Followers

Sponsored By

Saturday, December 25, 2010

33 Minggu dan beberapa hari

33 weeks.
ini perut saya 33 minggu..gambar terpaksa dipotong atas sebab ketidak penutupan aurat.hehehe

Salam kawan2 semua..kini kandungan saya mencecah 33 minggu.Ini bermakna saya sudah pun 8bulan mengandung kan.Alhamdulillah..segalanya masih berjalan seperti biasa.
Berat saya sudah 74kg..
Saya sudah mula sakit2 di bahgian tuuut..pintu keluar baby lah.Berdenyut denyut..
Bila saya berjalan bangun atau mendukung abang Rikazz..saya rasa seperti kepala baby menekan di tulang bawah tu...
Saya sangat berdoa dan berharap saya tidak perlu menunggu lama seperti abang Rikazz dulu.Hingga 41 minggu.
Sebab lagi beberapa hari saya akan mula bertugas di tingkat 4 bangunan sekolah baru
Saya juga sudah terpaksa mengharapkan belas ihsan sahabat saya bernama Kak Mah untuk menumpang keretanya balik atau pergi ke sekolah sekiranya suami saya bekerja (mujur suami shift)
Ini kerana saya sudah xmampu nak drive lagi memandangkan perut sudah berlaga dengan stereng dan kaki saya sudah tidak sampai untuk menekan clutch brake dan minyak (kereta manual) apabila seat dikebelakangkan...
sedangkan berjalan biasa pun sudah menyakitkan saya apatah lagi mengenakan tekanan pada kaki disaat meredah jammed dengan kereta manual..
Namun saya bersyukur saya tidak mengalami ederma seperti mengandungkan Rikazz dulu..
Cuma baju mengandung juga sudah semakin menunjukkan susuk tubuh badan saya yang seksi ini.hahaha
Saya perasan punggung saya teramatlah lebar berbanding biasa...
Namun saya bersyukur saya tiada darah tinggi mahupun kencing manis.
apabila usia kandungan saya 36mggu bersamaan 9bulan adalah jatuh pada hari lahir Rikazz yg kedua pada 11jan..kalaulah takdir Allah mengizinkan Riyash keluar pada waktu itu memang double happiness buat saya..sekian terima kasih..

info dr babycentre.com

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural. Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

2 comments:

eRiNsZ said...

hye naz.. dah smakin memboolat pewut tu..
erin pon da56kg tak larat dah mbawa diri... hehe jln cam kekura jer

smoga smuanyer slamat yr

Naz Nur Nhazzla said...

hai erin..bukan perut je membulat..punggung pun membulat sama.hahaha..jalan mcm penguin.terkengkang2.hahaha..buat erin juga semoga selamat semuanya

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN