Em..Rikazz Qalby Muntasyee anak sulungku kini berusia 2tahun 7bulan. Seperti tajuk yang dinyatakan...Aku masih lagi menyusukan anak sulungku itu.
Dulu ketika aku masih belum nampak kelibat jodohku aku telah pun bertekad untuk menyusukan anak anakku.Apabila aku mula mengandungkan Rikazz tidak pernah terlintas di fikiranku untuk membelikan Rikazz susu formula.Apa yang aku yakini..aku mampu menyediakan susu perahan hari hari untuk santapan Rikazz ketika aku bekerja.
Alhamdulillah..Rikazz tidak mudah sakit.Kalau dia selsema pun dia tak akan demam.
Setelah aku melalui fasa 6bulan eksklusif..aku bertekad untuk menyambung penyusuan kepada Rikazz sehingga dia berusia 2tahun..Namun belum pun Rikazz 2tahun aku teringin untuk mengandung lagi dan aku mula berfikir untuk memutuskan susu Rikazz sekiranya aku ditakdirkan mengandung untuk kali kedua.
Takdir Allah..ketika Rikazz setahun 4bulan aku mengandungkan Riyash..Susuku masih mencukupi untuk Rikazz..Aku tidak sampai hati mencabut haknya untuk menikmati susuku sehingga dia 2tahun.Lalu aku teruskan jua..
Apabila kandunganku 5bulan..susuku kering .Dan ketika ini aku terpaksa merelakan Rikazz menikmati susu Dutch Lady.Namun Rikazz tidak pernah berhenti menyedut b ku..Mungkin kerana rangsangan dari Rikazz..susu baruku hadir ketika kandunganku 6bulan.Dan aku terus membiarkan Rikazz menikmati susuku sehingga kini.Dia masih berkongsi susu dengan adiknya Riyash..Menyusu secara direct.
Banyak mulut yang meminta aku menghentikan penyusuan itu..Namun aku tidak mahu..walaupun usianya sudah menghampiri 3tahun.Aku tidak mahu emosinya terganggu kerana aku mementingkan diri sendiri yang malu dilihat orang apabila anak lelaki yang sudah besar menyelak bajuku..
Jadi sampai bila aku harus membiarkan Rikazz menyusu?
Jawapannya..selagi Rikazz mahu..kerana aku yakin sampai satu masa nanti..dia sendiri akan meninggalkan susunya ini..tanpa paksaan dan dengan kerelaan..
Kisah yang aku baca di facebook seperti meyusukan anak sehingga nyawa terakhir..dan meninggalkan EBM yang banyak untuk anak yang telah meninggal dunia..sangat menginsafkan aku..Biarlah aku dan Rikazz puas..
No comments:
Post a Comment