Jam di dinding telah menunjukkan pukul 2.45 pagi.Tapi aku masih lagi menghadap laptop ini.Selalu mata ini cepat sangat nak tertutup.Tapi malam ini terasa mood rajin pulak nak join contest2 (walaupun tak pernah menang). Dah terlanjur berblogging teringat nak cerita tentang anakandaku yang sulung ini.Dah lama kisah Rikazz menyepi dari blog ini.Sekarang asyik cerita pasal Riyash je ye..Oklah memandangkan aku menggunakan broadband prepaid..maka haruslah ku post dulu semua cerita ni sbb lepas ni entah bila blog ini akan bersinar kembali.
Tentang Dia...
1. Rikazz dah 1tahun 10 bulan
2. Dah tak takut dengan mop dan lampu kelip kelip lagi
3.Menggelarkan dirinya Bibi (QALBY)
4.Memanggil aku bu..oma dia mak..ucu cu..abah bah..daddy ngah ngah..
5.Dah dapat bezakan antara kucing dan anjing.Sebelum ni kucing ke anjing ke sume man ( sempena nama laxman anak anjing jiran sebelah rumah).Sekarang dah panggil nyau..cat 6.Lebih pantas belajar melalui video...Jadi aku telah merakan banyak video dalam hp utk tatapan harian Rikazz.
7.Mengira 1..2..3..6..7
8.Selalu habiskan kredit phone ibu n abah untuk call dan sms dan mms tah sesapa saja. 9.Dah boleh diharap...pulang botol susu kat dapur..buang pampers sendiri dalam bakul sampah..tolong masukkan baju baju kotor dalam bakul kain dan mesin basuh.
10.Dah ada 16 batang gigi
11.Masih nenen dengan ku..walaupun baru kuar air sikit2 utk adik 12.Minum susu Dutch Lady 123
13.Sangat rajin membaca ..apa jua bahan bacaan atau kertas atau apa apa saja yang bertulis akan dibacanya dengan bahasa dia.
14.Berminat dengan semua jenis sukan.Sangat teruja bila ada paparan sukan di media massa
15.Dah tahu nak guna cd player dlm kereta dan dvd player dekat rumah.Hari2 tiap2 pagi pasang cd nursery rhymes sendri...
16.Akan menjadi abang dalam tempoh 2bulan dr sekarang...
Rikazz masih lagi belum dapat bercakap banyak.Memang dulu aku agak risau..Tapi kini melihat perkembangannya hari kehari..Aku yakin xada apa yang perlu dirisaukan kerana dia ada kelebihan sendiri dan cara belajar yang berbeza antara satu kanak kanak dengan kanak kanak yang lain.