Terima kasih banyak2 kepada kawan2 blogger yang mengucapkan tahniah atas kehamilan keduaku ini dan juga yang mendoakan kesejahteraan diri dan janin yang bakal membesar ini.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian.
Disini aku ingin berkongsi keadaanku yang terbaru.Dulu masa mengandungkan Rikazz aku tak berpeluang membuat catatan sebab belum kenal lagi dunia blog.Kini aku tidak akan mensia2kan peluang ini.
Aku telah pun mendaftarkan diri di baby centre.Dan ikut kiraan last period aku..due date aku 8Februari 2011.Sama hari dengan due Rikazz dulu cuma bulan je beza.Rikazz 8Jan2009.Aku belum lagi bertemu doktor utk pengesahan.Tapi aku telah pun menjalani UPT untuk kali keduanya pada waktu pagi dan hasilnya tetap sama.POSITIF.Insyaallah Jumaat ni aku dan B akan buat ultrasound dan pengesahan doktor.Harap2 semuanya memuaskan hati
Kini kandungan aku 6minggu.Rahim dah mula rasa tegang tetapi masih belum terasa benjolan lagi di rahim.Jadi aku masih boleh meniarap dan bergerak dengan bebas
Aku tidak mengalami rasa mual seperti mengandungkan Rikazz dulu..muntah hanya sekali tu jelah.Cuma badan ni rasa agak letih tetapi masih kuat lagi nak melayan Rikazz.
Apa yang berbezanya sekarang aku suka makan jeruk mangga sedangkan masa rikazz dulu memang tak teringin pun sampai aku melahirkan.Aku tak selera makan sangat.Lagi lagi yang aku masak.Lebih sensitif dgn bau asap rokok abah Rikazz..Memang tak tahan busuk sangat...
Masih mencari makanan apa yang membuka selera...Huhuhu
Rikazz???
Rikazz baik sangat..Tetapi manja..sampai melekat dekat kaki bila aku nak jalan.Memang sedikitpun dia tak mau berenggang dengan aku.Nth ye..malam tadi rasa sayu sgt tengok Rikazz..Walaupun aku mengandung lagi tidak sedikit pun rasa kasih ini berubah terhadap Rikazz.Dia anak yang baik.Tak susah nak membesarkannya dan dia tak banyak ragam.Aku bersyukur dikurniakan anak sulung seperti rikazz.Sikap yang ditunjukkannya melayakkan dia jadi seorang abang..Allah tu maha mengetahui.Bila gaji abah naik..Gaji Ibu pun dah dapat gaji penuh...Rikazz pula semakin matang..lalu Allah kurniakan lagi seorang zuriat kepada kami semua.Terima kasih Ya Allah..
6 comments:
ok la tu.. harap smpi bersalin nnt ko tak mabuk.. hehhhehehe
salam kak..
dah lama x jenguk blog akak..dan byk cita yg iena tertinggal...
Taniah sesgt sbb ngandung anak kedua..iena tumpang gembira..take care ye...
tahniah ibu rikazz,sama2 la kita harungi detik2 kelahiran ke2 nnt ye..
laling..u nak p scan ke?
jue rs jgn dulu..
nanti jd mcm jue,
excited banget..asek scan jer memanjang..
hasil nye..erm..
Allah lebih menyayanginya,
tunggula baby da 16weeks ke..
xpon after 3month..
ni dr experience jue la,
skadar kongsi pengalaman.
Tahniah..syahni suker mendengar berita nie..moga2 anak yang bakal di lahirkan secomel rikazz..dan secerdik rikaz..amin.. :)
hoping into your blog, nice =)
visit me at http://tembakanpiksel.blogspot.com/ for an affordable outdoor family photo shoot session
thanks
Post a Comment