Followers

Sponsored By

Thursday, November 11, 2010

Bila pengumuman UPSR diumumkan


Mula mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 2010 ku yang berjaya memperolehi 5A..4A 1B..4A 1C dan 3A2B..Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak yang memperolehi keputusan UPSR hari ni.Bagi yang berjaya tahniah kerana anda memberikan sokongan padu kepada anak anak.Kepada anak yang kurang berjaya ..kegagalan hari ini bukan bermakna anda telah gagal dalam hidup anda selamanya.UPSR ni hanya permulaan cerita..Tak semestinya anda tak berjaya mendapatkan keputusan yang cantik dalam peperiksaan ini telah menentukan masa depan anda.Belum tentu murid yg berjaya dpt 5A terjamin cemerlang dalam hidupnya..itu semua tidak akan terjadi andai keputusan ini telah menyebabkan anda memikirkan kejayaan akan sentiasa menjadi milik anda.Ingatlah sekali kita lalai dalam hidup...akan menjejaskan masa depan kita.

Hari ini memang sangat meriah utk sekolahku..sedang2 sibuk menjalani raptai hari anugerah cemerlang..GPK pun pulang dengan wajah gumbira..hati anak anak dah mula dirundung gelisah.Sibuk bertanyakan kepadaku siapa yang dapat 5A...

Apabila result diumumkan..mengalirlah air mata apa bila nama mereka tiada dalam senarai murid murid yang cemerlang.Merah merah lah hidung bibir dan mata akibat kecewa dengan keputusan yang tidak disangka.

Suasana itu mengingatkan aku pengalaman aku sendiri apabila diumumkan keputusn UPSR.Sekolahku mempunyai 9buah kelas tahun 6 sahaja dan aku berada di dalam kelas pertama.Dan majoriti kawan kawan sekelasku mZemang bijak bijak orangnya dan kini masing2 telah berjaya dalam kerjaya masing2...Zaman aku dulu hanya ada 4 subjek sahaja diambil kira.Tunggu punya tunggu..namaku tidak tersenarai dalam murid yang mendapat 4A..aku dah mula sedih.Mana taknya..aku lah harapan keluarga.Anak sulung.Bagaimana nak berdepan dengan mak nak menyatakan result aku tu?Walaupun tidak berjaya mendapat 4A..aku berjaya juga mendapat 3A1B..Dengan air mata yang bergenang aku melangkah jua ke hadapan perhimpunan untuk mengambil result..Dalam masa aku ingin ke hadapan tiba tiba seorang rakanku pengsan.Dia tidak dpt menerima kenyataan bahawa dia tidak mendapat 4A..Lepas bangun pengsan semula..menangis sayu mengenang nasib..

Tapi itu dulu..kini aku sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan.Insyaallah selepas melahirkan Riyash aku akan cuba meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.Dan rakanku yang pengsan pengsan tu mendapat 3A IB dan kini telah pun berjaya memegang jawatn engineer...
Begitulah kisahnya...

2 comments:

Unknown said...

hehe..huda pun dpt 3A1B thn 1996 :)

Naz Nur Nhazzla said...

akak 3a1b 1995.kikiki

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN