Followers

Sponsored By

Tuesday, September 6, 2011

Kemana anda simpan duit raya anak2?








Ha..sebut pasal raya..mesti lah teringat DUIT RAYA..macamana collection???meriah???hehehe..bukan mata duitan..tapi tu rezeki anak anak kan..Tak mengharap..tak meminta..dan jangan ajar anak anak kalau pergi beraya rumah orang tu mesti dapat duit raya.Didik lah anak anak beraya tu untuk menziarah saudara mara dan sahabat handai..mengeratkan silaturrahim..Namun kalau ada orang bagi duit raya..ucapkanlah ALHAMDULILLAH...SYUKUR.

Di kesempatan ini..aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sanak saudara..sahabat handai yang sudi lah memberikan duit raya buat anak-anakku QALBY dan QA'IYD tu..terima kasih bebanyak...

Ha..kalau dah banyak banyak collection tu..kat mana korang simpan duit raya anak anak?
a) Di bawah bantal kah?
b) Di dalam wallet mak ayah kah?
c) Atau di bank bank pilihan???

Ada yang kata..simpanlah dalam SSPN...

tapi bagi aku pula...aku telah pun menyimpan duit raya Rikazz dan akan membuka akaun untuk Riyash dalam

BANK RAKYAT...

jom kita tengok apa kah dia produk yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ni....

AKAUN SIMPANAN-i NURI

Akaun Simpanan Nuri merupakan akaun simpanan disediakan khas untuk kanak-kanak.

Konsep

Al-Mudharabah

Kelayakan
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke bawah
  • Pembukaan akaun minimum RM10.00 sahaja
Keistimewaan
  • Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
  • Dapat menikmati pakej diskaun yang menarik dari rakan strategik Kelab Nuri
  • Menawarkan pelbagai bahan galakan yang berbeza pada setiap tiga bulan seperti Tabung Nuri, Beg Sekolah, Topi Nuri dan bermacam-macam lagi
  • Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti Kem Cuti Sekolah, Kembara Alam Laut dan lawatan sambil belajar
sebenarnya xdalah penting sangat dengan keistimewaan tu.Tapi aku lebih suka berurusan dengan ISLAMIC BANKING..

Pembiayaan kereta..kad kredit..simpanan..pinjaman peribadi..semuanya ku buat berasaskan kaedah Islamik..cuma bukan semualah bank rakyat..ada gak bank islam..

Korang?simpan kat mana?

6 comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN