Untuk pertama kalinya aku akan outstation tahun ni.Cewah...ada ke cikgu outstation?
Ke mega crystal kuala selangor.
Ditemani suamiku kerana aku tidak pernah ke sana sebelum ini.Aku akan membuat pembentangan untuk introduction of arabic language in primary school di hadapan guru2 jqaf baru seluruh selangor.ewah..mcm seminar pulok.Doakan segalanya lancar k
Followers
Sponsored By
Wednesday, October 30, 2013
Outstation di hujung minggu
Sunday, October 27, 2013
Cari nama baby adik
Semalam adikku sekeluarga datang rumah.Maka riuh rendahlah rumah dengan suara jeritan bujangku muntasyee dan mutafawwiq ditambah pula dengan jeritan anak dara sorang si muaffah.terserlah keceriaan di wajah emak bila anak dan cucu berkumpul.
Part yang paling seronok mencari nama baby inside adik iparku.Tak tau lah signaturenya FM ke MF.tp mencari nama adalah part yang paling seronok kan.Tapi sepanjang penceburanku menjadi konsultan nama, mencari nama anak boleh jadi suatu part yang menyeksakan, menstresskan dan membuntukan.Nasihat saya..kalau nak cari nama baby..pilih dulu..rujuk yang pakar..kemudian baru letak.Kebanyakan ibu bapa dah cari nama baru tanya.kemudian bila maksud tak seperti yang diharapkan dah serba salah kan?Dan janganlah pilih nama di saat akhir.Bila dah buntu cari nama maka mulalah keluar nama yang ada dalam kepala je...just my concern.
Pape pun tak sabar nak jumpa anak sedara kedua saya...
Ini gambar baby Hassya Nawwara yang punya
Tuesday, October 22, 2013
Name Card untuk baby
Assalamualaikum semua.
Ingat lagi tak saya pernah post tentang produk Group Nama indah yang bermakna?
Tapi saya belum dapat attach contoh kad yang saya buat.
So hari ini saya tunaikan janji untuk menunjukkan contoh kad yang telah dibuat.Kad ini hanya dalam bentuk soft copy sebagai simpanan parent.Parent boleh simpan sebagai panduan di masa depan.
Tujuan kad ini dicipta?
1- Kalau ada yang tanya maksud nama anak boleh tunjuk kad tu kan.
2- Akan datang bila anak nak sekolah mesti nak mintak ejaan Arab.so di situlah fungsi kad.
KALAU NAMA ANAK ANDA BERASAL DARI PERKATAAN ARAB ADALAH SANGAT PENTING MENDAPAT KAN EJAAN ARAB YANG BETUL,KALAU TIDAK YANG BIJAK AKAN BERTUKAR MENJADI MAKSUD YANG MENYAKITKAN
عليم KALAU DIJAWIKAN أليم
Psst Kad ini bukan saya yang design tapi adik ipar dari HOMEMADESTICKERS.
Kalau nak cari search kat grup fb search dgn nma tu ok.
Rege muroh je.xsampai pun 10rm.hihi
Follow up check up Ectopic Pregnancy
18 oktober 2013
6 minggu selepas pembedahan dijalankan
Keadaan semakin sihat
Benang masih tidak reput atau putus.
Petang ni baru dapat tahu
Friday, October 18, 2013
Bahasa Arab subjek wajib di sekolah rendah
Assalamualaikum semua.
Mungkin masih ramai parent yang tak tahu kewujudan Bahasa Arab di sekolah Kebangsaan.Alhamdulillah ..sudah 9 tahun Bahasa Arab dan Al Quran bertapak di sekolah rendah dan diperkasakan di sekolah Rendah.Syukur alhamdulillah saya di antara insan terpilih untuk menyuburkan bahasa Al Quran ini di sekolah rendah.Masih ramai yang confuse berpikir kalau saya guru bahasa arab sekolah agama...bukan.Saya guru bahasa Arab sekolah kebangsaan sekolah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untung kanak2 hari ini..mengenali Bahasa Syurga ini seawal 6 tahun di pra sekolah sekolah kementerian pelajaran malaysia dan 7 tahun di sekolah kebangsaan.Sistem bahasa Arab di sekolah rendah lebih kepada komunikasi harian.Bukan menghafal..
Sejak Kurikulum baru diperkenalkan Bahasa Arab di sekolah rendah sudah menjadi subjek yang sama penting dengan subjek 2 lain.Tahun hadapan Kssr sudah menginjak ke tahun 4.Adalah penting bagi ibu bapa mendalami bahasa ini agar kita dapat membantu anak2 membuat ulangkaji dan latihan di rumah.
Mungkin ramai yang tidak sedar dan ada rakan2 parent yang tidak tahu.Jadi kepada ibu bapa yang anaknya akan memasuki tahun 1 tahun depan bersedia ye.Jangan terkejut!
Wednesday, October 16, 2013
Salam aidil adha
Kullu aamin wa antum bi khoirin
Maksudnya : selamat hari raya
Alhamdulillah saya bertolak dari bandar Tenggara pukul 10.30 dan tiba di Taman Jenjarom Permai pukul 3.45. Perkara pertama buat lps tiba peluk rizal la...Pas tu tidur.Rindu dengan tilam kesayanganku. Oh ye sbg catatan.Best fren yg suka pakai baju merah da datang cukup 45 hari lepas operation.Tu tandanya..saya dah subur semula tau! Dan ovum saya dari ovari yg tunggal ni da pun dilepaskan keluar.Dan itu tandanya ia berfungsi dengan sihat.saya suka sangat.Syukur alhamdulillah.Jumpa lagi!
Psstt...konn nak ajak mak singgah zoo melaka tadi tapi mak pun da ingat tilam dia so kita terus cari signboard Nilai utara.
Salam Aidil Adha!
Monday, October 14, 2013
Perjalananku tanpa seorang suami
Aku selalu teringin untuk travel tanpa Rizal.Bukan apa ... dia selalu beranggapan aku tidak akan mampu pergi jauh tanpa bantuan dia.maklumlah..aku ni bukan pandai baca peta ataupun signboard.
Namun... cuti raya haji ini telah menjadi titik mula untuk aku memecahkan sarang kerisauan untuk memandu bukan di kawasan yang aku tahu.
Memandangkan emak yang telah banyak berkorban menjagaku dan anak2 ketika aku sakit tempoh hari..apalah salahnya kalau aku menggembirakan hatinya dengan membawa emak bertemu dengan Aniq di Johor.
Kelakar juga bila memikirkan aku berjaya memandu dari Banting ke Plentong Johor Bahru dan patah balik semula ke Bandar Tenggara.Mengantuk memang tak terkata.Banyak kali aku berhenti di r&r.Perut yang baru sebulan menjalani laporoskopy juga agak berdenyut.Tapi ku gagahi jua demi memecahkan rekod.Suami yang selalu disisi aku tinggaljan sebab dia perlu bekerja.
Syukur alhamdulillah.perancangan awal nak baca gps tak menjadi kerana akj terus bergerak mengikut panduan papan tanda.
Kini aku di johor menyambut aidil adha di sini bersama Aniq yang telah lama tinggal sendiri.Nampak dia sangat gembira.Begitu juga emak.
Hati ini terlalu rindukan semua kenangan yang aku lalui di tanah tumpah darahku.Walaupun Selangor ada segalanya tapi Johor abadi tetap di hati.
Nak hidup kat Johor boleh tak?
Monday, October 7, 2013
Rikazz Dapat No 4 tapi no 5
Salam kawan2 Rikazz sume.Kali ni Rikazz pulak berblog.Rikazz sekarang dah sekolah.Rikazz sekolah dekat Ttdi education centre.Kat mana? Dekat Taman Sri Manja.
Tiap2 pagi Rikazz bgun pagi2..rikazz naik kereta dengan ibu lpas Subuh.Sekolah Rikazz jauh dengan sekolah.Tapi rikazz suka.sbb dapat jumpa Haikal Ikin aman Radhan ( Aiman Ramadhan).nama cikgu rikazz cikgu Intan.
Tapi Rikazz selalu jugak tak dapat datang sekolah kalau ibu kena pergi meeting atau mesyuarat kat tempat lain.Ibu sakit..ibu kena masuk hospital.Rikazz tak dapat pergi sekolah dah dekat 2 bulan.sekali sekala je pegi.Tu pun bila abi cuti.Ibu tak boleh jalan tak boleh drive.
Rikazz sedih.Bila Rikazz pergi sekolah trus exam.Rikazz exam bm maths n english.bila ibu pergi jumpa cikgu ibu tanya result exam rikazz.rikazz dapat
BM 98
ENG 88
MATHS 92
Keseluruhan no 4,tapi cikgu kata kat ibu no 5
Skarang Rikazz tgah berlatih nyanyi utk persembahan hari konvo.Tahun depan Rikazz tak sekolah kat TTDI GENIUS lagi.Tahun depan Rikazz 5 tahun.Ibu kata nak hantar pergi pra sekolah tempat ibu.tapi tak tahu dapat ke tak.
OH ye..ibu hadiahkan Rikazz Kfc ( samsung galaxy).sbb rikazz dapat no 4.Ibu bagi hadiah sbb Rikazz sedih Rikazz xdapat hadiah kat sekolah.Tq ibu.Rikazz suka.
Pemergian Zuriat ke 6
Memang aku sedih..siapa yang tidak sedih andai terpaksa merelakan pemergian zuriat yang dinanti.Nak cite panjang macam malas plak.
8jun last period yg normal
7 jul start period baru n trus bleeding smpi g jmp dok kat ppum on 21 ogos
21 ogos g ruka ppum wat cek air kencg n darah postf peknen.G o&g scan kosong.doc kt COMPLETE ABORTION dpt mc 2mggu.
5sept follow up appointment suspected ectopic pregnancy. Drh 8500 hcg tp rahim kosong.Jmp pakar jumpa kat tiub knn.Buat 2 kli upt postf n ujian hcg level tggi rahim kosong.mlm pkul 8 msuk OT ..buang tiub knn
6 sept discaj n mc
5 okt hbis mc ckup sebuln operate.
6 kli peluang pregnancies.Syukur sy masih subur.hihihi..cume Allah blom takdirkn sy mnjadi ibu kpd ank ke3 sy.klu bb girl nak bg nma
NUBLA. Hihihi..bilola tu.
Gmbr Upt terakhir sblm tiub n bb dibuang.positif kan?
Saturday, October 5, 2013
Group Nama-nama Indah yang Bermakna
Assalamualaikum semua.Apa khabar?Bersyukur kpd Allah krn saya masih diberi kesempatan meneruskan amal jariah yg xseberapa di group itu.Sekarang group itu mempunyai 2 admin.Saya sdr dgn dibantu oleh faizah yang rela hati mebantu dr sudut teknikal.Alhamdulillah group ini sudah mempunyai 2 produk.First ebook kombinasi nama utk memberi idea kepada parent di luar sana utk mencari idea memberi nama anak2 mereka.Kelainan yg ada pada ebook ini adalah nama2 di dalam list tersebut telah ada kombinasinya. CONTOH DALEELA HARIYZA.
Dan produk kedua hasil usahasama dgn perniagaan adik saya n istri HOMEMADESTICKER.Kad nama baby yg mengandungi nama..gambar baby masa lahir..maksud nama..dan ejaan arabnya.Mmg sngt membantu parent di masa akan datang.Tq designer ku Mariah.feedback dr customer..kad itu sangat CUTE.tp hari ni sy xdpt tunjukkan dulu gambar2 nya sbb saya ditemani kawan baru..blom bluetooth gmbr kad yg ccute tu.Hanya kepada Allah saya panjatkan kesyukuran apabila dapat merealisasikan impian sekian lama ini.jmpa lagi..