Followers

Sponsored By

Thursday, June 17, 2010

Yang Dulu dan Yang Kini


Terima kasih banyak2 kepada kawan2 blogger yang mengucapkan tahniah atas kehamilan keduaku ini dan juga yang mendoakan kesejahteraan diri dan janin yang bakal membesar ini.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan kalian.

Disini aku ingin berkongsi keadaanku yang terbaru.Dulu masa mengandungkan Rikazz aku tak berpeluang membuat catatan sebab belum kenal lagi dunia blog.Kini aku tidak akan mensia2kan peluang ini.

Aku telah pun mendaftarkan diri di baby centre.Dan ikut kiraan last period aku..due date aku 8Februari 2011.Sama hari dengan due Rikazz dulu cuma bulan je beza.Rikazz 8Jan2009.Aku belum lagi bertemu doktor utk pengesahan.Tapi aku telah pun menjalani UPT untuk kali keduanya pada waktu pagi dan hasilnya tetap sama.POSITIF.Insyaallah Jumaat ni aku dan B akan buat ultrasound dan pengesahan doktor.Harap2 semuanya memuaskan hati

Kini kandungan aku 6minggu.Rahim dah mula rasa tegang tetapi masih belum terasa benjolan lagi di rahim.Jadi aku masih boleh meniarap dan bergerak dengan bebas

Aku tidak mengalami rasa mual seperti mengandungkan Rikazz dulu..muntah hanya sekali tu jelah.Cuma badan ni rasa agak letih tetapi masih kuat lagi nak melayan Rikazz.

Apa yang berbezanya sekarang aku suka makan jeruk mangga sedangkan masa rikazz dulu memang tak teringin pun sampai aku melahirkan.Aku tak selera makan sangat.Lagi lagi yang aku masak.Lebih sensitif dgn bau asap rokok abah Rikazz..Memang tak tahan busuk sangat...

Masih mencari makanan apa yang membuka selera...Huhuhu

Rikazz???

Rikazz baik sangat..Tetapi manja..sampai melekat dekat kaki bila aku nak jalan.Memang sedikitpun dia tak mau berenggang dengan aku.Nth ye..malam tadi rasa sayu sgt tengok Rikazz..Walaupun aku mengandung lagi tidak sedikit pun rasa kasih ini berubah terhadap Rikazz.Dia anak yang baik.Tak susah nak membesarkannya dan dia tak banyak ragam.Aku bersyukur dikurniakan anak sulung seperti rikazz.Sikap yang ditunjukkannya melayakkan dia jadi seorang abang..Allah tu maha mengetahui.Bila gaji abah naik..Gaji Ibu pun dah dapat gaji penuh...Rikazz pula semakin matang..lalu Allah kurniakan lagi seorang zuriat kepada kami semua.Terima kasih Ya Allah..

Monday, June 14, 2010

Berita Gumbira


See..my finger tu

Sungguh aku lupa nak menghitung tarikh period yang lepas.Rupanya sudah lewat 2minggu dari tarikh kehadiran period yang sepatutnya.Tapi boleh tak terpikir sehinggalah 3hari yang lepas..Bagun tidur petang aku rasa loya.Nak kata tak makan nasi dan masuk angin..xda plak.Aku yang masak tomyam ayam tu.Rasa tak nsedap tu berterusan sehingga ke maghrib.Suamiku mintak aku panaskan lauk tapi rasa tak berdaya nak ke dapur.Akhirnya dia panaskan sendiri..


Bau aroma tomyam tu plak meloyakan aku lagi..Dan loya loya itu berterusan dengan muntahan nasi dan tomyam keluar dari mulut dan hidungku.Aku terfikir.Kenapa aku jadi begini?


Aku pun cek hp.Oh..bulan lpas last period 4Mei..Skang dah 13Jun..(Waktu muntah)..Apakah???


Mohon Allah kurangkan rasa tak selesa tu..Tapi ia tetap berterusan hingga hari ini cuma tidaklah sampai tahap muntah.Cuma selera makan hilang.Setakat ni belum ada makanan yang dapat membuka selera aku lagi.


Hari ni..aku ajak B pergi makan pizza.Manalah tahu ada selera.Tapi aku mintak B belikan UPT Kit dulu.Sebab aku nak minum pepsi masa kat pizza.Tapi B tak mau beli.Dia kata tak mungkin aku mengandung.Sbb pengalaman sebelum ni lambat sebulan pun xpregnant..Aku ikutkan jelah tapi aku minum gak pepsi cuma tak banyak.Buat hilang rasa teringin je.Risau gak.


Lepas tu aku nak g main boling sbb lepas ngandung Rikazz dah xpernah main boling lagi.Ni berat gak ni.Nampak Farmasi pergi beli dulu Test Kit.Sembunyi2 bawak test tu g toilet..Aku tak puas hati selagi xtau resultnya.Kalau xda pun aku xkisah.Dah xmengharap..


Tak sempat nak bukak kotak nak cari container.aku bantai ambik tutup botol sabun makcik cleaner.Ampunkan saya makcik..Nanti saya basuh..


Dengan pantas..takut B perasan lama sangat dlm toilet aku pun titiskan lah urinku..Dan dengan pantas gak ting!Naik 2line..Oh..Ya Allah..aku btol2 mengandung?Tk sangka sangat..


Aku pun tunjukkan dekat B test tu..dia diam je..Dia tu mmg bukan nak tunjuk2 dia suka ke tak.Tau nya bila dia dah cerita kat kwn kwn dia dgn bangganya tau..


Alhamdulillah.Ikut last peod aku dah masuk 6minggu lah.Kena berhati2 sebab dah tgok kawan gugur sbb dia aktif sangat so aku pun kene berhati2..


Belum pergi scan lagi.Nak tggu 8minggu.Cuma aku harap semuanya selamat sehingga ke akhirnya.Doakan aku ye


Rikazz nak jadi abang!!Alhamdulillah

Sunday, June 13, 2010

Lagi-lagi ustazah Terlampau

Traffic blog ni bnyk menunjukkan tajuk ustazah terlampau..Agak2nya diorang igatkan citer ni pasal citer lucah kot?Isk isk isk..bukan citer lucah..citer pasal aku dan murid2 je..Nak tau kisah apa?Klik sini

Monday, June 7, 2010

Najis apakah ini?Mughallazah ka?Mukhaffafah?

Air kencing anak anjing yang tidak lebih dr dua tahun dan hanya minum susu ibunya sahaja..Najis apa?
Murid 1 : Najis Mukhaffafah
Alasan? : Sebab dia minum susu ibunya sahaja dan tidak lebih 2tahun
Murid 2: Oiii..anak anjing lah..Mana ada anak anjing minum susu tin
Murid 3: Habis najis apa ni?
Semua dah bingung...
Semalam borak2 dalam kereta pasal jenis jenis najis..Teringat anak muridku yang dapat soalan tricky dariku..Apakah jawapannya?Dan apakah alasan anda?

Saturday, June 5, 2010

Dah sampai Johor

Terlupa plak..aku bawak laptop..dan nampaknya signal utk broadband dah semakin baik..Walaupun edge je..tp laju..Rezeki aku le ni..Semalam..kami bertolak dr KL pkl 4ptg dan sampai di Bandar Tenggara dalam pkl 10mlm..Jam sana sini..biasalah cuti umum..Eksiden merata rata kat PLUS tu tp xda yg meragut nyawa.
Sampai je kat Tenggara..Rikazz nampak ekcited sangat.Dia nampak selesa berbanding kalau pergi rumah Atok Jenjarum..padahal rumah Jnejarum lagi besar.Mungkin kerana Rikazz berpantang kat Johor dia lebih selesa disini kot..
Misi pertama kami..
KOTA TINGGI
orang kata kat bandar Kota ni banyak pilihan kain pasanag dan tudung2 murah..Selama aku kat Johor aku xpernah pergi.Kain ela aku dah carik tggal nak cari tudung yg berkenan di hati dengan harga yg berpatutan..Susah gak nak cari tudung saiz L atau XL yg murah.Murah boleh beli banyak..
So sedang menunggu tour guide aku dr JB utk sampai di Kulai dan kami akan pergi sama sama..Jom

pstt:Baju kurung pahang kain jarang tu..apatah namanya sepasang baru RM45..kain elok..jahitan elok

Friday, June 4, 2010

Apa salah kami?

Ni nak kata entry sedih ke entry geram ni?Title tu boleh dibaca dengan 2intonasi.Hihi..Sebelum aku mungkin akan menyepikan diri kerana cuti sekolah akan bermula...Jadi biarlah aku tinggalkan bingkisan ini sebagai pengubat kerinduan kalian terhadap coretanku ini.Ewahhh..

Berbalik kepada tajuk di atas..Puncanya sudah 2hari rumahku ketiadaan air.Memang keadaan itu sering berlaku..Ku faham sbb SYABAS selalu mengadakan projek mengorek longkang atau menampal kebocoran paip utama dan mereka akan tutup air utk sementara waktu.Kami xdalah risau sangat sbb masih ada air tangki yang boleh bertahan selama 2hari.

Tetapi keadaan bertambah pelik bila ditanya jiran2 mereka kata rumah mereka ada air..Jadi..dimana silapnya kami..Adakah kerana kami xbayar bil?Tapi kalau xbayar bil dan mereka nak buat pemotongan mestilah mereka beri notis pemotongan.Ini tak ada.Memang bil kami ada tertunggak tapi 30RM je..ni gara gara MR Rizal yang rajin sangat bayar bil.Dia kata kumpul dulu sampai banyak baru bayar sekaligus.Ada juga manusia macam ni?Laki siapalah ni..ish ish ish.

Apabila kes ini berlarutan..kain menimbun perlu dibasuh.Air masak semakin kering.Pinggan longgok sudah mula membukit..Air untuk mandi tinggal sedikit..Yang paling susah nak solat ni nak wudhuk..Nak dapat air bersih mana?Lainlah kawasan ni dekat ngan air terjun ke..laut ke..xdalah kami merungut.

Aku minta Rizal cek paip dibawah bimbang ada budak nakal yang menutup paip utama.Tapi Rizal kata tak mungkin..Geram jugak sebab dia buat selamba je..

Hari ke2 ketiadaan air emakku dah tak sabar.Dia bawa Rikazz pergi tengok paip dibawah sedang aku bersiap siap nak pergi kerja.Tiba tiba emak naik dengan suara yang cemas...

METER DAH TAK ADA...AIR DAH KENA POTONG!!!!

Bila Rizal dengar baru tergezut dia.Kita cakap xmau dengar.Aku meminta Rizal menguruskan perkara ini dan merujuk kepada SYABAS.

Rupa2nya :

1.Tuan Rumah lama potong nama di SYABAS

2.Tuan Rumah baru (Adik ipar tuan rumah lama)Tidak diberitahu tentang pemotongan akaunnya

3.Penyewa rumah ni (Kami) Langsung tak tahu menahu

4.SYABAS plak pergi cabut meter sebab dia pk rumah ni dah kosong

Selepas Rizal mendapat tahu masalah ini ..dia cuba menghubungi tuan rumah lama tapi tak berjawab.Huhuhu..Mujur tuan rumah baru cepat2 daftar nama dia kat SYABAS.Kalau tak..mungkin masalah ni akan membawa ke hari hari yang seterusnya.

Setelah didesak beberapa kali barulah SYABAS menghantar pekerjanya untuk memasang kembali meter.

Kepada tuan rumah lama..janganlah pentingkan diri sendiri.Rumah ni ada orang duduk.Bukan kami xbayar bil bil tu semua.Sewa pun xpernah sangkut.Risau lepas ni dia nak tukar nama untuk elektrik pula.Bimbang tetiba je umah gelap gelita angkara xdiberitahu dia nak potong nama...

Thursday, June 3, 2010

Kering Darah

Kerusi keciknya antara port utama memanjat dan terjun ke lantai
Dia heret kerusi kopi ibu dan panjat kemudian berdiri dan ready utk terjun

Dekat sofa pulak dia panjat n berdiri atas pemegang sofa


Ni je aksi yang sempat dirakam sebelum dia menyeberang ke katil tu








Bosan baca buku..tolak buku ke bawah Rikazz berdansa atas meja

uIII..Memang kering darah..Eh..tak..aku xsakit.Cuma perangai anak bujang sorang ni je yang buat jantung ibu nya bagai nak tercabut.

Semenjak dua menjak ni...Macam macam perkara yang Rikazz lakukan.Aku memang tak mahu sekat proses eksplorasi nya.Aku biarkan dia mencari ilmu pengetahuannya sendiri.Kalau berjalan memang aku terpaksa lepaskan dia berlari kesana kemari sendiri.Sebab dia akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari kami.Itu aku tak kisah sebab Rikazz ni dia tahu had dia sampai mana kalau dia nak kemana-mana.Selagi dia nampak ibu..dia pergi.Tapi kalau dia rasa dia dah jauh dari ibu dia akan patah balik sendiri.

Tapi sejak akhir2 ni dia ada hobi baru yang selalu buat hati aku kecut kecik..Hobi barunya tu MEMANJAT.eh..memang dah lama dia pandai memanjat.Ini bukan skil baru Rikazz.Tapi skil memanjatnya dah diupgrade kepada yang lebih aksi.MEMANJAAAT..TERJUUN.ha..ni lah yang buatkan aku tak boleh nak duduk dengan aman.Hati ni selalu je berdebar..Mulut ni asyik menjerit membebel je..


Suka sangat memanjat tempat tinggi kemudian terjun.Perlu ke aku biarkan?Tak boleh..aku bimbang dia cedera.Aku tahu ini satu perkembangan dan kemajuan untuk dia.Pasti ibu lain pun melalui perkara yang sama.Tapi mungkin kerana dia lelaki..kelasakannya terserlah berbanding anak perempuan yang lebih lemah lembut dalam perlakuan.Huhu..


Aku berharap..fikiran Rikazz cepat matang dan dia akan bosan dengan cepat terhadap skil panjat terjunnya ini.


psst:Oma Rikazz kata ni bahana ibu Rikazz yg suka sangat panjat memanjat masa ngandungkan Rikazz..


Jawapan ibu Rikazz: Ini semua mitos je mak.Hehehe..menjawabb


Nanti dilain masa aku akan cerita perangai2 yang lainnya ye.

SIGN JANGAN TAK SIGN