Followers

Sponsored By

Friday, June 4, 2010

Apa salah kami?

Ni nak kata entry sedih ke entry geram ni?Title tu boleh dibaca dengan 2intonasi.Hihi..Sebelum aku mungkin akan menyepikan diri kerana cuti sekolah akan bermula...Jadi biarlah aku tinggalkan bingkisan ini sebagai pengubat kerinduan kalian terhadap coretanku ini.Ewahhh..

Berbalik kepada tajuk di atas..Puncanya sudah 2hari rumahku ketiadaan air.Memang keadaan itu sering berlaku..Ku faham sbb SYABAS selalu mengadakan projek mengorek longkang atau menampal kebocoran paip utama dan mereka akan tutup air utk sementara waktu.Kami xdalah risau sangat sbb masih ada air tangki yang boleh bertahan selama 2hari.

Tetapi keadaan bertambah pelik bila ditanya jiran2 mereka kata rumah mereka ada air..Jadi..dimana silapnya kami..Adakah kerana kami xbayar bil?Tapi kalau xbayar bil dan mereka nak buat pemotongan mestilah mereka beri notis pemotongan.Ini tak ada.Memang bil kami ada tertunggak tapi 30RM je..ni gara gara MR Rizal yang rajin sangat bayar bil.Dia kata kumpul dulu sampai banyak baru bayar sekaligus.Ada juga manusia macam ni?Laki siapalah ni..ish ish ish.

Apabila kes ini berlarutan..kain menimbun perlu dibasuh.Air masak semakin kering.Pinggan longgok sudah mula membukit..Air untuk mandi tinggal sedikit..Yang paling susah nak solat ni nak wudhuk..Nak dapat air bersih mana?Lainlah kawasan ni dekat ngan air terjun ke..laut ke..xdalah kami merungut.

Aku minta Rizal cek paip dibawah bimbang ada budak nakal yang menutup paip utama.Tapi Rizal kata tak mungkin..Geram jugak sebab dia buat selamba je..

Hari ke2 ketiadaan air emakku dah tak sabar.Dia bawa Rikazz pergi tengok paip dibawah sedang aku bersiap siap nak pergi kerja.Tiba tiba emak naik dengan suara yang cemas...

METER DAH TAK ADA...AIR DAH KENA POTONG!!!!

Bila Rizal dengar baru tergezut dia.Kita cakap xmau dengar.Aku meminta Rizal menguruskan perkara ini dan merujuk kepada SYABAS.

Rupa2nya :

1.Tuan Rumah lama potong nama di SYABAS

2.Tuan Rumah baru (Adik ipar tuan rumah lama)Tidak diberitahu tentang pemotongan akaunnya

3.Penyewa rumah ni (Kami) Langsung tak tahu menahu

4.SYABAS plak pergi cabut meter sebab dia pk rumah ni dah kosong

Selepas Rizal mendapat tahu masalah ini ..dia cuba menghubungi tuan rumah lama tapi tak berjawab.Huhuhu..Mujur tuan rumah baru cepat2 daftar nama dia kat SYABAS.Kalau tak..mungkin masalah ni akan membawa ke hari hari yang seterusnya.

Setelah didesak beberapa kali barulah SYABAS menghantar pekerjanya untuk memasang kembali meter.

Kepada tuan rumah lama..janganlah pentingkan diri sendiri.Rumah ni ada orang duduk.Bukan kami xbayar bil bil tu semua.Sewa pun xpernah sangkut.Risau lepas ni dia nak tukar nama untuk elektrik pula.Bimbang tetiba je umah gelap gelita angkara xdiberitahu dia nak potong nama...

3 comments:

BabyIntan said...

Macam-macam ye...nasib baik ur mom check kalo dak...adoiii. Awat lah tuan rmh yg lama buat lagu tu...tak sedar ke still ada penyewa yg dok kat situ.

Sabar je lah nazz...

Naz Nur Nhazzla said...

Tu lah intan..nak salahkan syabas dah tu mmg tugas dia..geram dgn tuan umah lama tu.kita call xmo plak jwb

anin said...

eiii ape la.sian kat kite yg menyewaaa

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN