Tanda-tanda Hampir Bersalin
Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah lama dah rasa.sejak 7bulan)
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (bila dia pusing takleh tahan terus)
- sakit perut, memulas (kadang2 tertanya tanya..nape lain rupa sakit perut ni)
- kerap buang air besar ( Ha a..lawas sungguh)
- kerap terkentut (rasa badan bnyk angin..kentut lah)
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
- Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.(lendir pekat warna putih susu adalah..sama ke?)
- Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.( dulu xpernah..skang blom lg kot)
Sakit belakang (ha a..skang dah balik semula..hr tu dah ilang)
- Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
- Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
- Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
- Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (teringat masa bersain rikazz..mmg mcm drama)
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis (xpernah lg..dulu tak pernah terbukak)
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan (teringin nak rasa)
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
- kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
- keluar air ketuban. (ni je tanda yg saya hadapi masa bersalin dulu)
- pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
- keluar darah dari vagina.
- apa saja masalah yang dialami.
Sumber:
- When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
- Labor Signs, webmd.com
- Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
- sumber :ratuhati.com
1 comment:
thank untuk info....actually saya risau walaupun nie pengalaman
kedua bersalin....masih belajar.....
Post a Comment