Followers

Sponsored By

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, May 31, 2010

Jom Balik Johor

Pintu masuk Hutan Bandar
Salah sebuah restoran terapung di senibong.Berlatarkan laut selat tebrau

Huhuu..minggu ni minggu terakhir persekolahan sebelum sekolah akan bercuti selama dua minggu bermula sabtu ini.Sekarang ni minggu peperiksaan.Jadi aku nak tulis lah n3 ini.


Jumaat ini..selepas sahaja loceng berbunyi..aku akan memulakan perjalanan kembali ke kampung halamanku Johor Darul Takzim.


Ya..aku anak jati Johor.Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Kemudian membesar di Kuarters Tentera Kem Tebrau Kg Dato Penggawa Barat Johor Bahru.Ketika usiaku 4tahun..kami sekeluarga berpindah ke Kg Plentong Baru Masai Johor.Selepas aku dapat KPLI barulah keluargaku berpindah ke Bandar Tenggara Kulai.


Rinduuu sangat suasanaku waktu membesar di Johor Bahru.Rumah kat Tenggara skang tak seronok.Kalau balik sana pun bosan je.Memandangkan aku baru sahaja dapat tunggakan gaji dan elaun perumahan selama hampir 2tahun..dan memandangkan cuti ini aku akan pulang ke Johor aku telah mengambil keputusan untuk bercuti di JOHOR...hehehe..dah lama sangat tak berjalan kat sana.Rizal pun amik cuti sampai 6hari.Yuhuuu..jom tengok tempat2 kenanganku disana:


1.Giant Plentong (Tempat shopping le ni)
2.Kg Senibong (Tempat makan)
3.Pekan Masai (Tempat beli persiapan raya)skang jalan tar
4.Pasar Malam Permas Jaya(Wajib pegi tetiap Isnin)
5.Pasar Malam Plentong(Wajib lalu balik keje dulu)
6.Jusco Permas Jaya(Tempat merayap)
7.The Zone(Tempat amek angin)
8.Danga Bay(Bersiar2)
9.Hutan Bandar(Tempat berdating)kikiki dululaa
10.City Square (Tempat tengok Wayang)
11.Plaza Angsana
12.Station Bus Larkin(Tempat beli tiket)
13.Komtar(Tapi rasanya dah xda kan tempat ni)
14.Air Terjun Kota Tinggi ( Tempat Mandi manda)
15.Air Hitam
16.Jusco Tebrau City (Rizal nak makan mee rebus tulang)
17.Kampung Plentong Baru laaa...banyak sangat kenangan suka duka kat sini
18.Pantai Lido


Ni semua tempat kenangan ni..Rikazz dan Rizal belum lagi pergi tempat2 tu semua.Apa salahnya mengimbau kenangan lama dan memperkenalkan keluarga baru kita dengan tempat2 yang menjadi destinasi kita sebelum mereka mengenal kita kan..


Tak sabar ni nak tggu hari Jumaat..zoom Malaysia..

Sunday, January 17, 2010

Menjejaki Bukit Fraser







Dah lama sangat nak g Bukit Fraser ni.tapi baru kali ni mendapat.Kami pergi sekeluarga je.Oma Ucu dan daddy Ngah tak ikut..maklumlah..kami ni suka buat plan last minit.Jadi org yg dah ada plan lain tu tak menjadi lah nak ikut.Tak suka plan lama lama..tp xjadi.Nak tau bila dpt idea ni..bangun pagi Sabtu tu..dpt idea trus bersiap..redah je lah.Kami ikut jalan Bentong.Bukit Fraser ni kat daerah Raub..
Masa nak naik jalannya memang hutan..jumpa dengan bongkahan batu besar besar sebab bekas runtuhan tanah..takut juga..Jln bengkang bengkok adui..dah mcm cameron tp mujur tak sejauh cameron.Rikazz dah pening dah sebab jalan mcm ular.Dia nangis..lalu tidur..
Sampai dekat gap...baru tau nak naik atas tu kene tunggu bukak jalan..sekali bukk ambil masa 40minit..Tapi untungnya aku xpayah tunggu lama..sampai kat gap pkl 3 baru je bukak..terus lah naik..Sampai sana..memang sejuk sangat...
Cantik?tak payah kata..pekannya kecik tp memang mcm berada di england zaman dolu dolu tu..tenangnya..bunga2 yang cantik..aku pun menuju ke shahzan inn..penuh..sebab ada pekerja amway sewa satu hotel...Lalu kami pergi ke PUNCAK INN..sampai2 bilik bujang dah penuh..apartment yg studio pun penuh..jadi kami sewa apartment 2bilik..ingatkan apartment tu mcm kat genting..rupanya..cantik giler..ala ala rumah inggeris gitu..putih semuanya..harga?RM200..memang besar..lebih besar dr umah flat aku..huhuhu..
Aktiviti?jalan2..amik gambar..tengok kesan sejarah..best nya..Rikazz pun suka sangat..selesa..
Malamnya..ya allah..macam nak beku rasanya..mana x nya..keliling kita hutan..walaupun x setinggi puncak genting tp lebih sejuk dr genting..Kalau sejuk aircond mahu aku tutp aircond nya..
Keesokkannya kami pun balik lepas sarapan..kesimpulannya..aku suka...

Saturday, November 7, 2009

Bila Sabtu tiba..

ihsan dr QUTREEN.FOTOPAGES.COM
Sejak sejak nak cuti sekolah ni..setiap sabtu asyik ada tugasan je..jadual pack je..minggu lepas kene pergi camping kat sekolah..minggu depan ada hari keluarga kat NUR LEMBAH PANGSUN..minggu ni pulak jadi hakim KALAM JAMAI kat SK SRI KELANA..kalam jamai tu apa?kalam jamai tu choral speaking..seronok gak..ni first time aku jadi hakim..sebelum ni tak diberi peluang..kumpuln yang masuk tak ramai..so peluang menang memang besar..jadi tadi yang menang SK KELANA JAYA 2..tahniah ye..diorang perform Best..cikgu nya pun pandai..tahniah utk SK KJ 2...so Sabtu minggu depan..nak g FAMILY DAY..nak mandi..yey..nak ajak Rikazz mandi..tp mesti sejuk kan..nanti Rikazz meraung plak.ehehehe

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN