Followers

Sponsored By

Friday, October 18, 2013

Bahasa Arab subjek wajib di sekolah rendah

Assalamualaikum semua.
Mungkin masih ramai parent yang tak tahu kewujudan Bahasa Arab di sekolah Kebangsaan.Alhamdulillah ..sudah 9 tahun Bahasa Arab dan Al Quran bertapak di sekolah rendah dan diperkasakan di sekolah Rendah.Syukur alhamdulillah saya di antara insan terpilih untuk menyuburkan bahasa Al Quran ini di sekolah rendah.Masih ramai yang confuse berpikir kalau saya guru bahasa arab sekolah agama...bukan.Saya guru bahasa Arab sekolah kebangsaan sekolah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untung kanak2 hari ini..mengenali Bahasa Syurga ini seawal 6 tahun di pra sekolah sekolah kementerian pelajaran malaysia dan 7 tahun di sekolah kebangsaan.Sistem bahasa Arab di sekolah rendah lebih kepada komunikasi harian.Bukan menghafal..
Sejak Kurikulum baru diperkenalkan Bahasa Arab di sekolah rendah sudah menjadi subjek yang sama penting dengan subjek 2 lain.Tahun hadapan Kssr sudah menginjak ke tahun 4.Adalah penting bagi ibu bapa mendalami bahasa ini agar kita dapat membantu anak2 membuat ulangkaji dan latihan di rumah.
Mungkin ramai yang tidak sedar dan ada rakan2 parent yang tidak tahu.Jadi kepada ibu bapa yang anaknya akan memasuki tahun 1 tahun depan bersedia ye.Jangan terkejut!

No comments:

SIGN JANGAN TAK SIGN