Followers

Sponsored By

Friday, December 30, 2011

Nama Anak Jin

Seram je dengar topik ni ye..ni semua gara-gara pendedahan ustaz sharhan syafiee pengamal perubatan islam yang terkenal abad ini lah..

saya tak tgok pun rancangan tu..samada dekat WHI atau AL-KULLIYYAH..tp saya tahu kisah ini apabila mesyuarat di sekolah dan cikgu2 kat sekolah sibuk nak menukar nama panggilan anak2..ada yang tgah peknen dah berimpian nak meletak nama nama tu pun terus berpesan pada rakan2 jangan memanggil nama baby dlm kandungannya dengan nama itu..Yang lebih havoc lagi bila ada juga kawan2 mereka terus publish di fb supaya jangan memanggil nama anak anak mereka dgn nama nama yang telah disenaraikan oleh ustaz tu..

saya pun eager nak tau nama apa yang dinyatakan ustaz tu...

bila dengar je nama nama yg dinyatakan..rakan2 yang anak mereka bernama ini..pucat lah muka...saya kata..glamournya nama anak jin ni ye...

sebenarnya melalui ilmu saya..majority nama yang dinyatakan ni bukan dari bahasa arab..tetapi saya pun tak pasti bahasa mana..mcmn saya tahu tu bukan perkataan arab?

em..saya kan belajar bahasa dan sastera arab selama 6tahun di uia..perkataan arab ni ada formulanya..cuma nak terangkan dekat org susah lah sket..saya pun belajar 6tahun ..mcmn saya nak terangkan dalam satu masa kan..

cuma ustaz tu kata..tak payahlah sampai pergi jpn tuko nama..cuma panggil lah dgn nama lain..kita kan sekarang ada 2 atau 3 perkataan nama anak kan..ustaz tu kata lagi..kebanyakan nama nama yg disenaraikan adalah pesakitnya yang mengalami masalah gangguan jin..em..mesti orang marah kan dgn penyataan ustaz tu..

Sunday, December 25, 2011

Perkembangan bayi 10bln


Ini saya petik dan saya terjemah dari website baby centre.com...memandangkan Riyash saya sudah 10 bulan mari kita tengok..secara umunya apa yang bayi 10bln boleh capai di minggu pertama 10 bln nya...

Bayi anda mula memahami perkataan2 mudah dan ayat mudah

Waktu ini adalah sangat sesuai anda lebih banyak berbual2 dengannya
Mulakan perbualan dengannya dengan mengulang ulang perkataan yang disebutnya dengan menggunakan bahasa orang dewasa.
Elakkan bercakap dengan bayi anda dengan bahasa bayi atau bahasa pelat untuk menggalakkan skil komunikasinya.
Kalau bayi anda bercakap2 dengan bahasanya..anda harus melayan perbualannya dengan menjawab menggunakan bahasa yang betul..
Lama kelamaan anda akan mula memahami bahasanya dan gerak tubuhnya.
Adalah sangat penting untuk anda memberitahu bayi anda nama kepada setiap benda yang ditunjuk oleh nya.

Oh..patutlah Riyash da mula bercakap sekarang ini...Ya..saya akan terus mengajaknya berbual dan memperkenalkan Riyash dengan banyak lagi objek di sekelilingnya..Ibu sayaaaaang Riyash

Saturday, December 24, 2011

Dia anak cemerlang dah 10 bulan








Jangan salah anggap..bukan saya nak puji melambung pun anak kecik saya..tp dah hakikatnya memang dia cemerlang..nak buat mcmn..dah makna nama dia mcm tu.. MUTAFAWWIQ yang cemerlang..

Alhamdulillah..budak busyuk saya tu dah pun 10 bulan..dulu hampir 10 bulan dia dalam perut saya..Kini dah pun berusia 10bulan ..
Riyash masih belum boleh berjalan lagi..Malah nak berdiri sendiri (lepas tangan) pun tak mau buat..Yang dia suka sekarang..merangkak..mengemas rak kasut..Turun naik sofa..turun naik katil.memapah dr satu tempat ke satu tempat...Selalu buat ibu dia kering darah..Dah le kememe..tau kememe apa?Maksudnya kuat nangis..Kalau dah jatuh..sapa yg susah?Ibu jugak...

Sikap Riyash dan Rikazz mmg berbeza..Yg sorang berdikari dan yang sorang lagi nak melekat je dengan ibu dia yang comel ni..Saat saya menaip ni..Rikazz tiada bersama kami..Ikut oma dia tidur rumah daddy ngah dan mummy ngah dia..Sejak Daddy ckp nak ajak Rikazz balik kampung..ditunggu dan diulang2 je ayat daddy ngah nak bawak dia balik kampung..tak sampai hati nak halang dia ikut daddy ngah dia tu..

Berbalik kepada Riyash..Riyash ni suaranya besar range nya..mulut Riyash mmg peramah..selalu je berbunyi..Mungkin Allah da makbulkan doa saya..tak payah jalan cepat2 tp biar ckp cepat...Riyash dah boleh mengajuk perkataan2 sejak dia baik dr demam campak..Jom kita cek perkataan apa yg Riyash ajuk tu ye...

1.Acu
2.Cucu = Susu
3.Duck
4.One
5.Two
6.Ada
7.Babai
8.No
9.Nam = Enam
10.Tujuh
11.Book

A B C pun dia ikut..tp c jd CI..td saya bukak buku iqra'..konon nak ajo abang dia..tp nak ngajo Rikazz ni tak boleh formal..ada ke belajar mengaji sambil berguling2...Tak sopan langsung..Sempat sampai ta je..nasib bek ajo sekali dia dah boleh bezakan...geram mengajo Rikazz..pergilah pindah ke adik..Nasib baik adik ikut A dan BA..tp dia pulak sibuk nak menyelak page lain..alahai..last SODAQALLAHULAZIM..ibu nak tengok mastercheff..huhuhu

Sunday, December 18, 2011

Suamiku..(Entry pre wedding anniversary)







Dulu aku pernah kongsikan kisah kepincangan keluargaku..Ya..aku anak dari broken family.Ayahku berkahwin lain dan meninggalkan kami sekeluarga..adik beradik..Sangat seksa dan derita meneruskan hidup..meredahi liku2 yang berada di hadapan mata tanpa kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah...Lebih kasihan lagi adikku yang bongsu Aniq Abqari yang memang tidak kenal erti kasih sayang seorang bapa ..kerana ayahku meninggalkan kami ketika adikku Aniq masih kecil lagi..

Aku pernah ditanya oleh seorang ustaz ketika aku berada di Sekolah Menengah dulu..

"NAZLA..KAMU TAK BENCI LELAKI?"

"kenapa ustaz?"

" YELAH..AYAH KAMU DAH BUAT KAMU SEKELUARGA MENDERITA BEGINI..SELALUNYA ORANG MCM KAMU AKAN BENCIKAN LELAKI"

"tak lah ustaz..yang bersalah tu ayah saya.kenapa saya mesti nak membenci lelaki lain yang tidak ada kena mengena dengan hidup saya?"

Aku tak akan lupakan pertanyaan ustaz itu sampai bila2..Ye..walaupun aku pernah didera secara psikologinya sejak berusia 7tahun lagi..namun aku tak mahu menyalahkan org lain atas apa yang menimpa diriku..Cuma aku agak sensitif bila melihat kawan2 yang bahagia dengan ayah mereka yang baik..penyayang dan bertanggungjawab..Aku tidak seuntung mereka..

Sejak kecil aku selalu berdoa..agar Allah kurniakan aku seorang lelaki yang sanggup susah senang denganku..dan mengasihiku walau apa pun yang terjadi..Aku tidak jemu mencari dan menanti..
Seorang demi seorang lelaki aku temui..mencuri hatiku dan meninggalkan aku..kerana alasan mereka tidak sanggup untuk menanggung beban keluargaku..tambahan pula aku adalah anak sulung dalam keluarga...

Sehinggalah aku bertemu dia..

Orangnya agak kasar..tidak tahu bermadah pujangga denganku..
Tidak romantik...sukar untuk memberiku hadiah atau pujian..
Pendiam..lebih banyak mendengar..sehingga ada saudara mara dan sahabat handai yang menuduh dia sombong...

Namun..aku bersyukur kepada Allah kerana Allah telah makbulkan doa2 ku selama ini..

Bersamanya..aku tidak hidup kaya..bermandi wang ringgit atau intan berlian..
Namun..dia sabar melayan kerenahku..
Tidak pernah menyakiti aku..
Setia bersamaku saat kami susah dan senang..
Tak jemu berulang alik melawatku dan menjagaku ketika aku bersalin di hospital..
Tidak membiarkan aku sendiri melaui saat saat genting dalam hidupku..
Sanggup menerima aku ketika aku gemuk yang teramat sangat...
Bila aku kata...B..SEMUA ORANG KATA SAYANG GEMUK..MESTI B MALU NAK JALAN DENGAN SAYANG YANG GENUK..ADA ISTERI YANG HODOH MCM SAYANG..jawapannya..Kurus2 sangat pun bukannya cantik..mcm ni kan sedap nak peluk..barulah seksi...
Entah seksi tang mana lah tu..walaupun aku tahu dia hanya ingin menjaga hatiku..tp kata2nya buat aku senang..dan aku tahu dia maksudkannya ketika menyebutnya..

Kini..usia pernikahan kami sudah menghampiri 4tahun..ini bermakna sudah 6tahun kami saling mengenali...

Aku semkin mengenali dirinya..Dan dia juga begitu..Aku tidak mahu berharap lebih dr nya..Yang aku harapkan..aku dapat bersamanya sehingga ke akhir hayat kami..melihat anak anak membesar di depan mata..kemudian mendapat cucu..dan kalau hayat kami dipanjangkan oleh Allah..kami akan dapat bertemu dgn cicit kami kan...

Terima kasih dia..DIA..MUHAMAD RIZAL

psst...waktu menulis entry ni..jatuh jua air mataku..

Thursday, December 15, 2011

Saya Dah kurus ke???

8 bln yg lepas Terkini 2hr yg lepas

Of cos lah blom masuk kumpulan kurus lagi pun..sbb saya dulu mmg kurus lah..tp skang ni bila dirasa rasa baju yang dah mula melonggar..mestilah rasa saya dah susut lah badan berbanding 8bln yg lepas..xpelah..korang nilai lah sendiri..pape pun saya dah puas dengar org kutuk kutuk badan saya ni...pape pun saya dapat pakai banyak baju semula dgn selesa saya dah bersyukur..

Tips???

BREASTFEED je lah..sbb saya mmg xdiet setakat ni..nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL pun xmampu..bnyk lg nak guna duet..kalau ada duet terpijak..nak jugak kan..hehehe

Sunday, December 11, 2011

Riyash TerCAMPAK!





Bukan ibu sengaja mahu Riyash sakit..ampunkan ibu..Ibu cuba elakkan..Tapi dah takdir.Di usia 9Bulan Riyash terpaksa menghadapi kesakitan sebegini..
Ibu mana yang ingin melihat anaknya sengsara...Barulah kini ibu tahu..mengapa Riyash kerap sangat mengalami demam panas yang sangat tinggi dan mengapa demam itu berulang selang seminggu..Sejak Riyash berusia 8bulan..Riyash terpaksa menanggungnya..Maafkan ibu sayang..

Namun kini..barulah segala persoalan ibu terjawab..Ibu lega dengan keadaan Riyash sekarang..Ibu tak perlu bawa Riyash ke hospital untuk dicucuk cucuk..kerana..kini ibu tahu apa sebab Riyash terpaksa berdepan dengan demam panas itu..Sebab Riyash sudah

TERCAMPAK

dek demam campak

Ya kawan-kawan..sama seperti Rikazz..pada usia 9bulan Rikazz dapat demam campak..Simptomnya sama...cuma Riyash ni terlalu lama..Simptom2 yang saya dapat monitor hasil pengalaman sebagai seorang ibu :

1. Demam yang tinggi
2.Demam berulang2
3.Demam yang panjang
4.Muntah2
5.Cirit birit
6.Bila demam kebah mulalah tumbuh bijik campak ni..

Memang sedih bila Riyash asyik demam tinggi.Ini kali keempat sejak dia 8bulan.Dah 4kali juga jumpa doktor.Masa demam awal tu ingat dah kena campak tapi Doktor kata..tu ruam panas sbb badan dia terlalu panas..
Beza ruam panas dengan campak..

Ruam panas struktur bijinya kurang timbul dan bersambung2 mcm gegata
bIJI campak strukturnya timbul dan sebiji sebiji..

Sekarang biji campak Riyash dah sampai ke punggung..Tunggu sampai kaki insyaallah sembuhlah Riyash

Demam yang keempat ini sangat panas berbanding demam yang lain.Mujur termometer tu ada 4o darjah je.Kalau ada lebih nombor mungkin suhu itu dah lebih dr bacaan 40..Dua kali saya menghadapi Riyash yang badannya panas menggigil sehingga hampir kejang..Apa yang saya buat saya teruskan basahkan kepala Riyash..dan alirkan air sejuk di tulang belakang dia..Menjerit2 lah Riyash namun lepas tu suhunya turun sedikit..

Apabila Riyash kebah dr demam pagi ini..apa yang dia pandai???

Dia pandai menggeleng tanda tak boleh..kalau kita nak ambil apa yang dia tengah pegang..Bertambah akal Riyash..Kalau Rikazz dulu lepas demam campak dia dapat jalan laju..sebab Rikazz dah mula jalan masa dia 7bulan..Riyash ni tengah rajin diri2..belum jalan lg..

Ni sedikit info demam campak :

DEMAM campak atau measles adalah penyakit yang berpunca daripada jangkitan virus paramyxovirus dari genus Morbillivirus yang membiak di sel kerongkong dan paru-paru.

Penyakit ini masih belum ada penawarnya dan mudah berjangkit dari seorang individu kepada individu lain melalui titisan lembapan atau cecair badan individu yang dijangkiti ketika bersin atau batuk.

Virus demam campak juga boleh berada serta hidup di udara dan permukaan yang dijangkiti sehingga 2 jam, di mana ia berpotensi menjangkiti manusia.

Bagi sesiapa yang dijangkit demam campak, mereka mampu menyebarkan virus penyakit ini kepada individu lain dalam tempoh empat hari sebelum dan selepas ruam mula kelihatan pada badan pesakit tersebut.

Tanda-tanda demam campak termasuk;

* Ruam yang bermula di muka seterusnya merebak ke seluruh badan.

* Demam dengan suhu yang sangat tinggi

* Batuk

* Selesema

* Mata kemerahan

Pakar Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL), Dr. Noraliza Noordin Merican menjelaskan demam dan ruam kemerah-merahan adalah tanda asas campak.

“Tetapi demam yang dihidapi mungkin juga berpunca daripada jangkitan virus lain. Untuk mengesahkan demam campak, ujian darah boleh dilakukan.

“Selain itu, simptom lebih teruk demam campak termasuk keradangan pada selaput mata, selesema dan batuk,” katanya.

Vaksin elak komplikasi

Demam campak itu sendiri sering dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan tidak berbahaya oleh kebanyakan ahli masyarakat.

Namun, apa yang dikhuatiri adalah komplikasi yang mungkin timbul, terutamanya di kalangan kanak-kanak, sehingga boleh membawa maut.

Dr. Noraliza menyatakan perkara paling dikhuatiri adalah jangkitan demam campak pada kanak-kanak yang membawa kepada komplikasi sampingan seperti pneumonia atau meningitis.

“Jika berlaku komplikasi yang serius, kanak-kanak tersebut perlu dimasukkan ke wad bagi mengelakkannya melarat sehingga membawa maut. Bagaimanapun, golongan dewasa yang menghidap demam campak jarang mengalami komplikasi sampingan.

“Penyakit tersebut sudah lama wujud tetapi masih belum ada rawatan khusus untuknya. Rawatan hanya sekadar mengatasi simptom yang timbul dan menggantikan cecair badan,” ujarnya.

Menurut beliau, pesakit biasanya diberikan ubat demam, antibiotik (jika ada jangkitan sekunder bakteria - pneumonia atau otitis media) dan menambah air jika badan kekurangan air.

Tambahnya, pandangan bahawa air kelapa menjadi penawar campak juga mungkin kurang tepat kerana tiada bukti saintifik yang menyokongnya. Kemungkinan air kelapa berfungsi membantu menggantikan cecair badan pesakit dan menampakkannya semakin sihat.

Dr. Noraliza menegaskan ramai yang masih mengambil ringan pentingnya imunisasi dan berfikir anak mereka sentiasa sihat.

“Komplikasi demam campak akan bergantung kepada tahap imuniti anak. Jika anak tiada masalah kesihatan, maka kurang risiko untuk mendapat komplikasi yang teruk.

“Tetapi, jika ada masalah tertentu seperti kurang nutrisi, imuniti rendah atau kanser, demam campak akan menjadi lebih teruk sementara komplikasi yang dihadapi boleh menyebabkan kematian,” jelasnya.

Menurutnya, imunisasi adalah cara terbaik mengawal penularan virus campak, terutamanya kerana hanya terdapat satu jenis virus campak.

Tambahnya, virus lain yang mempunyai beberapa jenis berbeza (strain) lebih sukar dikawal kerana memerlukan beberapa jenis vaksin yang khusus mengikut jenis virus.

Dr. Noraliza menjelaskan Malaysia kini mengguna pakai suntikan vaksin MMR (measles, mumps, rubella) yang diberikan ketika anak mencapai umur satu tahun.

“Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah memberikan suntikan vaksin tersebut bagi mengelakkan kematian atau kecacatan akibat demam campak.

“Selain suntikan MMR pada umur satu tahun, satu lagi suntikan booster MMR akan diberikan ketika anak mencapai umur tujuh tahun (Tahun satu),” katanya.

Beliau turut menegaskan vaksin MMR tidak boleh diberikan jika anak di bawah umur satu tahun tetapi vaksin tunggal campak (measles) sahaja boleh diberikan ketika anak berusia enam bulan seperti yang diamalkan di Sabah.

Populasi dinamik KL

Dr. Noraliza turut membangkitkan masalah peningkatan kes demam campak di Kuala Lumpur kebelakangan ini.

“Populasi di Kuala Lumpur dinamik di mana aktiviti keluar dan masuk penduduknya berlaku dengan cepat.


Info dr www.utusanonline.com bahagian kesihatan



Saturday, December 10, 2011

Mesin basuh meletup dan berapi!

Ni muka baru
Mesin lama
Mesin baru

Pop! Pop! pop! Dah mcm bunyi mercun pop pop pulak.Tapi itulah yang terjadi kepada diriku minggu lepas.Ahad pagi aku mencuci baju seperti biasa..dengan menggunakan mesin basuh semi auto jenama upsson 3.5 kg..kecik kan?jenama pun tah apa apa tah..
Tahun ini..adalah tahun keempat mesin tersebut berjasa kepada kami sekeluarga.Dari kami berdua..sampai dah ber 4 dan berenam dalam rumah ni.Mesin tulah yang membantu meringankan tugas tugas membasuh.

Sebelum bunyi letupan..mesin tu dah round 2kali dah.maklumlah..mesin kecik..mestilah kena pusing banyak kali.Time nak basuh tudung..dah pusing dah..aku terdengar bunyi letupan di dapur basah.Mula mula menjenguk air cond..manalah tau air cond yang meletup.Bila datang ke dapur..dah berapi api mesin tu..TidaK!!!!Aku dah panik.Macamana nak stopkan mesin ni.Dengan segera ternampak suis utama.Lalu suis itulah yang ku tutup.Nampaknya tergendalalah tugas tugas membasuh.

Telefon baby tuaku.Kami nekad nak pergi beli mesin basuh lain.Sehari je tak membasuh alamatnya menggununglah kain.Lagi baju bebudak ni.Asyik kotorkan baju kan.Tunggu suami balik ajak pergi Giant.Giant Kinrara tutup pukul 1 pagi.So sempatlah tunggu Baby balik keje malam.

Bila dah sampai Giant pergilah memilih mesin auto murah murah.Dah alang alang nak beli baru..biar lah beli auto terus.Memang dah lama teringin nak pakai mesin full auto tp rasa mcm belum ada kepentingan.So tertangguh tangguh.Pilih pilih Haier 7.5kg tp aout of stock.Sales girl tu cadangkan ambil Samsung.Dia kata kalau ada problem cepat je techniciannya datang.bolehlah kami setuju nak ambil mesin samsung 6.8kg dengan harga 609RM.Murah kan???murah lah sangat...(Terpaksa kuburkan impian nak ganti hp yang dah retak seribu skrinnya)

Mintak deliver ke rumah katanya driver cuti sampai Khamis.Khamis???Suami tak setuju nak tggu driver..dia kata nak bawak balik mesin sendiri..Naik tangga???Tingkat 5???Aku dah banyak kali ckp kat dia..jangan lah..takde orang nak tolong angkat.Selalu dukung Riyash pun dah mengah..Ni nak angkut mesin naik tangga tingkat 5?Tapi kalau dah nekad..memang dia sanggup...Dulu mesin basuh lama pun suami bawak naik moto sampai rumah.Masa tu belum ada kete.Baru kawen..

Akhirnya setelah hampir setengah jam ku tunggu di rumah barulah Babyku sampai..dia angkat mesin macam pikul beg sekolah tu..Bila dia bukak baju..merah merah bahu dia kerana menahan beban mesin tu..Kesian baby..

Tapi yang tragisnya..balik rumah mesin tu tak boleh turn on power..Muka suami nampak kecewa sangat.Aku pun kesian dengan dia...Badan luka luka mesin tak boleh On.Esoknya dia pergi Giant semula Giant kata boleh tukar..tp call Technician Samsung dulu..Memang leceh sebab Driver Giant kata tak boleh hantarkan sbb kami bawak balik sendiri mesin tu..Technician plak berhari2 di tepon tak datang2..Hari Selasa Riyash pulak demam..muntah2..cirit birit..mesin pulak tak ada nak basuh..Mau menggunung baju kotor
Akhirnya ..Hari Khamis jugak baru settle..Button power on tu termasuk ke dalam.Sbb tu tak boleh on..Bila technician cina tu dengar suami bawak naik sendiri..dia kata..Woo..manyak gila oo...

Tapi..sekarang rasa lega sbb sangat senang guna mesin full auto ni..relax...Hui..banyak sungguh halangan dan dugaannya..

Wednesday, December 7, 2011

Mencari warna rumah

Em..pening jugak ye..kalau tak dipilih pilih..nanti rambang mata pulak bila dah sampai kedai cat..suami kata
Ruang tamu dia nak purple...
Bilik kami dia nak Biru...
Tapi bila saya tgok cat dulux mcm mcm cantik2 plak...
em...mcmn ek?

cat apa yg best???

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN