Followers
Sponsored By
Saturday, April 2, 2011
Semangat Breastfeeding utk Riyash
Demi keadilan..saya harus menyusukan Riyash sepenuhnya susu ibunya ini.Sama dengan abangnya juga..Rikazz..Sayangnya..saya hanya berjaya menyusukan Rikazz sepenuhnya selama satu tahun 8bulan sebelum susu badan saya kering sepenuhnya untuk tempoh sebulan sewaktu saya mengandungkan Riyash 5bulan.
Alhamdulillah..Riyash tidak tergolong dalam jaundice breastmilk.Saya agak kecewa apabila doktor menyatakan salah satu punca Riyash prolong jaundice adalah mungkin disebabkan susu saya.Kalau itu berlaku saya dikehendaki menghentikan penyusuan susu badan saya buat seketika..dan saya tak rela..
Sekali lagi saya rasa syukur kerana Riyash dah pun bebas dr jaundis panjangnya dan ini disahkan oleh pakar kanak kanak sewaktu saya dikehendaki buat follow up check up di PPUM 31hb yg lepas.Seronok saya dengar apabila doktor mengatakan bahawa susu saya bagus kerana Riyash telah pun menjangkau 5kg lebih berat dlm masa sebulan.(Lahir dengan berat 3.14) dan tinggi 61cm kini (Lahir 50cm)..Syukur kpd Allah krn memberi keserasian susu ini kepada Riyash dan abangnya..
28hb yang lepas ketika saya 34 hr berpantang saya telah pun mula membuat stock.Saya risau krn kini saya hanya akan sampai di rumah pada pkl 3ptg..Itupun kalau tiada meeting.Kalau ada meeting atau pun aktiviti disekolah mahu masa saya lebih panjang dr orang yang keje opis..Yelah..6.30 pg dah keluar rumah.6.30 ptg xpulang lagi..Saya sangat tak sangka saya berjaya mengepam skang satu sessi dapat megumpul 6 ke 8oz...ini mmg satu pencapaian yg sgt memuaskan hati saya..Terima kasih Spectra 3..Mungkin bg org lain..sikit je tu..tapi saya tak kisah.sbb dulu masa Rikazz saya hanya mampu mengepam 2oz sahaja satu sesi.8oz tu kalau Rikazz xada bersama saya..8oz tu kalau dah bengkak..Kini 8oz selepas menyusukan Riyash dan Rikazz..alhamdulillah..Rezeki anak anak...
Saya risau kalau saya dikehendaki naik keje minggu depan..Itupun atas kesilapan pentadbir sekolah.Huuhu..mereka mahu menarik balik cuti 90 hr saya..Saya tak rela..tu hak saya..Memang saya sayangkan anak murid saya Tp tu keistimewaan saya sbg kakitangan kerajaan...Sya hanya bersedia..
Riyash pun sudah mula belajar minum EBM..dengan menggunakan puting penyek (panggilan saya) 1oz je sekali sesi minum..Alahai Riyash..tu pun lama sangat nak suruh dia habiskan..Takpe takpe..belajar dulu ye Riyash..
Saya mohon doa kalian menyokong penyusuan saya ini..Dan semoga usaha kita semua diberkati Allah..
p/s : Segala penulisan ini untuk ingatan saya sahaja..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
naz,nape tak dpt cuti 90 hari???
sbb masa tu guru ganti ditarik balik..xda org nak ganti..
Post a Comment