Followers

Sponsored By

Wednesday, November 23, 2011

Dah lama tak cerita pasal Rikazz Qalby kan?

Salam semua..lama tak bersua kan?Biasalah..online sebulan sekali.Maklum lah orang pakai prepaid broadband..ginilah.Kalau topup pun bukan dapat surf intenet pun..Dah anak dua ni..berebut lah kalau bukak laptop ni..

Ha..kali ni saya nak cerita pasal Rikazz Qalby Muntasyee.Siapa???Dah tak ingat??Alahai..ni kisah anak sulung saya lah...

Rikazz skang dah 2tahun 10 bulan.2 Bulan je lagi nak sambut besday dia yang ke 3 tahun.Dah beso anak ibu kan.Makin hari makin nakal.Memang selalu buat pasal.Nampak sangat dia nak curi perhatian kami supaya layan dia.
Selalu je kena cubit dengan ibu.Ibu dia ni cikgu garang..jangan tak tahu...Rikazz ni kalau saya ajo bukan dia nak ikut pun.Dia buat main main je.Last last..saya malas nak paksa dia.Kalau paksa pun dia terseksa buat apa.
Takpe..belum sekolah kan?Ibu follow je lah.Nanti kalau dah sekolah buat perangai jugak siaplah Rikazz ye.
Rikazz ni sekarang..tiap tiap malam minta saya bacakan buku cerita.Tapi bukan saya yang bercerita..dia yang bercerita.Dia akan cerita apa yang dia nampak melalui gambar2 yang ada kat buku.
Dengan adik dia???Uiii..garang..asyik membebel je kat adik.Sebenonya refleks dr ibu dan abi marah dia hari2 lah.Pantang ada barang tercuit sikit..mesti dia membebel kat adik dia dengan muka muka sekali...
Yang bestnya..bila adik nangis je dia pukul n marah adik tu.Tapi rasanya saya xda marah dia kalau dia nangis kesakitan..takde ye..
Masih belum bebas diaper lagi.Niat dihati ibu nak ajo dia dalam masa cuti sekolah ni.Kencing berak dia pun dah banyak.Dah tak tertampung dek diaper tu..
Masih lagi menyusu dengan saya.Tapi dah jarang jarang sangat.Jadi kalau dia dah nak sangat tu..bagi je lah.
Tapi bila dia hisap dia akan tengok..Rikazz kata

"Ibu..darah bu"Sian ibu"..dan meninggalkan susu ibu tu kerana kasihan dengan ibunya..Saya harap tindakan saya tidak memutuskan susu ini betul.Saya tidak mahu memaksa dia putus susu kerana takut emosi dia akan terganggu.Saya percaya masa dan waktu akan mematangkan dia dan seterusnya dia sendiri akan membuat pilihan untuk meninggalkan susu ibunya.

Rikazz ni seorang kanak-kanak yang pandai bersosial.Dia boleh tinggalkan ibu dan abi ni kat pasaraya semata-mata nak main kat playground.Dia nampak gembira sangat bila bersama kawan-kawan.Memang peramah walaupun masih pelat-pelat lagi.Dah sibuk nak sekolah.Tapi ibu belum dapat sekolahkan Rikazz lagi umur 3tahun ni.Sebab kita belum tahu kat mana kita nak tinggal tahun hadapan..Jadi rasanya umur 4tahun nanti dah sangat sesuai lah kalau Rikazz nak sekolah kan,

Rikazz ni sayang sangat dengan sepupu dia satu-satunya Faiqah Mu'affah.Kalau faiqah datang rumah kerja melekat je sebelah Faiqah sampai naik risau saya melihatnya.Bukan apa..Risau terduduk dek faiqah tu nanti...

Saya memang garang dengan Rikazz.Tapi saya garang kalau Rikazz buat salah.Mungkin sekarang dia tak faham kenapa saya marah dia.Tapi lama-lama nanti dia akan tahu yang saya marah tu kerana dia tak sepatutnya berkelakuan begitu.Kalau Rikazz tak buat hal saya masih manjakan dia mcm dulu..
Itu cara saya..setiap orang ada cara masing-masing kan..

2 comments:

MaMa aDaMaQiL said...

Same je natt ni kak nazz..garang bebenor..org selalu ckp alah bdk2 bkn die phm...tp kalo xlentur buluh dr rebungnye camne plak kn..kite mrh bkn sbb benci tp syg ;)

Naz Nur Nhazzla said...

ye ke natt garang?hahaha..muka natt muka ibu mithali tau.yelah natt.kak naz setuju dgn pendapat natt..marah pun sbb nak ingatkan.mcm kak naz sampai hr ni masih ingat kenapa mak kak naz marah kak naz.n bersyukur sbb dulu dia marah kak naz

SIGN JANGAN TAK SIGN