Followers

Sponsored By

Monday, April 25, 2011

Bilik penyusuan dah jadi tandas?


Tak patut..tak patut..Bagiku memang tak patut betul si ibu C*** ni..Ceritanya bermula apabila aku menjadi pengunjung tetap bilik penyusuan di klinik kanak-kanak di PPUM.Sementara aku menantikan no giliran muncul di skrin..entah dah brapa kali lah si Riyash kelaparan dan kehausan.Nak susukan je dekat kerusi menunggu tu rasanya masih tak emergency lagi..Jadi sikit sikit aku masuklah bilik tu.

Bilik tu tak besar.Ada dalam 3 kerusi sahaja dan meja yang berlapik dan berpemukaan lembut.Mungkin disediakan bagi ibu ibu yang ingin menyalin diaper utk bayi bayi mereka.

Sewaktu aku masuk dalam bilik tu..adalah seorang ibu sedang mengepam menggunakan medela pump.Jenis apa aku tak pasti sbb medela ada banyak jenis kan.Muka ibu tu aku tak Nampak sbb dilindungi tirai.Ada juga hati nak tengok macamana medela tu berfungsi..Tapi nanti mengganggu ibu tu pula.Maka senyap sunyilah aku ketika menyusukan Riyash.

Tengah syok syok menyusukan tiba tiba masuklah si ibu C yang aku maksudkan tadi dengan seorang anak lelaki dalam usia 5 ke 6 tahun.Bersama sama si ibu tu bungkusan yang mengandungi container utk menadah air kencing.Dengan rasa tak bersalah dia buka seluar anak dia yang dah besar tu didepan kami.Kangkangkan anaknya dan basuh bird anaknya tu dengan tisu…

Aduhai tak selera aku..dah lah menghadap aku..Aku yang nak menyusukan pun rasa tak selera.Agaknya kalau Riyash faham..dia pun tak selera nak makan dan minum.Si kawan yang sedang mengepam ni agaknya merudum susunya..Dah lah anak dia tekan tekan pam cik kak ni..Sangat terganggu.Kalau dia nak salin diaper baby ke tak pelah lagi.Ini nak tadah air kencing budak lelaki dah besar.

Aku nak je tegur dia.Kalau takde orang tak pelah.Ni ada kami kan.Tengah menysukan.Dia tak hormat kita ke?Rasanya lebih sesuai dia bawak anak dia masuk toilet dan tadah kat situ.Dah tentu tentu tandas tu tmpat kotor.Ini dah lah dia lap bird anak dia dgn tisu yang dibasahkan.Lepas tu menjejeh jejeh airnya sebab dia carik tong sampah yang diletak diluar bilik oleh pihak pengurusan…

Patut ke perbuatan dia tu?huhuhuu….

2 comments:

.:Mama Dhia aka Yana:. said...

x de kesedaran sivik langsung...hishhh..

eh..salam kenal..

Yaati Nor said...

ngerinya

SIGN JANGAN TAK SIGN