Bulan Ramadhan memang meletihkan..Apatah lagi dalam keadaan sekarang.Bukan sahaja mengajar..menanda buku..membantu murid miskin..memnguruskan air kencing dan najis murid sekali.Itulah asam garam guru sekolah rendah.Kalau tak diduga dengan najis manusia yang memang busuk baunya...tak sah.
Kali ini bukan kali pertama aku menguruskan murid di kelas 2Murni tu.Kali kedua perkara seumpama ini berlaku kepada murid kelas itu.Dulu kasut terpijak tahi..Kali ni terbuang air beso dalam seluar pulak.
Entah bila si Irfan tu minta izin keluar ke tandas pun aku xperasan apabila sibuk melayan pertanyaan rakan-rakannya yang tidak tahu menjawab soalan yang diberikan.Tahu tahu..budak2 ni dah sibuk berkerumun di pintu.Ambil berat lah tu masalah kawan2.
Tiba tiba mereka bagitau
USTAZAH..IRFAN TERBERAK DALAM SELUAR
sudah...satu keje lagi.Irfan ni memang nakal..suka buat bising dalam kelas tapi pandai.Apabila aku sampai di pintu..Irfan menangis.
USTAZAH..SAYA TAK SEMPAT NAK BUKAK SELUAR.
merah muka-mukanya menangis.Kasihan sangat aku melihatnya.Hilang geram aku terhadap kenakalannya.Mungkin tali pinggang yang terlilit di pinggang melambatkan jangkamasa dia membuka seluar.
IRFAN TGGU SINI..USTAZAH CARIKAN BAJU TUKAR.
Aku pun pergi ke bilik guru untuk mencari pakaian yang sesuai dgn saiz Irfan yang berbadan agak besar dari usianya.Cari punya cari punya cari..jumpalah juga.Cuma seluar agak sempit.Bolehlah..dah nak balik pun.
Aku pun menyerahkan kepada Irfan sambil memberi arahan
IRFAN, AMBIL BAJU DAN SELUAR NI PERGI TUKAR.BAJU YG KENE TAHI BASUH BERSIH BERSIH HILANGKAN NAJIS DARI PAKAIAN BARU MASUKKAN DALAM PLASTIK BEG.
selepas menyerahkan segalanya...aku menanti Irfan di pintu tandas.Dalam masa aku ke tandas, murid dalam kelas dah huru hara.Seorang murid yang juga bernama Irfan keluar dari kelas.Irfan ni pun sama.Susah nak dengar cakap sedangkan aku dah pesan pada murid2 tidak boleh keluar kelas.
IRFAN FARHAN..HARI NI DISEBABKAN AWAK PRIHATIN SANGAT, AWAK TOLONG BAWAK BAJU IRFAN NI BALIK.BASUH TAHI DIA.
Terdiam terus si Irfan Farhan.Kerana tidak mahu disuruh membasuh tahi, dia sanggup menahan dirinya dari membuat bising dan menggannggu kawan2 sehingga balik..
3 comments:
huhu syer tidak pnyayang...
gru klass taun 1, tp klo ader yg terbebe... laju jer i pi tpon mak dier ngan pnggil mak cik cleanner suh tlong e yg patut.. hheheee
alahai.. itulah jasa cikgu... adakah ms kecil aku buat camtu jugak kat cikgu?? (tgh pikir nih).. tp kesina cikgu.. dan terima kasih cikgu!!!
kih kih..cikgu erin yg nakal..tak sampai hati plak nak biarkan dia lama lama.Nanti dihurung dek lalat plak erin nak g carik mokcik cleaner yg tah kemana tu
iela..ha..pikio pikio..ada x terlepas dlm suar.kih kih..tu lah jasa cikgu..walaupun nakal mcmn sekali murid tu..cikgu tetap syg n kasihan mereka
Post a Comment