Followers

Sponsored By

Sunday, December 26, 2010

Misteri Air Terjun Camang






Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke sana..Kali pertama waktu aku masih lagi menuntut di UIA.itu pun ikut adikku yang bertugas di Kem Bentong.Dan ini kali kedua aku..Kali ni pergi seisi keluarga kecilku..

Hajat dihati nak mandi manda...tapi memandangkan bawahan aku yg berdenyut2 dan tidak boleh diberi tekanan aku memilih untuk menjadi fotographer saja.Biaarlah aku melihat Rikazz bersama abah dan pakcik pakciknya mandi manda saja..
Setelah makan goreng pisang dan burger daging..kami pun turun ke gigi air..Air terjun Chamang ni mmg deras.Letak kaki kat batu pun dah nak dihanyutkan..Tu yg aku xmau ambil risiko..Demi keselamatn aku dan Riyash di dalam kandungan.
Sewaktu aku menuruni batu batuan di situ..aku terbau hamis..seperti darah haidh..Tercari2 juga aku dari mana datangnya bau darah.Hampir saja mulut ini lancang menyebut2 tentang bau bauan yang entah dr mana datangnya itu.Tercari2 juga aku kalau2 aku yang berdarah..Tapi..xada..Adik iparku?tak pulak datang haidh..sbb dia solat..Bila aku menghampirinya tiada pula bau darah.Namun bau itu sentiasa hampir dengan hidungku.Ku lihat sana sini memang tiada benda yang berdarah.Semuanya bersih..Jadi..bau apakah itu?
MISTERI...

Kali pertama aku mandi manda di chamang hanya berdua bersama adikku Firdzaus..Sedang aku duduk di gigi air dan keadaan air yang memang cetek ..air juga tidak kelihatan deras.Tiba tiba aku rasa ditarik lalu terus hanyut tanpa sempat berpaut pada mana mana batu.Aku menjerit meminta tolong pada adikku namun dia hanya gelak2 gelakkan aku saja..Dia fikir aku main main.Mujur aku tersangkut pada sekumpulan keluarga yang sedang mandi di hujung sungai tu..Mereka yang menarik aku ke tepi..Memang aku fikir aku akan hanyut terus dan tamatlah riwayat aku waktu itu.Namun ajalku bukan disitu.
MISTERI...

Seminggu sebelum kejadian aku hanyut seorang tentera dari kem adikku telah meninggal dunia dalam keadaan yang misteri.Arwah dikhabarkan pergi memancing bersendirian di situ.Namun keluarganya mula mencarinya kerana hari sudah petang dan hujan pula..Dia pula tidak pulang ke rumah..Lalu anggota penyelamat mula mencari mansa..puas diselam ke dalam air namun tidak berjumpa..Namun sesuatu yang memeranjatkan berlaku apabila azan maghrib berkumandang..Tiba tiba mayat arwah tiba tiba timbul dr dalam air dalam keadaan berdiri.Bukankah kalau orang lemas akan terapung dlm keadaan berbaring atau telungkup?
MISTERI

Kesimpulannya..aku memang sangat berhati2 apabila pergi kesana..Tidak seperti air terjun lain..korang ada pengalaman sepertiku?

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN