Followers

Sponsored By

Tuesday, November 5, 2013

Langgar lari

Assalamualaikum semua...
Kaifa hal? Atamanna an takuna fi sihhatin wa afiyah.In syaa Allah.
Berjumpa lagi di blog tentang dia.
2 bln yang lepas 5hb september saya sedang berpuasa tika saya membuat catatan di blog ini.Berpuasa untuk apa? Berpuasa sebelum menjalani pembedahan utk ectopic pregnancy.kalau sebelum ini saya rasa seperti tak mampu menanggung semua ini.Namun saya sememangnya kuat dan terpilih untuk melaluinya.
Saya nak kongsi kisah saya telah dilanggar minggu lepas.Tak tahulah apa yang tak kena.Memang fikiran tengah berserabut.Pulang pada pukul 5 dan dapat panggilan untuk mengawalkan slot ceramah saya.Mujur suami memang cuti hari khamis lepas..tapi serabut2 saya, saya masih belum terlupa untuk membaca doa memulakan perjalanan dan fokus kepada pemanduan.ketika saya berhenti di lampu isyarat dan ketika itu memang banyaklah kereta berhenti.Tiba2 terdengar bunyi seperti letupan.Dan kereta saya terdorong ke hadapan dan mati enjin.Kereta manual memanglah macam itu.Saya terkesima.saya terus memasang signal kecemasan.Untu beberapa ketika tidak saya dan tidak yang melanggar saya keluar dari kereta.Saya yang nak keluar ni pun macam2 di fikiran.Sengaja langgar ke? Takut orang berniat nak merompak...Apabila kereta dihadapan mula beredar saya pun memasang signal untuk ketepi.Dan si pelanggar ni pun buat perkara yang sama,Dan apabila saya hampir memberhentikan kereta..dia terus memecut dengan laju terus menuju ke arah perumahan.Saya yang terkejut terus membunyikan hon sepanjang2 nya.Saya sempat lihat pemandunya memandu kerta perodua myvi yang mana bahagian depan keretanya sudah pun bengkok dan terangkat gara2 perlanggaran.Sayangnya saya terlindung kereta di hadapan untuk melihat no platnya.
Kereta saya?Emm.. no plat yang baru ditukar telah pun hilang nombor dan hurufnya.
Walaupun marah dan geram kerana dia lari saya  masih bersyukur saya berada dalam keadaan selamat.

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN