Followers

Sponsored By

Saturday, January 22, 2011

Trend nama murid tahun 2011

Dulu..saya ada citer pasal trend nama murid tahun 1 2010..di mana nama HAIKAL dan DANIAL menjadi nama top ten dalam kelas tahun 1 sekolah saya..Dan saya pernah berjanji ingin menceritakan trend nama utk tahun yang seterusnya.

Jadi..sebelum saya melolapkan mata..dan sebelum terlupa saya nak share le kat cni..tahun ini nama yang menjadi permasalahan kepada guru guru sekolah saya ialah nama murid perempuan.

Kenapa jadi masalah?sebabnya..dalam satu satu kelas tu ada beberapa org nama yang sama sebutannya dan parent plak kat umah panggil nama mereka.Bila sebut nama tu..semua bangun..aduhai..

Mari kita survey..apakah nama nama popular bagi murid tahun 1 2011 di sekolah saya..sekolah anda?Xpasti pula saya...


ha..dengan bermacam jenis ejaan untuk membezakan..

1.NUR HAWANIS ALYYA
2.NUR ALIYAH SAFIYAH
3.NUR FARAH ALYA
4.NUR ALEYA


1.AKMAL FIKRI
2.AKMAL SHAMIN

1.DANIAL HAKIM
2.ADRISH DANIAL AMSYAR

1.AINA NATASYA
2.PUTRI IXORA NATASHA
3.AINATASHA

Nama pelik pulak..ada satu je

CALEB CARDOZA CARL
xtau ayah dia berbangsa apa...

HESKEY NIGEL
yang ni org sabah

Ni antaranya lah..cikgu2 yang lain?mcmana?

Pride Myspace Comments

Friday, January 21, 2011

Mari belajar tanda-tanda hampir bersalin

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak suung dan kedua ini..agak berbeza..walaupun jantina mereka sama..BOBOY..begitu juga apabila saat melahirkan hampir dekat ni.Kadang2 rasa mcm tak pernah mengandung dan melahirkan pulak...Terbaca di blog kawan baru eza herman..due nya beza 4hr dgn saya..tanda2 kelahiran..saya pun tertarik nak buat check list..Jom..

Tanda-tanda Hampir Bersalin

E-mail Print PDF
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah lama dah rasa.sejak 7bulan)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (bila dia pusing takleh tahan terus)
  • sakit perut, memulas (kadang2 tertanya tanya..nape lain rupa sakit perut ni)
  • kerap buang air besar ( Ha a..lawas sungguh)
  • kerap terkentut (rasa badan bnyk angin..kentut lah)

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.(lendir pekat warna putih susu adalah..sama ke?)
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.( dulu xpernah..skang blom lg kot)

Sakit belakang (ha a..skang dah balik semula..hr tu dah ilang)

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (teringat masa bersain rikazz..mmg mcm drama)

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis (xpernah lg..dulu tak pernah terbukak)

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan (teringin nak rasa)

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban. (ni je tanda yg saya hadapi masa bersalin dulu)
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:

  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
  • sumber :ratuhati.com

Thursday, January 20, 2011

Insyaallah saya diizinkan bersalin normal

Hai kengkawan..lama tak bersiaran ye?bz banyak lah awal tahun ni..
em..saya masih belum bersalin lagi.Usia kandungan saya sekarang 37 minggu.
Saya dah pegi check up dan scan di PPUM..Alhamdulillah..semuanya baik baik sahaja..

air ketuban saya?mencukupi..
Berat baby? 2.49kg...comel tak?saya seronok bila dgr dok kata baby saya tak besar.
cuma berat ibu skang dah 77.5 kg?Wow..mmg badan saya mengembang habis..Walaupun dah ujung2 ni xselera makan tp berat saya ttp naik banyak..Nak kata baby beso x jugak.Tggl 3mggu je due tp bby baru 2.4kg kan..
Dengan kondisi saya yg tiada masalah kesihatan..saya diizinkan bersalin normal dengan pemantauan pihak hospital..

Kalau tiada masalah seperti dahulu...dapatlah saya merasai nikmat melahirkan mcm ibu ibu yang lain kan..
Oh..due saya?8 feb..insyaallah saya akn mula bercuti pada 1Feb...dan terus bercuti sehingga baby keluar melihat dunia.Setakat ni baby masih bersuka ria dalam rahim ibu..yelah..lpas ni dah nak menjenguk alam dunia yang fana pulak kan...hehehe..

Saturday, January 8, 2011

Makanan Kegemaran Bila mengandung


Sebelum perut muncit ku ini melabuhkan tirainya untuk kali kedua..Dan keboyotannya menjadi kenangan..aku nak citer lah sesuatu yang baru ku terperasan..
FOOD..
Pregnant Rikazz

1.Mee goreng mamak
Tiap tiap malam hampir lah tetiap malam..mesti Baby kena pergi kedai mamak beli mee goreng mamak ni..Tak pernahnya jemu..Jemunya bila?Lpas bersalinkan Rikazz Qalby Muntasyee..xda plak lah teringin sikit pun.

2.Buah jambu madu
Ha..ni lg satu..seminggu beli sekali utk stok seminggu buah jambu ni.Manis ke x yang penting dlm peti sejuk mesti ada.

Pregnant Riyash

1.Nasi goreng kampung sup cendawan..
Lazatnya alahai..kalau sehari xdapat rasa gian

2.Buah jambu batu rangup
Sangat kecewa kalau xdapat..sedapnya...

Korang plak?

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama pergi sekolah


Ops..bukan saya ada anak yg pertama kali pergi sekolah.Saya lah yang pergi sekolah.Yelah..saya kan cikgu.
Sebelum cerita pasal 3Jan2011 iaitu hari pertama murid2 bersekolah..saya nak ceritalah sikit beberapa peristiwa yang telah berlaku waktu2 nak sambut tahun baru.
1.Minggu lepas dah mula bertugas di sekolah.Dengan mesyuaratnya..gotong royongnya..sangat penat.

2.Tengah penat2 di sekolah terpaksa berkejar ke Hospital Teluk Intan kerana dapat berita nenek suami sedang nazak.Alhamdulillah..saya sempat membacakan surah yassin di telinganya.Dengan nafas yang terputus2..semput..Pengalaman tengok orang nazak..Nafas yang berat dan tersekat-sekat..Tiap kali nak tarik nafas..nenek akan tendang2 kakinya..Mungkin kesukaran bernafas..

3.2 hari lepas melawat di teluk Intan..31hb Dis..nenek pergi menghadap Illahi.Pulang dr sekolah berkejar ke Tg Malim pula..Nenek dikebumi di sana..Semoga nenek ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Al-Fatihah utk allahyarhamah SUPIAH..

4. 31 Dis juga adalah hari lahir emak yang ke 52 tahun.Epi besday mak..Sutimah Ali..dapat belikan mak kek je..

5, Tahun baru..merupakan tarikh lahir nenek Supiah yang sepatutnya ke 71 tahun..kami sambut dengan mengiringi jenazah ke kuburan.Di situlah nenek bersemadi.Di Felda Gedangsa..

Baru boleh cerita pasal HARI PERTAMA PERGI SEKOLAH

Saya juga beli kasut baru..tapi xdapat beli beg baru..dan belum berkesempatan membeli alatan tulis baru.
Hari pertama di sekolah yang baru...maksud saya bangunan baru..Saya mengajar 3 kelas hari ini bersamaan dengan 4 waktu mengajar.
Walaupun letih dan sakit di vagina saya..Tapi saya seronok bertemu murid lama dan baru..
Sepanjang jalan ke sekolah..saya suka melihat adik adik ke sekolah berpakaian sekolah baru..Beg baru..kasut baru..baju baru..sangat indah pemandangan itu.
Masuk kelas tahun 1..kena buat ujian diagnostik...

Antara kerenah murid
1. Menangis..biasalah...sbb nak balik..mak suruh saya balik sekarang (Syahrill Syahmi)
2.Suruh berdiri bagi salam- Tak mahu..alasannya..Kaki saya gatal..tak boleh berdiri (Aina Natasya)
3.Saya tak nak menulis-Alasan tangan saya berdarah..yg sebenarnya adalah setitik darah di siku (Firdaus)

Kawan saya yang menjaga kelas sebelah

Cikguuu...saya berak..huhuhuhu..
Kawan2 lain plak..cikgu..busuknya..tak tahan saya

Pergilah sang cikgu mencuci najis sang murid..

SIGN JANGAN TAK SIGN