Followers

Sponsored By

Wednesday, December 29, 2010

Nak cerita gak..Malaysia menang Piala AFF Suzuki


Hem..hah..lega..segala jeritan sokonganku berbaloi.Alhamdulillah..xkisah lah tak menang di Indonesia.Tapi yang pasti Malaysia dah dapat USD 100,000 kan.Walaupun bukan aku yang dapat tapi permainan mereka memang patut dipuji dan diberi penghargaan.
Dalam banyak-banyak pemain..aku sangat2 sangat tertarik dengan Khairul Fahmi..Bagiku lah..dia sangat cekap..menangkap bola melekat..Hui..kalau tgok permainan hari ini..Memang letih kalau jd dia.Yelah entah berapa banyak kali Indonesia buat percubaan menjaring gol.Kalau tak dia yang berhempas pulas menangkap bola tu..confirm malam ni Malaysia tak menang..
Memang best..selama ni rakyat Malaysia sendiri pandang sepi bola sepak Malaysia..tp sekarang tidak lagi.Malaysia bukan lagi jaguh kampung..Alhamdulillah
Satu perkara yang paling aku takut kalau penyokong Indonesia merusuh..Tapi kredit utk mereka sbb malam ni mereka behave..Menerima segalanya dengan redha..
Kesian Riyash dalam perut ni..ibu dia jerit2...terkejut kejut dia.Hehehe..sorry my son..
Pape pun Rajagobal perlu diberi penghargaan.Memang kita perlu beri peluang pada bakat muda..Mereka ada tenaga..Kemahiran boleh diasah kan..
I love u Malaysia..Sukan menyatukan negara..Jiran umah sebelah India pun bukak TV1..
bESTTT

Tuesday, December 28, 2010

Tuhan je yang tau betapa sakitnya aku


Episod sibukku dah bermula...
27 hb Isnin aku sudah mula check up di PPUM..dARI PKL 8PG SETTLE 1.30 ptg..lama kan.First time check up mmg lama.Maklumlah mcm mcm nak kena buat..Dengar ceramah susu ibu lagi..Best sbb dapat ajak B masuk sekali.Dia banggalah sbb dia dah biasa handle EBM sepanjang Rikazz kecil..sbb dulu masa dia off dia yang jaga Rikazz..tak hantar pun kat pengasuh.
Keramahan doktor di sana dan nurse2nya mengubat lah kepenatan menunggu.Sempat plak jumpa dengan kawan facebook yang turut buat check up disana..
Doktor minta aku buat pilihan samada nak bersalin normal atau czer memandangkan aku terpaksa czer kali pertama kan..Doktor terangkan semua risiko cara cara bersalin yang ada utk aku.Berat aku skang 74.9kg..berat kan?Darah sume ok..Baby alhamdulillah..doktor kata baby dah engage.Masa cek jantung kan..jantung baby di atas garisan jahitan operation..maknanya kepala baby?Hebat doktor tu..carik sekali je..
Aku bgtau doktor tulang pelvis aku sakit sgt..Aku susah nak bergerak..dia kata bagus..sbb baby dah engage.Sbb tu aku sakit..Oh ye..smlm check up 33mggu.Hari ni dah 34 mggu..

Hari ni plak 28hb aku dah sekolah.Mesyuarat pertama..bermula jam 9pg dan berakhir pada pkl 2.45 ptg..lama kan..Meeting plak kat tingkat 3 bangunan sekolah baru..Bilik gerakan kat atas..Ya Allah..Allah je yg tahu mcmana aku nak pitam nak sampaikan tgkat 3..Bawah ni plak dah sakit..Masa nak turun tangga mmg sedap..turun..tp setiap pijakan kaki kat tangga menekan aku punya tuut dan jahitan operation...Seksanya..macamana aku nak tunggu lagi 6mggu nak mengharungi semua tu.
Selama 5jam duduk kat kerusi..hadiri mesyuarat..pinggang dan tulang belakang ni...Pedih mmg xterkata..tapi apa aku nak buat..dah tugas..Kalau ikut hati sekarang juga aku nak cuti bersalin.
Tu pun pkl 3 GB suruh sambung gotong royong angkat barang yang tak siap lg diangkat.Aku dah xsanggup..Memang dah sakit sangat..
Niat dihati mcm mcm nak buat tapi kudratku xsekuat yg diharapkan..Aku sudah xproduktif lg saat ini.Ya Allah..aku nak bersalin awal!!!!

Hari ni juga anniversary ku yg ke 3..Sedih aku xdapat luangkan masa bersama suamiku utk celebrate anniversary kami..Nak beli kek pun dh xlarat..Malam plak Babyku kerja shift malam..Sedihhh...

Sunday, December 26, 2010

Misteri Air Terjun Camang






Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke sana..Kali pertama waktu aku masih lagi menuntut di UIA.itu pun ikut adikku yang bertugas di Kem Bentong.Dan ini kali kedua aku..Kali ni pergi seisi keluarga kecilku..

Hajat dihati nak mandi manda...tapi memandangkan bawahan aku yg berdenyut2 dan tidak boleh diberi tekanan aku memilih untuk menjadi fotographer saja.Biaarlah aku melihat Rikazz bersama abah dan pakcik pakciknya mandi manda saja..
Setelah makan goreng pisang dan burger daging..kami pun turun ke gigi air..Air terjun Chamang ni mmg deras.Letak kaki kat batu pun dah nak dihanyutkan..Tu yg aku xmau ambil risiko..Demi keselamatn aku dan Riyash di dalam kandungan.
Sewaktu aku menuruni batu batuan di situ..aku terbau hamis..seperti darah haidh..Tercari2 juga aku dari mana datangnya bau darah.Hampir saja mulut ini lancang menyebut2 tentang bau bauan yang entah dr mana datangnya itu.Tercari2 juga aku kalau2 aku yang berdarah..Tapi..xada..Adik iparku?tak pulak datang haidh..sbb dia solat..Bila aku menghampirinya tiada pula bau darah.Namun bau itu sentiasa hampir dengan hidungku.Ku lihat sana sini memang tiada benda yang berdarah.Semuanya bersih..Jadi..bau apakah itu?
MISTERI...

Kali pertama aku mandi manda di chamang hanya berdua bersama adikku Firdzaus..Sedang aku duduk di gigi air dan keadaan air yang memang cetek ..air juga tidak kelihatan deras.Tiba tiba aku rasa ditarik lalu terus hanyut tanpa sempat berpaut pada mana mana batu.Aku menjerit meminta tolong pada adikku namun dia hanya gelak2 gelakkan aku saja..Dia fikir aku main main.Mujur aku tersangkut pada sekumpulan keluarga yang sedang mandi di hujung sungai tu..Mereka yang menarik aku ke tepi..Memang aku fikir aku akan hanyut terus dan tamatlah riwayat aku waktu itu.Namun ajalku bukan disitu.
MISTERI...

Seminggu sebelum kejadian aku hanyut seorang tentera dari kem adikku telah meninggal dunia dalam keadaan yang misteri.Arwah dikhabarkan pergi memancing bersendirian di situ.Namun keluarganya mula mencarinya kerana hari sudah petang dan hujan pula..Dia pula tidak pulang ke rumah..Lalu anggota penyelamat mula mencari mansa..puas diselam ke dalam air namun tidak berjumpa..Namun sesuatu yang memeranjatkan berlaku apabila azan maghrib berkumandang..Tiba tiba mayat arwah tiba tiba timbul dr dalam air dalam keadaan berdiri.Bukankah kalau orang lemas akan terapung dlm keadaan berbaring atau telungkup?
MISTERI

Kesimpulannya..aku memang sangat berhati2 apabila pergi kesana..Tidak seperti air terjun lain..korang ada pengalaman sepertiku?

Saturday, December 25, 2010

Cuti bersalin 60 hari ke 90 hari?


Memandangkan saya ni hamba kerajaan (government servant) sejak diumumkan kemudahan cuti bersalin 90 hari..saya sering diajukan dengan soalan mengenai pilihan ini.Yang mana satu?60 hari ke?90 hari?
60 hari...
saya akan bercuti selama 60 hari kalau diizinkan Allah saya melahirkan Riyash secara normal.
Sebab2nya...
1. Kalau bersalin normal saya ada peluang melahirkan beberapa org anak lagi dan memerlukan cuti bergaji.
2. Cukuplah 60 hari bg ibu bersalin normal bagi memastikan badan mereka sihat dalam masa 60 hari kan..

90 hari...
Saya akan bercuti selama 90 hari sekiranya ditakdirkan saya melahirkan anak secara c-sect.
Memandangkan kelahiran sulung saya juga secara czer..kemungkinan besar itu ada utk saya mengulangi kelahiran secara itu sekali lg.Jadi peluang saya utk melahirkan anak lebih ramai lagi tipis.Dan lebih baik saya menggunakan kemudahan yang ada utk bercuti selama 3bulan.
Tambahan pula..pengalaman saya melahirkan anak secara csect memerlukan masa yang agak lama utk pulih ..jahitan saya tanggal apabila mencecah 46 hari selepas melahirkan.Dalam pada masa itu saya tidak dpt berjalan dengan laju kerana regangan masih terasa akibat jahitan yang terjojol keluar di perut..
90 hari mmg sesuai utk ibu yang melahirkan secara czer..

keputusannya hanya akan diketahui apabila saya melahirkan kelak

33 Minggu dan beberapa hari

33 weeks.
ini perut saya 33 minggu..gambar terpaksa dipotong atas sebab ketidak penutupan aurat.hehehe

Salam kawan2 semua..kini kandungan saya mencecah 33 minggu.Ini bermakna saya sudah pun 8bulan mengandung kan.Alhamdulillah..segalanya masih berjalan seperti biasa.
Berat saya sudah 74kg..
Saya sudah mula sakit2 di bahgian tuuut..pintu keluar baby lah.Berdenyut denyut..
Bila saya berjalan bangun atau mendukung abang Rikazz..saya rasa seperti kepala baby menekan di tulang bawah tu...
Saya sangat berdoa dan berharap saya tidak perlu menunggu lama seperti abang Rikazz dulu.Hingga 41 minggu.
Sebab lagi beberapa hari saya akan mula bertugas di tingkat 4 bangunan sekolah baru
Saya juga sudah terpaksa mengharapkan belas ihsan sahabat saya bernama Kak Mah untuk menumpang keretanya balik atau pergi ke sekolah sekiranya suami saya bekerja (mujur suami shift)
Ini kerana saya sudah xmampu nak drive lagi memandangkan perut sudah berlaga dengan stereng dan kaki saya sudah tidak sampai untuk menekan clutch brake dan minyak (kereta manual) apabila seat dikebelakangkan...
sedangkan berjalan biasa pun sudah menyakitkan saya apatah lagi mengenakan tekanan pada kaki disaat meredah jammed dengan kereta manual..
Namun saya bersyukur saya tidak mengalami ederma seperti mengandungkan Rikazz dulu..
Cuma baju mengandung juga sudah semakin menunjukkan susuk tubuh badan saya yang seksi ini.hahaha
Saya perasan punggung saya teramatlah lebar berbanding biasa...
Namun saya bersyukur saya tiada darah tinggi mahupun kencing manis.
apabila usia kandungan saya 36mggu bersamaan 9bulan adalah jatuh pada hari lahir Rikazz yg kedua pada 11jan..kalaulah takdir Allah mengizinkan Riyash keluar pada waktu itu memang double happiness buat saya..sekian terima kasih..

info dr babycentre.com

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Thursday, December 9, 2010

Bila suami ku sakit


Benda ni lah yang paling menakutkan aku..Yelah..dia manusia jugak..mesti ada masa dia sakit dan ada masa dia sihat.Tapi aku selalu mengharapkan dia sihattt je..
Petang semalam aku sms B ..tiba tiba dia kata MCMANA B NAK BALIK ...KAKI B TERSELIUH..SAKIT..TAK BOLEH NAK BAWAK MOTO..huuhuh..aku dah sedih dah..
Yelah..bukan dekat2 jarak dari tempat kerja B ke rumah.Aku sendiri pun xtau kat mana lokasi sebenar Kilang Megasteel tu sbb kilang tu jauh mengarah ke Nilai tu...kat dalam hutan sawit tu..Kalau aku nak amek pun aku tak tahu kat mana.Huuhu
Hati ni sangat risau..kalau terjadi apa apa pada B mcmana ek..Mujur ada adik nak datang dan tolong hantarkan B pergi klinik..
Setiap kali aku tengah sarat mengandung mesti B sakit..memang sgt merisaukan..Ingat lagi masa pregnntkan Rikazz tengah tengah malam B demam panas smpi menggigil gigil..Panadol pun xdalah dlm simpanan..Dengan berlinang air mata dan perut yang terboyot boyot aku tggalkan B kat umah sensorang berjalan kaki pergi beli panadol kat 7e..mujur ada 7e..huhuu..
Semoga B sihat sentiasa ye

Sunday, December 5, 2010

Sakit perut..sakit pinggang Perut keras


Seharian aku menanggung sakit pinggang.
Sakit pinggang yang aku boleh kata pinggangku mcm diregang2kan..ditarik2..

Sakit perut
Perut mengeras sehingga tidak boleh terlanggar sedikit pun..

Sakit tulang pelvis
Tuut..ku rasa mcm kembang kuncup kembang kuncup

Baby mendiamkan diri
Baby tidak bergerak seperti selalu.Pergerakannya sangat sedikit dan amat menyakitkan

Sakit ari2
Ari2 aku sakit sehingga aku tak boleh duduk dengan tegak kerana seperti ada sesuatu memblock perut ku

Cirit birit
Tah brapa kali aku ulang alik ke tandas dari pagi hingga ke malam

Perut memulas
Memulas kemuadian hilang

Dada
Sesak nafas..rasa mcm nak pitam kerana xdapat bernafas.huhu

Suamiku kerja malam
Ini yang menakutkan aku..suami tiada disisi..di malam hari.Kalaulah terjadi apa apa kepadaku..apalah nasib Rikazz..dia tak tahu apa apa..(sedih sangat)

Hari ini
Aku bangun pagi..rasa sakit semalam dah hilang..Yang tinggal sakit di tulang pelvis dan ari2..
Jalan masih lagi slow..

Rikazz?
Aku bisik di telinga Rikazz.."Rikazz..malam ni jangan bangun mintak susu ye..ibu tak boleh bangun..perut ibu sakit..abah kerja...esok pagi saja ye Rikazz mintak susu"
Tak sangka bisikan itu jadi kenyataan..Pukul 8 Rikazz bangun dan pegang botol susu mintak susu dengan aku...Aku bersyukur sangat..

Ada orang kata tu contraction???Entahlah..aku xpernh rasa..Dulu pun masa mengandungkan Rikazz..rikazz xpernah buat mcm ni..Bila kandungan 36minggu Rikazz cuma aku rasa sakit di tulang pelvis je..Tu pun xlama...Lepas tu xda sakit pape...


http://www.kedokteran.info/tahap-perkembangan-kehamilan-trimester-ketiga.html


Umurku 31 minggu sekarang. Panjangku 39 sampai 40 cm dan beratku 1,5 sampai 1,6 kg. Gerakanku akan semakin banyak. Tinggal 9 minggu lagi!

Janin :

Berat janin Ibu saat ini mencapai 1,5 – 1,6 kg dengan panjang total 39-40 cm. Pertumbuhan janin sudah mulai melambat saat ini, namun meskipun melambat, perkembangan dari organnya akan terus terjadi sampai mencapai tahapan pematangan. Janin mulai dapat memutar kepalanya ke samping dan bergerak semakin banyak, termasuk pada saat Ibu sedang berusaha tidur. Jangan kesal dahulu, pergerakan janin ini menandakan janin aktif dan sehat.

Kulit janin sudah berwarna merah jambu saat ini dengan lapisan lemak di bawahnya. Kulitnya semakin terlihat sempurna seperti saat dia akan dilahirkan nantinya.

Ibu :

Rahim Ibu berada 11 cm diatas pusar dan sekitar 31 cm diatas simfisis pubis. Penambahan berat badan Ibu seharusnya mencapai 9,5 – 12 kg saat ini. Pada trimester ini, rahim akan memenuhi hampir seluruh bagian perut Ibu dan Ibu akan mulai merasakan adanya tekanan di bawah tulang iga. Ibu juga akan merasakan nyeri punggung lebih sering karena perut dan janin Ibu mengakibatkan peningkatan regangan dari otot di punggung. Asupan diet Ibu tetap harus diperhatikan, kebutuhan kalsium, protein, zat besi, dan asam folat. Kalsium perlu lebih diperhatikan karena proses osifikasi atau pengerasan pada tulang sedang berlangsung sampai akhir kehamilan dan kalsium diperlukan untuk perkembangan tulang tersebut.

Mungkin Ibu mulai mengalami perut yang tiba-tiba menjadi kencang. Kontraksi yang disebut dengan kontraksi Braxton Hicks umumnya terjadi pada paruh akhir masa kehamilan. Kontraksi berlangsung kurang lebih 30 detik, iregular, dan tidak nyeri. Berhati-hatilah apabila kontraksi terjadi teratur, lebih dari 4 kali dalam 1 jam (meskipun tidak nyeri), mungkin saja itu adalah tanda persalinan preterm (prematur). Apalagi jika diikuti dengan bercak vagina yang cair, kental, atau mengandung darah; nyeri atau keram pada perut; terasa adanya peningkatan tekanan pada panggul bagian bawah; dan nyeri punggung yang tidak seperti biasa.

Saat ini payudara Ibu mungkin mengeluarkan cairan yang disebut dengan kolostrum. Jika memang iya, maka Ibu dapat memakai bantalan (pad) di payudara agar baju Ibu tidak basah. Pilihlah bra dengan satu ukuran lebih besar. Ibu akan sangat berterimakasih dengan ruang ekstra ini apabila bra dipakai pada saat Ibu menyusui nanti.

Pemeriksaan USG dapat dilakukan pada minggu ini, memastikan perkembangan janin berlangsung baik

Retardasi Pertumbuhan dalam Rahim

(Intrauterine Growth Retardation-IUGR)

Retardasi pertumbuhan dalam rahim memiliki definisi berat badan bayi kurang dari persentil sepuluh untuk usia kehamilan bayi, dalam artian bayi baru lahir berukuran lebih kecil dibandingkan dengan usia kehamilannya. IUGR ini dapat dideteksi dengan pengukuran rahim dan pemeriksaan USG ketika kontrol ke dokter. Retardasi pertumbuhan dapat disebabkan karena rokok, pertambahan berat badan yang kurang pada Ibu, penggunaan obat-obatan dan alkohol, janin kembar, kelainan tali pusat atau plasenta, preeklampsia, dan riwayat IUGR sebelumnya. Retardasi mental ini meningkatkan risiko janin meninggal di dalam kandungan. Karena hal inilah pentingnya kontrol teratur ke dokter. Apabila Ibu dikatakan mengalami IUGR maka segera dicari penyebabnya, hentikan hal-hal yang dapat memperburuk seperti merokok, alkohol, obat-obatan, dan perbaiki gizi Ibu.

Tips :

Ketakutan yang umum dialami ketika melahirkan :

Apakah Ibu merasa gugup ketika akan melahirkan nanti? jangan khawatir, Ibu tidak sendirian. Di bawah ini terdapat beberapa ketakutan yang umum dirasakan ketika akan melahirkan.

  • Tidak mampu menahan nyeri ketika melahirkan. Beberapa Ibu mengetahui kapan mereka menginginkan obat pereda rasa nyeri ketika akan melahirkan, dan beberapa berakhir dengan bius epidural. Kelompok Ibu lainnya berkomitmen untuk melahirkan tanpa obat apapun. Mereka belajar teknik mengurangi rasa nyeri ketika melahirkan. Dengan persiapan yang tepat dan dukungan dari suami dan keluarga, beberapa wanita mengatakan bahwa melahirkan bayi secara alami lebih memuaskan
  • Episiotomi. Episiotomi adalah proses memotong otot yang berada antara vagina dan anus (daerah perineum) yang dilakukan sesaat sebelum melahirkan untuk membantu pembukaan vagina dan menghindari perobekan saat kepala bayi melalui jalan lahir. Beberapa wanita robek perineumnya spontan sebelum melahirkan dan terkadang robekan bisa memanjang dan membutuhkan banyak jahitan untuk diperbaiki. Episiotomi saat ini tidak dilakukan secara rutin, tergantung kasusnya. Beberapa penelitian membuktikan bahwa pemijatan pada perineum 5 minggu sebelum melahirkan akan mengurangi kejadian robekan.
  • Dorongan ‘pub’ ketika melahirkan. Beberapa wanita mengatakan ketakutannya akan ‘pub’ ketika mengedan saat melahirkan nanti. Meskipun terkadang Ibu akan ‘pub’ saat melahirkan nanti, Ibu tidak usah malu. Para petugas kesehatan akan membersihkannya dengan cepat bahkan sebelum Ibu tahu.
  • Operasi sesar. Satu dari lima wanita yang melahirkan pertama kalinya berakhir dengan operasi sesar. Bila Ibu merencanakan melahirkan secara normal dan ternyata berakhir dengan sesar, tentu saja hal ini dapat mengecewakan. Serahkan hal tersebut kepada dokter Ibu, percayalah bahwa mereka akan melakukan yang terbaik bagi Ibu dan bayi Ibu.

[serialposts]

Si Manja bersama Anakku Contest

Rikazz Qalby Muntasyee
Setahun 10bulan

Ini adalah contest anjuran Sinar Raudhah dan Anakku...

Akan berakhir pada 20 Disember.Jom join..

Contest Si Manjaku Comel

Setahun 10 bulan

Contest akan berakhir pada 25 Disember k..
Jom join contest si manjaku comel anjuran Masyimalo..dia suruh kita tepek gambo anak kita yang comei..so..apa lagi

Saturday, December 4, 2010

Perginya seorang Afiqah..Afiqah dalam kenangan

arwah bertudung biru

1 Dec 2010 betul betul mengejutkan aku.Berita yang ku terima dari sms seorang rakan sejawat kak norlida buat aku termenung...Tak sangka..hari persekolahan terakhir itu merupakan hari terakhir kami bertemu.Selepas detik itu..yang aku temukan hanyalah jenazahnya terbujur kaku berwajah pucat...Seperti orang sakit yang sedang tidur.
Takziah diucapkan kepada ibu dan bapa serta keluarga Arwah Nurul Afiqah Bt Azman yang telah meninggal dunia pada 1Dec yang lepas.Afiqah meninggal dunia kerana ajalnya sudah tiba.Itulah yang boleh aku katakan.Menurut cerita ibunya..Arwah sedang berbual2 dengan ibunya di dapur bersama adik bongsunya sambil makan jajan BIKA..dan tiba2 memegang kepala lalu jatuh pengsan.Dalam perjalanan ke PPUM doktor mengesahkan Afiqah sudah tiada.Sungguh mudah pengakhiran afiqah..
Peribadi Afiqah yang dapat aku nyatakan disini :

1. Anak yang bijak - Baru saja dapat 5A dlm UPSR dan lpas dan sedang berusaha memohon asrama penuh.

2. Anak yang matang - walaupun berusia 12 tahun dia sangat matang..dalam pemikiran..perlakuan dan pergaulan.

3. Menjaga agama - Afiqah anak yang menjaga solat..dan aurat..kita dpt lihat pada perlakuannya yang sopan dan sentiasa menghormati guru dan rakan2..Tidak pernah telinga aku ini terdengar walau sekali perkataan kesat dari bibirnya..

4. Ketua pengawas dan murid contoh..

Pada hari anugerah cemerlang yang lepas..kedua dua ibu bapa Afiqah datang beserta pakciknya siap membawa kamera DSLR..semua adik beradik Afiqah merupakan murid cemerlang disekolahku...Kalian tahu apa rahsia kejayaan mereka adik beradik?

TIADA TELEVISYEN..jadi..tiada pengaruh tv pada perlakuan mereka...kalau bosan?
BACA..KAMI ADA BANYAK KOLEKSI BUKU...ADA MINI LIBRARY..kalau nak tahu hal ehwal semasa?
BACA SURATKHABAR..SEMUA ADA..
fuh..mmg kagum dengan ibu bapanya..

apabila menerima khabar pemergian Afiqah..aku terkejut dan terbayang2 wajah manisnya..tersenyum sambil menundukkan kepala memberi salam kepada guru2..Kali terakhir aku bekerja dengannya dalam menjayajan program persaraan bekas guru besarku...Dia sememangnya berbakat dalam menggunakan suara..

Aku masih ingat waktu aku mengucapkan tahniah kepadanya sejurus aku menerima berita keputusan UPSR nya..dia sangat tenang..di wajahnya..tidak teruja..tidak syahdu dan tidaklah gembira melampau seperti kawan2nya...Terfikir di kepala ttg reaksi wajahnya itu..Baru kini ku tahu jawapannya..
Jawapannya..duniawi sudah tidak penting baginya..kerana dia ingin pergi bertemu PENCIPTANYA yang kekal abadi..

2DEC aku dapat melihat jenazahnya..sebenarnya aku jenis tidak berani..Tapi hatiku rasa tiada apa yg perlu ditakutkan..Dia anak muridku..dan dia masih muda...namun sudah dapat peluang bertemu Allah..dalam keadaan yang masih suci..Tapi aku?Setelah 27tahun..terlalu banyak dosa yang dah aku lakukan...Bagaimanakah nanti nasibku tatkala bertemu penciptaku..Aku insaf..

ALFATIHAH BUAT AFIQAH...Ustazah halakan segala ilmu yang ustazah berikan kepadamu selama ini.Damailah dikau disana anakku...

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN