Followers

Sponsored By

Thursday, February 25, 2010

Karya Rikazz







Aku suka beli perabot warna hitam..alasannya..kalau dah buruk pun tak nampak sangat..kalau kotor pun tak nampak sangat.eh..ye ke?



Budak-budak memang suka main bedak kan.aku yakin lah..anak anak kalian pun memang sukeee sesangat main bedak kan?Macam tu jugalah Rikazz..janganlah kita leka letak bedak merata..selamatlah disepah kannya..Tau tau..lantai dah licin penuh dengan bedak.



Kalau sebelum ni..bila bedak dah tumpah atas lantai..dia cuma sepah sepahkan di lantai saja lagi..Tapi..



satu hari dalam 2mggu yang lepas..Rikazz diam je..tak dengan pun suara dia..pastinya dia dalam bilik.Bila dia datang kepadaku..muka baju telinga malah rambut pun bertukar warna kepada warna putih..warna bedak..Tu memang dah biasa



Bila aku masuk bilik..aku nampak di satu sudut almari ku yang hitam..adalah palitan calitan dan bulatan dengan bedak..oo..inilah kerja terbaru Rikazz..dia sudah mula menconteng dan dimulakan dengan corak untuk almari ibu yang plain ye..



Mula terfikir..dulu..tengok rumah orang lain yang ada anak kecik..situasi biasalah ye dinding pennh dgn mesej bergambar.Nampaknya kali ni turn rumah ibu lah ye..akan menjadi gua zaman purba..penuh dgn tulisan gambar.Inilah masanya menggunakan cat yang kalis dengan kotoran..Cat apa yg sesuai n berpatutan ye kawan2?

Monday, February 22, 2010

Gigi oh Gigi

Gigi second molar Rikazz dah tumbuh.Rikazz baru 13bulan..
central dan lateral incisor Rikazz belah atas dah tumbuh
central insicor Rikazz belah bawah dah tumbuh
total gigi rikazz sekarang 7batang termasuk geraham baru

Aku risau bila Rikazz menangis tak mau gosok gigi.Selalunya dia ok..masih nak bukak mulut dia walaupun membebel bebel..Tapi dah beberapa hari dia nangis bila digosokkan gigi.Kat berus pulak ada darah..Nak cek mulut dia kemain kedekut lagi dia..

Satu hari aku perasan ada satu titik berwarna putih kat gusi Rikazz belah geraham yang belakang.Mula mula aku ingatkan gigi..Tapi pelik sebab Gigi Rikazz yang keenam belah depan atas baru nak keluar.Takkan dah keluar gigi geraham plak kan.Aku biarkan je lah.Masih lagi gosok gigi curi curi..tapi pastinya Rikazz menangis menjerit jerit.

Beberapa hari selepas itu aku tengok titik putih semakin membesar.Rikazz pulak asyik jolok jolok jari dia dalam mulut.Aku cek gigi depan kalau kalau gigi Rikazz ada nak keluar lagi.Nampak dia tak selesa.Makan pun tak lalu.Bubur tu kalau ada ayam halus yang masih pejal dia buang..Kenapa ye?

Aku cek lagi yang warna putih tu..ooo ada nanah..dah semakin besar..akurisau.Bimbang kalau Rikazz mendapat penyakit apa apa.Naknya aku pecahkan tapi risau akan mengundang penyakit lain pulak.Bila baca blog ibu arifa dalila..aku semakin kuat nak bawak Rikazz g klinik gigi.Nk bawak pergi swasta..dekat PJ ni mahal..kalau cabut gigi tu sebatang 70RM..maklumle..tgah tgah xda gaji ni..Aku pun bawak le g klinik kerajaan.

So petang td lepas balik sekolah aku bawak Rikazz g klinik.Tapi xboleh masuk sebab kanak kanak hari Jumaat.Sekali dia tengok Rikazz dia pelik ..Kenapa baru baby dah bawak jumpa dentist..Aku kata Rikazz dah setahun sebulan dan Rikazz dah ada gigi..Nurse tu kata dekat sini paling kecik 3tahun sebab baby mcm Rikazz belum faham kalau kita nak bukak mulut dia lama lama.

Aku pun ceritakan masalah Rikazz yang buat aku risau.Akhirnya nurse tu tolong juga panggil Doktor suruh tengokkan sekejap mulut Rikazz..sekali bila Doktor tu rasa..dekat celah celah nanah tu telah keluar gigi geraham Rikazz yang putih bersih..ait?cepatnya..Doktor pelik sebab gigi geraham kedua tu setelah 2 hingga 3tahun baru keluar.Gigi bahagian depan Rikazz pun tak habis tumbuh lagi..Kes unik kata doktor..

Jadi tak perlulah aku risau..sebab tu gigi geraham Rikazz dah keluar..Doktor kata cepat betul..mesti tak lama lagi Rikazz boleh cakap..amin..

Tuesday, February 16, 2010

Debaran pertama kali Rikazz bertemu atok nya

Aku tulis entry ini adalah kerana atas permintaan seorang sahabat yang minta aku ceritakan pengalaman pertemuan Rikazz dan atoknya buat kali pertama.Sapa tu ye???
Nak cerita kat facebook manalah muat.Maka disinilah medan aku melakarkan sejarah tersebut.
Atok Rikazz yang aku maksudkan itu adalah bapa kandungku sendiri ABDUL WAHAB BIN CHE LEH.bagi sesiapa yang mengikuti kisah hidupku di blog tentu faham mengapa baru kini..setelah Rikazz berusia setahun sebulan baru dia bertemu dengan atoknya?
Detik ini bermula apabila aku mendapat jemputan dari sepupuku sebelah ayah utk menghadiri majlis perkahwinannya di Kg Jawa Klang pada 14 Feb yang lepas.Namun atas sebab aku telah berjanji dengan Babyku utk menghadiri majlis kahwin sahabat baiknya di Rembau aku pun mempercepatkan pemergian aku ke Kg Jawa pada 13 Feb malam...
Ayahku merupakan anak lelaki sulung dalam keluarganya.Biasanya kalau ada majlis kahwin sanak saudaranya dia mmg menjadi orang kuat.Aku terima undangan siti sepupuku itu pun kerana aku ingin mempertemukan Rikazz dengan ayahku buat kali pertama.Aku sempat menelefon ayah sehari sebelum majlis memberitahu bahawa Siti telah menjemputku dan aku akan hadir.
Malam itu selepas solat maghrib aku pun bertolak dari rumah dengan memakai baju biru satu keluarga.Rikazz juga aku pakaikan baju melayu biar nampak cute..Sampai sahaja disana..ayah menyambutku.Terus diambil Rikazz dari dukunganku.Aku nampak dia sangat teruja melihat Rikazz..ya lah..sekelip mata sahaja dia bergelar atok ..ayah tidak melihat aku berkahwin..ayah tidak melihat aku mengandung..dan ayah juga tidak hadir melawatku ketika aku selamat melahirkan Rikazz pada tahun lepas..yang ada dihadapan ayah sekarang cucunya yang sudah berjalan..sudah besar.Rikazz diam sahaja ketika ayah mengambilnya dari dakapanku..Setelah menjemputku makan..aku biarkan Rikazz dibawa oleh ayah bertemu saudara maranya.Semua org bertanya siapa pula anak yang didukung oleh ayahku ini..Ayah kelihatan kekok tidak tahu bagaimana menguruskan Rikazz..yang aku saksikan ayah mencium cium Rikazz..mengusap rambut Rikazz dan memanggil Rikazz dengan gelaran cucu atok sayang..apa yang ayah lakukan hari itu merupakan kali pertama Rikazz..mendapat belaian dari seorang atuk.Atuk Rikazz sebelah abah boleh dikira berapa kali sahaja mendukung Rikazz..mahu membelai memang susah aku nak lihat.Maklumlah..sebelah abah Rikazz..Rikazz adalah cucu ke 7..tapi sebelah ibu Rikazz Rikazz adalah cucu sulung.atok Wahab Rikazz pun baru berusia 47 tahun..
Sewaktu aku menjamu hidangan..Rikazz sibuk mahu melepaskan diri dari dukungan atoknya.Aku minta ayah lepaskan sahaja Rikazz dan lihat kemana dia pergi.Rikazz memimpin tangan atoknya dan membawa atoknya berjalan kesana sini.Ayahku pula ikutkan sahaja Rikazz..menemani Rikazz kemana sahaja.Alangkah bahagianya apa yang aku saksikan di depan mata.Terbayang sewaktu aku kecil sudah tentu ayah juga melayanku sepertimana dia melayan Rikazz sekarang..kalau aku di tempat Rikazz waktu itu..alangkah bahagianya aku menjadi Rikazz ada atok yang penyayang.Namun kebahagiaan yang aku saksikan hanya seketika..
Isteri ayah datang..kelihatannya dia cemburu..dari matanya dan dari senyumannya yang sumbang..dan ada sahaja perkara yang hendak dikatakannya kepada ayah ketika ayah cuba untuk bermain dengan Rikazz..aku maniskan muka sahaja..tapi aku dapat lihat..dia tak mampu memandang mataku dengan tepat..Dia yang ku gelar MAK YUT cuba utk mengambil Rikazz dari ayah..tatkala itu jugalah Rikazz menangis sehingga tidak keluar suara..mata Rikazz penuh ketakutan..sedangkan sebentar tadi elok saja..Kasihan Rikazz..mulai detik itu mood Rikazz berubah..dengar sahaja suara Mak Yut Rikazz cepat cepat sembamkan mukanya dibahuku..sangat takut..kenapa ya?Bila aku bawa Rikazz jauh jauh dari Mak Yut Rikazz terus senyum kembali..mendengarkan kompang dipalu Rikazz siap bertepuk tangan sambil menghentakkan kaki nampak gembira.Namun apabila Mak Yut menghampiri kami terus sahaja Rikazz menangis dan tidak mahu memandang muka nya..
kasihan Rikazz..kebahagiaan Rikazz tidak berpanjangan..
tak pelah nak..ibu ada disisi Rikazz memberikan Rikazz sepenuh perhatian dan kasih sayang..
begitulah kisah pertemuan Rikazz dan atoknya..selepas ini..mungkin ayah akan bertemu lagi dengan Rikazz setelah kelahiran Riyash atau Nublaa..kerana pertemuan itu tidak mudah..kerana ayah perlu menjaga hati isteri dan anak anaknya yang lain..sedangkan merekalah sebenarnya yang merampas ayah dari hidupku..aku anak sulung ayah..

Apabila suamiku bekerja


Lama x update apa apa cerita kat blog kesayanganku ini kan..kesibukan yang melandakah menyebabkan aku malass sangat nak update?entahlah..aku pun tak tahu jawapannya.Tapi di subuh hari ini..di musim cuti CNY ni aku update lah sikit sikit apa yang patut.

Suamiku bekerja sebagai juruteknik di kilang MEGASTEEL SDN BHD.kilang ini letaknya di daerah banting sempadan antara Nilai dan Sepang.Manakala kami menetap di Kuala Lumpur.bersempadan dengan Petaling Jaya.Hari hari suamiku akan bekerja mulai jam 8 hingga 8..itu waktu kerja wajib.Tapi selalunya dia akan ambil masa satu jam utk siapkan report harian dan satu jam lagi utk OT.dia bertolak kalau shift pagi seawal 6.30 pagi dan apabila dia pulang ke rumah jam sudah menghampiri 11.30 malam.Itu pun kalau xhujan..kalau hujan?lagi lah lambat..Yelah..orang pergi kerja naik moto kan.

Nak dijadikan cerita..kami jarang balik ke kampung mertuaku di Banting..apatah lagi tidur disana.Sebab kalau nak cari cuti suamiku pada sabtu dan ahad hanya sekali sebulan.aku pulak..bila suamiku cuti aku pula yang bekerja.suamiku pulak bila aku suruh pulang sendiri ke kampungnya di Banting tu sendirian dia tak mahu.Akibatnya mak mertua aku kecik hati..tapi takkan dia nak salahkan anaknya kan..

Apabila aku pulang dari Rembau kami terus menuju ke Banting..asal ada kesempatan kami akan terus kesana.Walaupun xdapat tidur sana tapi bagiku lebih baik dari tidak datang langsung kan.Disana mak mertua sempat bercerita kepadaku..katanya sepupu suamiku bertanyakan tentang suamiku yang sudah lama tidak kelihatan di kampung itu.Maka mak mertuaku pun mengkhabarkan kepadanya suamiku sudah susah utk pulang ke kampung..lalu si sepupu pun menambah lah..sejak berkahwin denganku suamiku sudah berubah..tidak bercampur dgn mereka lagi..bermain boling bersama seperti kebiasaan..semuanya kerana AKU?

aku tak pernah nak halang kalau suamiku nak bermain boling ke..nak balik kampung ke..tapi kalau nak dicari masa kami free bersama..memang susah..sedangkan aku pun kalau suamiku bekerja..aku tak dapat nak berbual dengan dia..setiap kali dia kerja pagi..pulang hampir pkl 12 mlm..aku dah pun tertidur apabila menidurkan Rikazz..kalau dia kerja malam..pulang kerja pada waktu siang adalah masa untuknya tidur..ditambah lagi dengan rumah kami yang jauh dari Banting..sanggup mereka mereka menjadikan aku sebagai punca suamiku tidak seperti dahulu.Sedangkan suamiku sendiri yang tak mahu..kawan kawanku pun banyak yang berkecil hati denganku kerana tidak menghadiri majliss majlis yang mereka adakan.Aku memang nak sangat pergi..siapa tak suka berkumpul dgn rakan rakan bertemu kwn kwn baru dan lama.Tapi..siapa yang faham masalah aku?Kalau aku terangkan keadaannya pun mereka kata alasan semata mata..Nak jaga hati siapa?kawan kawan atau keluarga?

Sunday, February 7, 2010

Macam macam peristiwa

Bulan February ni..macam macam berlaku padaku..ada yang sedih dan ada yang gembira..apa yang sedih dan gembira tu?Meh aku senaraikan satu persatu

1.1February
Aku menghadiri kelas memandu..aku drive dr sekolah sampai metro kat Kg Melayu Lama Subang.Sebelum tu dah 2hari berderet aku drive..Tapi aku sedih dan letih sebab makin banyak hari aku blaja..makin teruk performance aku.Asyik mati enjin je kat bila sampai simpang yang naik bukit.Fed up sbb buat kesalahan yang sama..letih cikgu hailmee mengajar.Mujur Baby dengan rela hati nak menjemput aku dekat Metro..kalau x aku kene harungi jalan yg jam petang petang tu drive sndiri balik umah plak dr Metro..huhuhu..memang dah sedih sangat..TETAPI

2.2 February
Sedang aku berehat sebentar kat bilik jQaf sebelum meneruskan kelas..uncle Suveen PAR sekolah aku dtg bawak surat.Aku nampak surat SPP..berdebar ni..ooh..rupanya aku dah sah lantikan ke DG 41..maka dengan ini rasmilah sudah jawatanku DG41..memang epi sgt sbb dah lama aku menanti setelah menghantar balik surat terima jawatan ke SPP pada bulan 11 yang lepas.alhamdulillah..senyum sikit

3.4 February
Oh..alhamdulillah..ini adalah tarikh keramatku..Tarikh aku dilahirkan kedunia 27tahun yg lepas..Tiada apa apa pun yg istimewa berlaku..tiada hadiah tiada sambutan..namun ucapan dari keluarga dan kawan kawan membuatku ceria..Terima kasih semua

4.6 February
Selepas menghadiri sekolah ganti dan mesyuarat guru..aku dan keluarga bergegas ke rumah Dilla mama kepada Danish Rayyan Dizly utk menghadiri undangannya..walaupun cepat sehari tp aku puas hati dpt memenuhi undangannya..Happy besday Rayyan 7Feb..dan juga 6Feb adalah besday qareena adani yg pertama

5. 13 February
Plan nak g jalan jalan jauh sume xjadi.At last yg jadi nak g Bukit Cahaya Seri Alam..pas tu malamnya nak g kenduri kat Kg Jawa Klang..n Rikazz akan berjumpa atoknya untuk kali pertama..

6. 14 February
Akan mengiringi pengantin ke Rembau..nak jumpa kobau..besttt

7. 15 February
Ada ujian memandu pra ujian dgn Metro..takutnyaaa...drive pun xcekap

tu ler diaaa

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN