Followers

Sponsored By

Sunday, December 1, 2013

Misteri 7 lelaki berjubah putih

Pertama2 sekali sy ingin merafakkan tangan mensedekahkan Al fatihah buat arwah Pakcik Mohmmad yang merupakan bapa kepada kawan baik saya...kawan seperjuangan saya di Sk1Pj dan saya telah anggap dia seperti kakak kandung saya sendiri.
Apa yang saya ingin kongsikan ialah sebuah kisah yang terjadi kepada arwah pakcik Mohmmad yang saya gelarkan sebagai Pok Mad.
Sedikit kisah hidup Pok Mad yang saya ketahui dari anaknya sendiri.Pok Mad dikenali sebagai seorang lelaki yang lemah lembut dan penyayang.Ketika hayatnya pok Mad yang berasal dari Kelantan ini seorang yang suka mengisi masa lapangnya dengan berdakwah ke merata tempat bersama kumpulan tablighnya.Arwah pernah juga berdakwah sehingga ke India.Arwah juga seorang ahli surau dan masjid di kawasan tempat tinggalnya.
Namun takdir Allah, arwah diuji apabila dia menderita akibat sihir dan sehingga ke akhir hayatnya pelbagai usaha telah dilakukan oleh anak2nya untuk memulihkannya namun Allah lebih menyayanginya...Ketika tempoh sakitnya beliau hampir tidak mengenali ahli keluarganya namun sekiranya beliau lega dari sakitnya pastinya beliau terus bangun bertahajud.
Sesuatu yang saya rasa ingin berkongsi tentang kisah arwah beberapa minit sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, arwah dan keluarga telah didatangi 7 orang lelaki berjubah putih memakai serban putih yang agak besar saiz lilitannya.Dan memakai kain yang ala2 serban di bahu masing2.Ketika sedang ramai orang keluar masuk melawat arwah yang sedang nazak, keluarga Pok Mad menyambut baik 7 lelaki itu yang tiada siapa di kalangan ahli rumah itu mengenal mereka walau seorang pun.
7 lelaki itu masuk ke dalam rumah dan terus duduk berdekatan arwah yang ketika itu masih bernyawa.Mereka terus membacakan surah yasin dan membacakan Talqin.Kemudian salah seorang berpesan kepada abang sulung sahabat saya...Antara pesanannya yang masih saya ingat

1. Arwah sebenarnya sudah ingin pergi tapi masih terikat dengan 7 perkara. Termasuk syaitan

2. Lelaki itu meminta dibuang segala gambar termasuk surat khabar sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari rumah

3.Cari buku taklim lama yang sering dibacakan oleh Pok Mad kepada anak2 nya selepas solat maghrib

4.Dalam masa 10 minit selepas mereka keluar dari pintu sekumpulan malaikat akan datang untuk mengambil nyawa pok mad

Apabila 7 lelaki itu keluar dari rumah adik berdik sahabat saya terus menjalankan pesanan 7 lelaki itu.Yang peliknya keluar sahaja dari pintu 7 lelaki itu terus hilang begitu sahaja.Terlalu cepat pada pemikiran sahabat saya dan cukup 10 minit arwah pergi seperti yang dinyatakan oleh 7 lelaki misteri tadi.

PERSOALANNYA
Siapakah 7 lelaki itu?

Syukur alhamdulillah segala urusan pengkebumian selepas itu berjalan dengan mudah dan sangat pantas.
Walaupun ditinggal dengan tanda tanya keluarga arwah bersyukur segalanya selamat.
Alfatihah untuk arwah Pok Mad

Ps..saya pernah bersemuka dengan arwah Pok Mad.Orangnya pendiam, raut wajahnya manis.semoga arwah Pok Mad mendapat balasan syurga.Amin

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN