Followers

Sponsored By

Sunday, August 28, 2011

Perancangan Jalan Raya 2011




Alhamdulillah..dan insyaallah kami akan memulakan perjalanan raya kami pada malam ini.
Dimulakan dengan ----->

1- Berbuka di rumah Mertua : Kg Jenjarom Banting.

bertolak selepas berbuka menuju

2. Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara Kulai Johor.

Malam raya

3. Parit Pinang, Benut Pontian Johor

Pagi raya ketiga

4. Kg Jenjarom, Banting

5. Felda Gedangsa Ulu Bernam

THE LAST DESTINATION....

TMN SRI SENTOSA

Selepas raya kami akan meninggalkan rumah yang telah 4tahun kami diami...Kemana???Entah lah..xjumpa rumah sewa lain lagi.Huhuu

SELAMAT HARI RAYA KENGKAWAN..HATI2 DI JALAN RAYA.DOAKAN KAMI SELAMAT PERGI DAN KEMBALI

Friday, August 26, 2011

Kami Nak mintak maaf!Selamat Hari Raya




Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya..
Syawal bakal berkunjung tiba..Kami akan pulang ke Johor pada malam Raya nanti disebabkan Riz masih bekerja..Walaupun loceng sekolah pkl 12tghari hr ni adalah loceng kebahagiaan utk semua murid2..Tapi aku masih harus menunggu.

Di kesempatan ini...aku penulis Blog TENTANG DIA...ingin menyusun jari dr kejauhan kepada pembaca pembaca blog yang dikenali dan juga belum dikenali.Doakan kami selamat pergi dan balik...

SALAM AIDILFITRI...

Dr Nazz..Rizal..Rikazz n Riyash

Thursday, August 25, 2011

Kenangan Malam Tujuh Likur


Korang pernah dengar tak malam tujuh likur?Kalau di Johor...malam tujuh likur ni adalah malam yang dinanti2 kan terutamanya kanak-kanak..Aku xpasti lah korang.Tapi sejak kecik aku sangat menantikan malam tujuh likur ini.

Malam tujuh likur ni cuma ada dalam bulan Ramadhan je.Apabila tujuh hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya..maknanya minggu terakhir puasa lah..selepas berbuka..aku dan adikku akan memasang pelita minyak tanah yang kami panggil pelita raya.Kalau dulu waktu di Johor..adikku Firdzaus lah yang akan mencacak kayu untuk meletakkan pelita...

Lepas berbuka kami akan isi minyak tanah dalam pelita..lepas tu bakar sumbu dan sangkutkan pelita raya pada kayu kayu yang telah dipancang.Maka..meriahlah seluruh halaman rumah.

Kalau di kawasan kampung selalunya remaja remajanya akan membina pintu gerbang yang pelbagai bentuk dan diletakkan dengan pelita raya.Terang benderang..tak ada satu jalan pun yang gelap bermula tujuh Ramadhan terakhir.Selepas terawih bermulalah episod main bunga api dan mercun...uii..meriah sungguh.

Dulu aku pernah tanya emak..kenapa malam tujuh likur kita kena pasang pelita?Mak kata..sebab malaikat nak turun..kan di antara malam malam terakhir tu ada malam lailatulqadar..mitos pasal lailatulqadar ni pun macam macam..nanti kita cerita lain.

Memang seronoklah..tapi yang tak seronoknya..bila bangun sahur esok..nak kutip pelita mesti hilang sebijik kena kebas dengan orang..Pelita pun nak curik..dan lebih tak best lagi..Bulan Ramdhan pun nak mencuri...

Skang ni..temankan Rikazz plak main bunga api..tapi main dari tingkap flat..tak meriah langsung kan..Macamanalah kalau kampung dah pupus????

Mengapa aku masih lagi menyusukan anak sulungku...

Em..Rikazz Qalby Muntasyee anak sulungku kini berusia 2tahun 7bulan. Seperti tajuk yang dinyatakan...Aku masih lagi menyusukan anak sulungku itu.
Dulu ketika aku masih belum nampak kelibat jodohku aku telah pun bertekad untuk menyusukan anak anakku.Apabila aku mula mengandungkan Rikazz tidak pernah terlintas di fikiranku untuk membelikan Rikazz susu formula.Apa yang aku yakini..aku mampu menyediakan susu perahan hari hari untuk santapan Rikazz ketika aku bekerja.
Alhamdulillah..Rikazz tidak mudah sakit.Kalau dia selsema pun dia tak akan demam.
Setelah aku melalui fasa 6bulan eksklusif..aku bertekad untuk menyambung penyusuan kepada Rikazz sehingga dia berusia 2tahun..Namun belum pun Rikazz 2tahun aku teringin untuk mengandung lagi dan aku mula berfikir untuk memutuskan susu Rikazz sekiranya aku ditakdirkan mengandung untuk kali kedua.
Takdir Allah..ketika Rikazz setahun 4bulan aku mengandungkan Riyash..Susuku masih mencukupi untuk Rikazz..Aku tidak sampai hati mencabut haknya untuk menikmati susuku sehingga dia 2tahun.Lalu aku teruskan jua..
Apabila kandunganku 5bulan..susuku kering .Dan ketika ini aku terpaksa merelakan Rikazz menikmati susu Dutch Lady.Namun Rikazz tidak pernah berhenti menyedut b ku..Mungkin kerana rangsangan dari Rikazz..susu baruku hadir ketika kandunganku 6bulan.Dan aku terus membiarkan Rikazz menikmati susuku sehingga kini.Dia masih berkongsi susu dengan adiknya Riyash..Menyusu secara direct.
Banyak mulut yang meminta aku menghentikan penyusuan itu..Namun aku tidak mahu..walaupun usianya sudah menghampiri 3tahun.Aku tidak mahu emosinya terganggu kerana aku mementingkan diri sendiri yang malu dilihat orang apabila anak lelaki yang sudah besar menyelak bajuku..
Jadi sampai bila aku harus membiarkan Rikazz menyusu?

Jawapannya..selagi Rikazz mahu..kerana aku yakin sampai satu masa nanti..dia sendiri akan meninggalkan susunya ini..tanpa paksaan dan dengan kerelaan..
Kisah yang aku baca di facebook seperti meyusukan anak sehingga nyawa terakhir..dan meninggalkan EBM yang banyak untuk anak yang telah meninggal dunia..sangat menginsafkan aku..Biarlah aku dan Rikazz puas..

Ramadhanku yang penuh dengan dugaan


Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Insyaallah aku akan menamatkan Ramadhan ini dengan puasa yang penuh 30 hari..yihaaa..Rezeki Allah..menyusukan akan sepenuhnya so xpayah ganti puasa..Letih memang letih.Lebih lebih lagi aku menyusukan 2orang anak lelaki yang sedut sedut kuat.Hihihi..Walaupun letih aku masih mampu meneruskan puasa..Cuma..tak dapat khatam Al-Quran lagi tahun ini...huhuhu..

Bukan aku nak mengeluh..namun sekadar meluahkan perasaan..Inilah ujian buatku di bulan Ramadhan..

1) Pemantauan koloboratif oleh jemaah nazir Kementerian Pelajaran Malaysia..

Ini berlaku pada 15 Ramadhan yang lepas..Memang perit nak melengkapkan segala tugasan di sekolah sebelum dipantau.Namun sedar atau tidak..aku berjaya juga mengcompletekan tugasan yang berlambak lambak yang perlu mengikut SKPM ..fUH..

2) Kursus KSSR Tahun 2

Hari pemantauan tu berlaku..aku plak diarahkan berkursus selama seminggu bermula dr 15hb..memang lega..xdalah aku kena pantau sewaktu mengajar.Memandangkan aku lah satu satunya guru Bahasa Arab di sekolahku..for sure Nazir mmg nak pantau aku mengajar..Kursus pun walaupun jauh dr rumah namun banyak memberi input yang berguna..

3) Kena halau dek tuan rumah

Ha..ni yang sedih sangat ni..tuan umah kol suruh kami keluar rumah selepas raya ni..Masalahnya..sampai hari ni..xda pun umah kosong kat kawasan ni..hari hari aku dan suami mencari..search intenet..mintak tolong kawan2..kalau ada pun kosng..nak jual..atau dah ada orang masuk..sedih woo..4tahun duduk rumah ni..dah selesa sangat..dah sayang sangat.Dari pengantin baru sampai anak dah dua..banyak sangat kenangan kat rumah ni..Tapi..ini rumah orang..

4) Roadtax tamat tempoh

Ha..dah lah kena halau..nak cari rumah sewa lain..mestilah deposit tu RM2000 paling murah lah tu..mesti ada..Road tax plak tamat tempoh..RM1000 mesti..

5)Hari Raya

Semuanya berlaku serentak...Nak raya plak..kalau raya tu mestilah nak balik kampung.Perjalanan dari KL ke Johor Bahru..kalau xada RM500 tu tak sahlah..

Memang menyesakkan dada dan kepala bila semuanya berlaku serentak dan memerlukan duit yang banyak serentak..

Mula2 rasa macam xnak balik kampung..Kalau nak balik kampung mesti nak kena servis kereta nak jalan jauh..Banyak guna duit kan..huhuhu..tapi bila cakap tak dapat balik kampung..emak dah sedih..sebab xdapat jumpa emak dia.Yelah..nenek aku bukan muda lagi..Dah menghampiri 90tahun..Apa apa pun boleh terjadi kan...

6) Dapat anak saudara pertama

Macamana rasanya ek nak dapat anak saudara pertama.Ha..yang ini bukan dugaan.Tapi pemberian.Insyaallah..Syawal ini aku akan mendapat anak saudara pertama..Baby Gurl plak tu..Namanya Baby Faiqah..Selama ni menyambut kelahiran anak sendiri.Kali ni menyambut kelahiran anak saudara pertama tu...

Tapi...
Baby Faiqah nak lahir kat Kedah..dapat jumpa dia pun awal tahun depan.Dia dah besar..huhu..sedih.Selalu kalau baby inside datang rumah selalu cakap kat dia..Faiqah keluar lah awal..Ibu Naz nak jumpa dulu..Tapi dia xmau keluar lagi..Apa apa pun ibu Naz doakan Faiqah lahir dengan selamat..dan kita akan berjumpa nanti..Nanti ibu belikan gown ke..headband ke..ek ek ek..

Buat kawan2 yang dikenali..Salam Syawal daku ucapkan..salah silap harap dimaafkan..Ops..tahun ni..aku balik Johor dulu..dan kami berdondon dondon pinky...

Friday, August 5, 2011

Ada anak susuan?

Breastfeed anak ketika sakit adalah penawar paling bermakna
ni ummi ema ngan kawan sesusuan Rikazz NurDamia Hanie Qistina
Ni mama Dila dan Puteri NurQasrina..ibu n kakak susuan Rikazz

Nampaknya sekarang trend menyusukan badan sudah menular dikalangan ibu ibu...Bagi saya biarlah ia menjadi trend dan sesungguhnya ia trend yang baik kan..
Sememangnya kita sebagai ibu sudah menjadi tanggungjawab kita menyusukan anak sendiri dgn susu badan kita sehingga anak sekurang2nya 2tahun..

Kalau kita lihat sejarah Rasulullah...rasulullah tidak dpt disusui oleh ibu baginda Aminah Bt Wahab kerana Aminah sakit yang akhirnya membawa kepada kematian beliau ketika Rasulullah masih kecil lagi..
Walau bagaimanapun..Rasulullah yg tidak dapat menyusu dgn ibunya telah dicarikan ibu susuan bg mempastikan Rasulullah dpt menyusu badan..Susu kambing tidak menjadi pilihan keluarga Rasulullah pun kan walaupun kita sibuk mengatakan susu kambing itu bagus dan banyak khasiatnya..

Berbalik kepada ibu susuan dan anak susuan.Kalian ada pengalaman sendri?
Saya ada pengalaman di mana anak saya disusukan oleh adik ipar saya.Kenapa? sbb saya mengalami masalah sembelit selepas bersalin..
Waktu itu saya rasa ada dua jam saya di dalam tandas dan anak saya pula sudah menangis kerana kehausan..Lalu adik ipar saya yg bermurah hati namanya Dalilati menyusukan anak saya sehingga kenyang...dan kemudian tertidur..masuk jam kedua anak saya menangis lg dan disusui oleh Dila..krn saya masih lg nerada di dalam tandas..
Esoknya saya sedang mandi dan Rikazz menangis krn lapar..Dek kerana saya bersalin secara czer pergerakan saya sgt terhad dan lambat..sekali lagi Dila bermurah hati menyusukan Rikazz..sehingga kekenyangan..maknanya..sudah 3 kali kenyang..maka jatuhlah sudah hukum
ANAK SUSUAN DAN IBU SUSUAN...anak Dila pula perempuan..sepupu yg sebelumnya boleh dinikahi oleh Rikazz..kini menjadi adik beradik susuan dgn Rikazz...

Habis..kalau tak menyusukan secara direct..ttpi dibekalkan dgn susu perahan?macaamana pulak?sama juga konsepnya..direct atau ebm..kalau susu itu telah mengenyangkan sebanyak 3kali kenyang..pada masa yg berbeza..sudah jatuh hukum susuan..

Jadi..mcmn dgn adik beradik yg lain?Disini saya ada jawapannya...

Antara Rikazz dan adik ipar saya

Berikut adalah orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan (Dila...dah mmg makcik dia)

ii. Suami ibu susuan (suami semasa anak itu disusukan) (Budin..suami Dila)

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan (Nenek dan Atok..dah tentu tu atok n nenek Rikazz)

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan (mak ayah budin dah meninggal)

v. Adik beradik kepada ibu susuan (makcik pakcik Rikazz pun)

vi. Adik beradik kepada bapa susuan (Yang ini bahaya..kena kenal btol2 adik beradik Budin)

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan (Setakat ni dila ada anak sorang je.Puteri..puteri blom ada adik lg)

viii. Anak-anak kepada ibu susuan (Dila tak kawen lain pon)

ix. Anak-anak kepada bapa susuan
(Alamak..Budin ada anak dgn isteri lain..maknanya Rikazz ada abg dan kakak 3org)

Memang kena cek btol2 ni..Selain Dila...Rikazz pernah dpt EBM dgn kwn aku Maheran sebanya 6oz..tp blom cukup 3kali kenyang...jadi belum jatuh hukum susuan..

Aku plak pernah menyusukan anak kak iparku..namanya Amar Huzaifah..tapi baru sekali kenyang..

korang bagaimana?

Thursday, August 4, 2011

Boleh ke ibu menyusukan berdiet?Perlukah?



65kg
69kg

Maksud ku diet dgn bantuan minuman atau makanan untuk menguruskan badan..
Macam yg ku cerita dalam blog ini sebelum ini yg aku mengalami kenaikan berat badan yg memang banyak apabila mengandung..kalau masa peknenkan Rikazz aku naik dr 58kg sehingga 76kg pada saat melahirkan dan kembali ke 60kg dalam masa 5bulan selepas bersalin tanpa memakan apa apa ubat..tapi masa tu aku xdalah di provoke sgt dgn momokan yg badan aku dah mcm peti sejuk..Dan xda pun sesiapa nak sarankan aku berdiet..sbb selepas bersalin berat badanku turun dr 76 ke 63kg...

Apabila aku bersalinkan Riyash..berat badanku dr 60kg naik sehingga 84kg..dan selepas bersalin hanya turun sehingga 78 kg..Mulalah ramai yg "mengambil berat" tentang badanku dan pipiku yg dah mcm belon udara panas..tudung2 semua kena buka jahitan lehernya kerana pipiku yg tembam dan lapisan dagu yg berlapis lapis..Bukan sahaja kawan2..adikku sendiri selalu sahaja membandingkan aku dgn isterinya..selalu sangat mengatakan bahawa badanku seperti aku masih lagi mengandung..

Adik2 iparku..selalu sahaja menunjukkan wajah terkejut dgn badanku yg bulat hatta pembantu am rendah di sekolahku juga menenung badanku dr atas ke bawah dan direct menyatakan yg aku gemuk..sampai ada yg mengaku tidak kenal dgnku ketika hr pertama aku kembali mengajar.

Mak mertuaku pun slalu saja mengulang ulang kenyataan bahawa aku gemuk sangat..Hr pertama aku ke sekolah pd bulan 5 dgn berat 70kg.
Sehingga mggu lpas aku masih dikatakan gemuk ole mertua dan menyarankan aku mengambil HERBALIFE.jawapan aku...Aku xmau diet..Sbb aku menyusukan Riyash sepenuhnya dan msh lg menyusukan Rikazz..

Bukan Herbalife sahaja..malah Litchin..Rxlite semuanya menjadikan minuman sbg bahan diet..Kalau mengambil minumna minuman tersebut..perut jd kenyang..sehingga nafsu tertutup utk makan nasi..bukan diet ke namanya tu?Kalau saya hanya mendapatkan protein dan fibre dr minuman minuman tu..di mana karbohidrat vitamin dan sumber makanan yg lain yg saya perlu ada utk menampung keperluan bg badan saya dan badan anak anak?Adakah itu perlu?
Bukan saya xmahu kurus..sapa tak mahu kurus dan cantik..tp perlukah saya berdiet sbg ibu yg ingin menyusukan anknya sehingga anknya berhenti sendiri?

Hr ini berat saya sudah turun ke 63kg..Saya xberdiet..sy makan pil perancang dan saya wajib mkn nasi 3kali sehari demi memastikan pengeluaran susu saya tdk merudum...3kg lg saya akn kembali ke berat asal..sy xpasti bila dan sy sudah turun 2kg dlm ms 2mggu..klu penimbang saya rosak ..mknanya xbtollah apa sy ckp..
saya hanya yakin breastfeeding membantu kpd penurunn berat bdn..jd perlukah ibu menyusukan berdiet?

Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

selamat berpuasa kawan2

Salam Ramadhan kengkawan semua.Tahun ini saya berpuasa sebagai ibu kepada dua orang anak.
Harap2 tahun ni saya dapat puasa penuh sebulan.Sbb tahun mengandungkan Rikazz saya xcukup sehari...
Tahun mengandungkan Riyash..tak cukup 5hari sbb masih di awal kehamilan dan muntah2..harap2 tahun ini lebih kuat..dan harap2 jgn lah cik P nak datang masa masa ni jugak..Malllesss nak qada' pose ni..rasa letihnya bukan main lagi bila pose bkn dlm bulan Ramadhan.Kalau dlm bulan Ramadhan ni ok jek..
Apa aktiviti di sekolah ye..kami belajar seperti biasa..Cuma hari pertama dtg sekolah dlm bulan Ramadhan ramai plak nak demam demam ni..muntah lagi..Pas tu banyak murid tidur..Saya mengajar seperti biasa..Tak ada excuse2..Cuma saya akan kurangkan pergerakan..kesian plak diorang dan kurangkan membebel..hahaha..ye lah haus..letih nak ckp banyak ni..
Perjalanan bf saya...
EBM semakin berkurangan sbb malas nak pump...tp sehari mst pam sekali..alhamdulillah..walau macamana pun masih menampung lagi keperluan Riyash..cuma yg saya amalkan makan kurma pada waktu sahur dan makan nasi mcm biasa..Utk kali pertama pam susu dlm bulan Ramadhan..em...boleh lah tahan..80z..mungkin bg org lain sikit..tp bg saya..saya je yg tau brapa banyak slalu saya pam kan..
Tadi buka saya buat air sirap nanas..sedap gak..guna je apa yg ada kat rumah..makan beli kat luar je..malllas gak nak masak.hahaha..cuma rasa tahun ni bazar ramadhan kurang lah..nape ek?

SIGN JANGAN TAK SIGN