Followers
Sponsored By
Thursday, November 25, 2010
Bila result monthly check up tak menarik
n
Hari ni kandunganku sudah 29minggu 3hari..Alhamdulillah..memang aku nanti nantikan saat check up kehamilan ni kerana aku suka untuk mengetahui keadaan diriku dan juga bayi di dalam kandungan ini.
Kali ini aku dapat temujanji pukul 3 memandangkan ramai lah sangat pesakit kat klinik kesihatan Medan Maju Jaya tu..Tapi disebabkan aku pergi pkl 3 xdalah lama sangat aku kena menunggu berbanding yang dtg pada pkl 2 ptg.Ramainya manusia mmg tak payah ckp lah.Tapi nak wat mcmn..kat situ je yang aku mampu.Perkhidmatan pun ok dan nurse nurse baik dan peramah.Doktor nya plak alim alim...Sume bertudung labuh dan ada yang berpurdah..
Bila nama aku dipanggil untuk timbang berat..Aku pun pergi macam biasa...Masa timbang nurse tak ckp pape lagi.
Kedua pergi amek tekanan darah...Masa amek tekanan darah pun nurse xkomen pape lagi.
Bila time nak compare dgn yang lepas..Nurse kira 3kali..
HA?4KG LEBIH NAIK DLM MASA SEBULAN?AWK NI BIAR BETUL...
Ye..berat dulu dlm 67kg dan terkini 71.5kg..uwaa...aku pun dah geleng kepala..Tak tau nak kata apa..Pas tu nurse tengok result MGTT aku yang lepas...Normal..ok..bebas dari diabetes..
Lepas cek tekanan darah mcm biasa cek air kencing dan amik hb..
Hb ok 11.0..tp makin menurun ni..setakat ni tiada komen ttg Hb berbanding kandungan terdahulu.
Air kencing pun ok..
Sampai lah masa nak jumpa nurse...cek perut..cek cek nurse kata BREECH!!apa lah maksud breech tu.Dari bulan lepas aku dengar perkataan tu..Pas tu nurse suruh aku tekan perut aku sendiri dan rasakan kepala baby kat bawah ulu hati...Aku pun buat..dan ye aku rasa bulat dan keras..Bila aku tanya nurse..dia kata ok je sbb baby masih berpusing memandangkan aku 29minggu..
Sampailah masa nurse nak calculate berat dan tengok sume sume tu lah...
Kira punya kira..HA???11.4KG?DAH WEIGHT GAIN ni..sepatutnya aku hanya boleh naik 12kg sahaja sepanjang kehamilan..Tapi ni dah over2..
Maka dengan itu..sekali lagi aku dengan ini harus meneguk air gula yang manis dan lazat..dan dikehendaki datang tiap tiap mggu..sebanyak 2kali bagi mengambil tekanan darah kerana katanta tekanan darahku agak tinggi..Uwaa...
Oh ye..bila aku tanya breech tu apa?Rupanya breech tu songsang...tak sepatutnya kepala baby di atas dan itulah posisi Riyash sejak bulan lepas dan aku dapat rasa perut ku bahagian atas sentiasa membuloat dek disodok oleh kepalanya..Adakah ini tanda2 bahawa aku tidak dpt melahirkan anak secara normal?Aku redha...:(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
insyallah nt bersalin normal tu...
baby masih lg berpusing..pusing
huhuhu..seram gak erin..dah le uri kat bwh..pas tu kepala baby kat atas..masa rikazz dulu 4bulan dia dah elok ke bawah n uri kat atas
inshaALLAH.. ada masa lagi dia nak pusing.. shifa check up 27 minggu last week, alhamdulillah kepala baby kat bawah dah.. naz bp tinggi, shifa lak bp rendah.. asyik pening je..
salam shifa...bp rendah bahaya gak tu..masa aidil adha hr tu bp naz rendah..naz xleh bangun langsung..waktu baring pun rasa nak tergolek.suami kene papah nak g toilet kalau x collapse...untungnya baby dah turun ye..
Post a Comment