darah.bila disarankan agar gigi ini dicabut aku buat buat tak dengar sajalah nasihat kawan2.Akhirnya sendiri yang susah kan..
Bila aku post statussakit gigi di FACEBOOK aku mendapat komen dari seorang tu..aku tidak boleh mencabut gigi kerana kandunganku melebihi 5bulan...Namun aku sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan sakit gigi itu...Lalu aku pun bertanya kepada seorang nurse yang bekerja di bahagian dental di KK...jAWAPANNYA:
yA..Aku boleh cabut gigi ketika mengandung sekiranya kandunganku sudah mencapai 4bulan ke atas.
Yang tidak dibenarkan apabila kandungan berada di trimester pertama..
Aku rasa lega yang amat sangat lalu aku memilih klinik swasta kerana aku sudah tak tahan lagi.
Apabila reda sedikit sakit..cepat2 aku pergi klinik.(padahal masih berdenyut)namun tidak seteruk sebelum itu..Aku bertanya dentist adakah aku boleh mencabut gigi ketika pregnant?
Lalu doktor mengajukan beberapa soalan:
Sudah berapa bulan?
7 bulan
Kandungan kali ke berapa?
Dua
oh..boleh..Kalau kali pertama kami tak mahu buat.Tapi tak pula dentist jelaskan mengapa.
Lalu bermulalah operasi ku mencabut gigi...aku yakin bahawa gigi yang pecah itulah punca kesakitanku selama ni..
Selepas dibius 2kali..dentist pun mengambil playar..PLAYAR?oh..dah menggigil lututku...Macamana rasanya apabila dentist memulas gigiku nanti...Sekali pulas maka tercabutlah gigi geraham kekalku itu..Oh...rasa lega yang teramat sangat..Kerana masih lagi dalam bius aku tak terasa sakit sedikitpun..
Dentist hanya memberikan aku panadol kerana aku mengandung dan tidak boleh makan ubat tahan sakit..Tak sampai beberapa saat kapas di gusi sudah penuh dengan darah..Dan habis tudung kuningku dipenuhi darah tanpa aku sedari...
Apabila bius mula hilang aku mula mengaduh kesakitan kembali kerana kepalaku terlalu sakit.Emak kata itulah kesan aku cabut gigi ketika masih sakit..Mujur ada mak.Aku tak boleh buat apa pun..Rikazz pun dah 2hari tak terlayan.Mujur Rikazz faham yang ibu nya sakit...
Itulah pengalaman ku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
erin pon tgah dlanda sakit gigi.. huhuhuhu baby kiter sedut kalsium bnyak niehh hehehehe..
stakat ni masih mampu bertahan..
thanks for da info dear...
Erin..saja tulis entry ni sbb ramai yang pertikaikan ibu mengandung cabut gigi.pape pun mudah2an jgn sakit gigi makin kuat masa nak bersalin tau
salam.pn.naz,sy nk tnya...lps cabut tu xde effect apa ke kat baby?sy pun tgn sakit gigi ni.kndungn nk masuk 7 bln.
sy pun tgh sakit gigi...kandungan bru masuk 5 bulan....gigi geraham memang ada satu yg rosak..mngandung anak pertama...sakit tuh dtg kejap2 je terutamanya waktu malam...waktu siang x rasa sakit...so nk tnya pendapatla..apa patut sy buat...huhuhu
now pregnant 23 minggu bleh ke cabut gg?.dari awal trimestr dh mula sakit gg tp bleh than tp dh msk trmstr 2 xdpt thn lagi...kandungan ke-4...kehamilan sblm2 ni pun pernh cabut gg kecuali masa pregnant first xblh cbut...bleh ke cbut dh kehamiln 23 mggu?
Betul ke entry ni..soalan yg diajukan pun x dijawap.
Sebaiknya bertnyakan pd dentist anda.Maaf soalan x berjawab.Lama dah tinggalkan dunia blogging.Tiada apa apa effect pun pd baby.Tiada keguguran malah sy lahirkan baby overdue 42w lg.Dan dah 5 tahun pun baby tu
Hello guys Klau kandungan 26minggu dan 27minggu boleh cabut gigi ndak??
saya cabut gigi pada usia kandungan masuk 27 minggu doktor cakap boleh jadi saya mmg confident je cabut sebab da tak mampu bertahan lagi. sakitnya tue tuhan je yg tahu. setakat nie semua baik2 aje cuma lepas bius hilang agak sakit juga la gusi tue tp baby ok je aktif mcm selalu.
Post a Comment