Followers

Sponsored By

Friday, August 5, 2011

Ada anak susuan?

Breastfeed anak ketika sakit adalah penawar paling bermakna
ni ummi ema ngan kawan sesusuan Rikazz NurDamia Hanie Qistina
Ni mama Dila dan Puteri NurQasrina..ibu n kakak susuan Rikazz

Nampaknya sekarang trend menyusukan badan sudah menular dikalangan ibu ibu...Bagi saya biarlah ia menjadi trend dan sesungguhnya ia trend yang baik kan..
Sememangnya kita sebagai ibu sudah menjadi tanggungjawab kita menyusukan anak sendiri dgn susu badan kita sehingga anak sekurang2nya 2tahun..

Kalau kita lihat sejarah Rasulullah...rasulullah tidak dpt disusui oleh ibu baginda Aminah Bt Wahab kerana Aminah sakit yang akhirnya membawa kepada kematian beliau ketika Rasulullah masih kecil lagi..
Walau bagaimanapun..Rasulullah yg tidak dapat menyusu dgn ibunya telah dicarikan ibu susuan bg mempastikan Rasulullah dpt menyusu badan..Susu kambing tidak menjadi pilihan keluarga Rasulullah pun kan walaupun kita sibuk mengatakan susu kambing itu bagus dan banyak khasiatnya..

Berbalik kepada ibu susuan dan anak susuan.Kalian ada pengalaman sendri?
Saya ada pengalaman di mana anak saya disusukan oleh adik ipar saya.Kenapa? sbb saya mengalami masalah sembelit selepas bersalin..
Waktu itu saya rasa ada dua jam saya di dalam tandas dan anak saya pula sudah menangis kerana kehausan..Lalu adik ipar saya yg bermurah hati namanya Dalilati menyusukan anak saya sehingga kenyang...dan kemudian tertidur..masuk jam kedua anak saya menangis lg dan disusui oleh Dila..krn saya masih lg nerada di dalam tandas..
Esoknya saya sedang mandi dan Rikazz menangis krn lapar..Dek kerana saya bersalin secara czer pergerakan saya sgt terhad dan lambat..sekali lagi Dila bermurah hati menyusukan Rikazz..sehingga kekenyangan..maknanya..sudah 3 kali kenyang..maka jatuhlah sudah hukum
ANAK SUSUAN DAN IBU SUSUAN...anak Dila pula perempuan..sepupu yg sebelumnya boleh dinikahi oleh Rikazz..kini menjadi adik beradik susuan dgn Rikazz...

Habis..kalau tak menyusukan secara direct..ttpi dibekalkan dgn susu perahan?macaamana pulak?sama juga konsepnya..direct atau ebm..kalau susu itu telah mengenyangkan sebanyak 3kali kenyang..pada masa yg berbeza..sudah jatuh hukum susuan..

Jadi..mcmn dgn adik beradik yg lain?Disini saya ada jawapannya...

Antara Rikazz dan adik ipar saya

Berikut adalah orang-orang yang menjadi mahram kepada anak susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan (Dila...dah mmg makcik dia)

ii. Suami ibu susuan (suami semasa anak itu disusukan) (Budin..suami Dila)

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan (Nenek dan Atok..dah tentu tu atok n nenek Rikazz)

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan (mak ayah budin dah meninggal)

v. Adik beradik kepada ibu susuan (makcik pakcik Rikazz pun)

vi. Adik beradik kepada bapa susuan (Yang ini bahaya..kena kenal btol2 adik beradik Budin)

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan (Setakat ni dila ada anak sorang je.Puteri..puteri blom ada adik lg)

viii. Anak-anak kepada ibu susuan (Dila tak kawen lain pon)

ix. Anak-anak kepada bapa susuan
(Alamak..Budin ada anak dgn isteri lain..maknanya Rikazz ada abg dan kakak 3org)

Memang kena cek btol2 ni..Selain Dila...Rikazz pernah dpt EBM dgn kwn aku Maheran sebanya 6oz..tp blom cukup 3kali kenyang...jadi belum jatuh hukum susuan..

Aku plak pernah menyusukan anak kak iparku..namanya Amar Huzaifah..tapi baru sekali kenyang..

korang bagaimana?

4 comments:

Yaati Nor said...

bagus info nie..zahra pon penah minum susu akak saya

Lovely Kitchen said...

BF mmg byk manfaatnya...

jiaz said...

good info k.naz!!!

Anonymous said...

ank angkt sy pnah 3kali ebm frm ank buah sy...1st ebm sbyk 180ml,kedua 140ml,dan ketiga 140ml dlm waktu 3hari iaitu shri sekali...ank angkt sy smpai tertidur dan ble pjuk mnum ag dh geleng kpala dan tepis tgn....so tu krenya cnfm dh ank susuan kan?

SIGN JANGAN TAK SIGN