Followers

Sponsored By

Tuesday, August 31, 2010

Sesaknya Shah Alam


Salam merdeka buat tanah air tercinta Malaysia dan jua buat semua rakyat Malaysia.Sudah 53 tahun kita merdeka.Ini bermakna 31 Ogos adalah hari cuti untuk rakyat Malaysia.Memandangkan tahun ini, hari merdeka jatuh pada bulan Ramadhan dan hanya tggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal..maka aku rasakan Kehadiran Syawal lebih mendapat sambutan berbanding kemerdekaan

Di kesempatan ini..aku menuju ke Shah Alam untuk mencari baju hijau bagi dipadankan sedondon dgn Rikazz dan Babyku.Lautan manusia tak payah kata.Kami parking jauh dari SACC Mall.Cuaca pula mendung.Dari bazar di tepian jalan kami singgahi beralih ke PKNS kemudian SACC Mall dan Plaza Alam Sentral namun tidak ketemu juga dgn baju idaman hati

Rikazz dan Rizal dah mula penat.Entah berapa kali kami berhenti rehat dan masih tidak berputus asa untuk mencari baju hijau tu..akhirnya..aku menyerah.

Di luar kompleks hujan turun dengan lebatnya dengan diiringi tiupan angin ala ala ribut.Terbayang suasana KL terutama Jalan TAR dan Masjid India..pastinya dipenuhi dengan manusia yang rata rata beerwajah Melayu kan.

Kami redahi juga hujan lebat itu.Mujur ku membawa payung.Basahlah juga.Sekaki payung dikongsi 3..Memandangkan sudah pkl 4.30..kalau xbalik xsempat pula nak berbuka nanti.Singgah sebentar di bazar Ramadhan Shah Alam dekat stadium..beli tajilan kata B..

kami pulang tanpa apa apa..Yang dapat penat dan basah dek ujan.Huhuhuhu..

Pencarian akan disambung semula di Plaza Angsana Johor Bahru apabila kami tiba di Johor Bahru nanti.Tunggu...

Makanan yang dah sejuk


Apa pendapat kalian tentang makanan yg sejuk?Sejuk macamana?Sejuk mcm baru lepas keluar peti sejuk?

Perkara ni terjadi pada aku semalam apabila aku membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan Petaling Utama.Aku membeli asam pedas ikan pari.Dari rupa bentuknya macam lazat dan membuka selera.Tu pun last call.

Sebab masuk dalam beg plastik xdalah terasa kesejukannya.Apabila balik rumah nak tuang dalam mangkuk barulah rasa sejuk..Aku rasa pantang kalau beli makanan sejuk ni.Apa daa...nak berniaga lagi lagi nak bg org lain makan bagilah yg elok elok sket.Pagi ni aku nak sahur.Asam pedas tu dah basi.berbuih2..agak agak korang apa punca asam pedas tu sejuk?

Lagi satu...masa makan kat food court JUSCO MELAKA.pun sama..semuanya sejuk sejuk belaka.Bukan satu gerai je..gerai lain pun sama.Teruk btol pengurusan food court tu.Apalah salahnya kalau panaskan sket bila pelanggan order.Tak patut.Bukan aku xpernah makan kat food court JJ yg lain.Tp xpernah lah sampai sejuk mejuk makanan..eiii..pantang le...

Friday, August 27, 2010

Apabila dah ter EK EK dalam seluar


Bulan Ramadhan memang meletihkan..Apatah lagi dalam keadaan sekarang.Bukan sahaja mengajar..menanda buku..membantu murid miskin..memnguruskan air kencing dan najis murid sekali.Itulah asam garam guru sekolah rendah.Kalau tak diduga dengan najis manusia yang memang busuk baunya...tak sah.

Kali ini bukan kali pertama aku menguruskan murid di kelas 2Murni tu.Kali kedua perkara seumpama ini berlaku kepada murid kelas itu.Dulu kasut terpijak tahi..Kali ni terbuang air beso dalam seluar pulak.

Entah bila si Irfan tu minta izin keluar ke tandas pun aku xperasan apabila sibuk melayan pertanyaan rakan-rakannya yang tidak tahu menjawab soalan yang diberikan.Tahu tahu..budak2 ni dah sibuk berkerumun di pintu.Ambil berat lah tu masalah kawan2.

Tiba tiba mereka bagitau

USTAZAH..IRFAN TERBERAK DALAM SELUAR

sudah...satu keje lagi.Irfan ni memang nakal..suka buat bising dalam kelas tapi pandai.Apabila aku sampai di pintu..Irfan menangis.

USTAZAH..SAYA TAK SEMPAT NAK BUKAK SELUAR.

merah muka-mukanya menangis.Kasihan sangat aku melihatnya.Hilang geram aku terhadap kenakalannya.Mungkin tali pinggang yang terlilit di pinggang melambatkan jangkamasa dia membuka seluar.

IRFAN TGGU SINI..USTAZAH CARIKAN BAJU TUKAR.

Aku pun pergi ke bilik guru untuk mencari pakaian yang sesuai dgn saiz Irfan yang berbadan agak besar dari usianya.Cari punya cari punya cari..jumpalah juga.Cuma seluar agak sempit.Bolehlah..dah nak balik pun.

Aku pun menyerahkan kepada Irfan sambil memberi arahan

IRFAN, AMBIL BAJU DAN SELUAR NI PERGI TUKAR.BAJU YG KENE TAHI BASUH BERSIH BERSIH HILANGKAN NAJIS DARI PAKAIAN BARU MASUKKAN DALAM PLASTIK BEG.

selepas menyerahkan segalanya...aku menanti Irfan di pintu tandas.Dalam masa aku ke tandas, murid dalam kelas dah huru hara.Seorang murid yang juga bernama Irfan keluar dari kelas.Irfan ni pun sama.Susah nak dengar cakap sedangkan aku dah pesan pada murid2 tidak boleh keluar kelas.

IRFAN FARHAN..HARI NI DISEBABKAN AWAK PRIHATIN SANGAT, AWAK TOLONG BAWAK BAJU IRFAN NI BALIK.BASUH TAHI DIA.

Terdiam terus si Irfan Farhan.Kerana tidak mahu disuruh membasuh tahi, dia sanggup menahan dirinya dari membuat bising dan menggannggu kawan2 sehingga balik..

Sunday, August 22, 2010

Bila Rikazz takut lagi

ihsan whizbabe.wordpress@google
Dulu dia takut dengan mop.Sampai sekarang tak hilang lagi takut dia pada mop.Tapi kini dia ada ketakutan baru.Tahun ni aku excited nak menghias rumah untuk raya.2Tahun sekali..tukar langsir dan bunga.Memandangkan rumah aku ni rumah pangsa..macamana nak pacak lampu raya kan.Jadi hati tu teringin gak nak rumah tu nak nampak terang benderang.Lalu aku g Mydin USJ aku belilah lampu kelip kelip yg rope tu dengan harga 3o lebih kot.

Sampai umah excited lah nak pasang lampu tu.Tup tup aku tengok Rikazz dah keras atas kerusi.Kepalanya tunduk ke lantai mcm org bersalah.Seminit kemudian dia menangis.Kami sekeluarga panik.Ingatkan Rikazz sakit.Rupanya dia takutkan lampu tu.

Selagi kami x bawak dia lari dari lampu tu..sekuat2 hati dia pejamkan matanya.Demi nak melarikan diri dari lampu Rikazz berjalan dalam keadaan pejamkan mata sambil meraba raba.

Sian Rikazz.Tak tahu apa perasaan dia pada lampu tu.

Semalam balik umah mertua di Jenjarum.Aku suruh adik ipar beli bunga api.Main kat rumah kampung ni seronok..Bila aku perhatikan Rikazz tak takut pun bunyi mercun berdentum dentam.Steady je..Mesti dia tak takut dengan bunga api.

aku pun belilah sekotak.RM15..Dengan excitednya aku pasang.Tahun lepas Rikazz memang suka tengok kami main bunga api.Tergelak2 dia.Tup tup dia nampak percikan bunga api tu dia nangis.Sama jugak..pejamkan mata..Ketawalah atok Timyati Rikazz.Dia kata tak pernah tgok budak takut bunga api.Selalu budak suka.Maka terbantutlah hasrat ibu dan abah nak main bunga api untuk Rikazz..huhuhu

Friday, August 20, 2010

Mengubat Rindu

Salam kengkawan..maaf lama tak berkongsi luahan rasa disini.Banyak yang ingin diceritakan tapi rasanya tak sempat.
Lama aku tak berblogging kerana aku alahan pada laptop dan yang seumpama dengannya.Alhamdulillah kini usia kandunganku sudah melepasi trimester pertama.Hanya beberapa hari sahaja lagi kandungan ini akan menjangkau usia 4bulan.
Sepanjang kehamilan ini..aku jadi cerewet pada makanan..susah nak cari makanan yang membuka selera sehingga berat badanku jatuh.Namun sekarang sudah kembali ke asal.60KG.
Selama aku menjalani hari hari bersama kandunganku ini..hati selalu risau..memohon perlindungan dari Allah agar memberi kekuatan kepada bayi kecil dalam rahim ini agar kuat menjalani hari hari pembesarannya.Risau ku terlalu tinggi sehingga aku menjaga kandungan ini lebih dari aku menjaga kandungan sulung.Bukan apa..pengalaman kawan2 sekeliling yang gugur dan kehilangan anak amat menginsafkan aku.Aku memang menanam rasa redha seandainya anak ini tidak dapat bersamaku lebih lama namun aku sentiasa mohon pada Illahi..Alhamdulillah...
Selepas pulang dr sekolah hari ini..aku telah bertemu doktor untk menjalankan ujian imbasan.Terharu aku melihat si kecil sedang bermain2 di dalam perut ibunya..menendang terlentang.Walaupun seketika cuma namun aku puas menyaksikan anak itu membesar dalam rahimku.Sedangkan kali pertama aku melihatnya di usia kandungan 6minggu hanya sekecil daging.Kini sudah lengkap anggotanya.Baru puas rasa hatiku kerana selama 4bulan ini aku tidak dapat merasakan adanya manusia di dalam rahimku.Mungkin kulit perut sudah menebal...Namun kini aku yakin dan semakin yakin membesarkannya.Insyaallah..
Anakku Rikazz?Sudah banyak akalnya..vocabnya juga sudah bertambah.Dan dia sudah pandai mencukur janggut..sambil memandang cermin..Sungguh menghiburkan dan mengundang suara tarzan ibunya..Doakanku semuanya berjalan lancar

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN