Followers

Sponsored By

Tuesday, August 31, 2010

Sesaknya Shah Alam


Salam merdeka buat tanah air tercinta Malaysia dan jua buat semua rakyat Malaysia.Sudah 53 tahun kita merdeka.Ini bermakna 31 Ogos adalah hari cuti untuk rakyat Malaysia.Memandangkan tahun ini, hari merdeka jatuh pada bulan Ramadhan dan hanya tggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal..maka aku rasakan Kehadiran Syawal lebih mendapat sambutan berbanding kemerdekaan

Di kesempatan ini..aku menuju ke Shah Alam untuk mencari baju hijau bagi dipadankan sedondon dgn Rikazz dan Babyku.Lautan manusia tak payah kata.Kami parking jauh dari SACC Mall.Cuaca pula mendung.Dari bazar di tepian jalan kami singgahi beralih ke PKNS kemudian SACC Mall dan Plaza Alam Sentral namun tidak ketemu juga dgn baju idaman hati

Rikazz dan Rizal dah mula penat.Entah berapa kali kami berhenti rehat dan masih tidak berputus asa untuk mencari baju hijau tu..akhirnya..aku menyerah.

Di luar kompleks hujan turun dengan lebatnya dengan diiringi tiupan angin ala ala ribut.Terbayang suasana KL terutama Jalan TAR dan Masjid India..pastinya dipenuhi dengan manusia yang rata rata beerwajah Melayu kan.

Kami redahi juga hujan lebat itu.Mujur ku membawa payung.Basahlah juga.Sekaki payung dikongsi 3..Memandangkan sudah pkl 4.30..kalau xbalik xsempat pula nak berbuka nanti.Singgah sebentar di bazar Ramadhan Shah Alam dekat stadium..beli tajilan kata B..

kami pulang tanpa apa apa..Yang dapat penat dan basah dek ujan.Huhuhuhu..

Pencarian akan disambung semula di Plaza Angsana Johor Bahru apabila kami tiba di Johor Bahru nanti.Tunggu...

2 comments:

Cik Andam Hazlina said...

wow.. gambo taun 2006.. hehehe

miezaniera said...

shah alam mmg ketandusan tmpt bershopping..sy pn trpaksa lalu je kt depan pkns dan tk sggup lalu depan pas tu..terlalu byk sgt kereta..tu baru kete..kalo 1 kete 4 org, bape byk umat manusia la dlm pasaraya tu huhuhu tk sggup nk bayangkan..

SIGN JANGAN TAK SIGN