Followers

Sponsored By

Showing posts with label Rifaa'. Show all posts
Showing posts with label Rifaa'. Show all posts

Wednesday, May 4, 2016

Perkembangan Nubla

Lamanya blog ini tidak berupdate.Sejak2 hp saya rosak ni memang susah nak update apa apa.Banyak yg saya ketinggalan utk ceritakan di dalam diary ini. Last update ketika Nubla berusia 5 bulan x silap.Ketika kali pertama dia meniarap.So nak sambung lah cerita anak solehah yg bijak ni...(insyaallah)
Usia 5 bulan 2 minggu
Kali pertama Nubla meniarap itu pun selepas saya dan emak menjalankan sesi latihan berguling.Berat sgt badan si Nubla wlupun tuannya ringan je.Slpas beberapa kali dia meniarap..dia trus terbaring sprt biasa.

Usia 7 bulan
Nubla sudah mula kuat badannya.Semakin mudah tiarap sendiri kemudian menelentang sendiri.Hilanglah segala kegusaran ibu kerana Nubla sudah berjaya melangkah setapak maju bab kemajuan fizikal.

Usia 8 bulan
Nubla sudah boleh duduk tanpa sokongan.Badan dia memang dah kuat.Tapi bukan dia duduk sendiri tau.Dia didudukkan.
Nubla juga sudah mula berpusing2 ketika meniarap.Kalau nak ambil sesuatu barang dia akan berguling atau berpusing.Dadanya sudah mula diangkat tinggi.
Hujung usia 8 bulan Nubla sudah mula mengundur undur.Bukan maju kedepan.Sudah rajin berkemas.Bertambah bersepah rumah ni.
Hujung usia 8 bulan juga..Nubla sudah mula kuat berdiri tanpa sokongan utk tempoh masa seminit.

Usia 9 bulan
Baru saja tadi Nubla angkat badan anggih anggih kata mak.Mcm nak merangkak tu.
Semakin berangan nak melangkah dr satu tempat ke satu tempat.Yang pasti badan dia x kuat lg cuma semangat dia je yg besar sangat.
Tuannya baru 6.5 kg di kala usia 9 bulan ni.

Mungkin Nubla tidak sepantas anak anak seusianya yg lain mau pun sepantas perkembangan abg abgnya pd usia 9 bulan.Tp terlalu maju perkembangan Nubla kini kalau nak dilihat langkah pertamanya kukuh pd usia 7 bulan.Kini ibu dah x risau lagi...Nubla makin ligat..makin meriah menjerit2.
Doakan kesihatan Nubla dan abang2 nya ye

Tuesday, December 1, 2015

Selamat 4 bulan sayang ibu

Alhamdulillah...sudah 4bln Nubla bersama ibu.Semakin murah dgn senyuman.Klu dulu susah sangat ibu nak tengok dia senyum.Gambar pun semua masam masam je.Dah makin rancak bersembang.Dah pandai capai objek bila dihulur.Kalau mengiring dan kita sentuh badan dia baru la dia nak meniarap sendiri.Nampak dia takut nak tiarap sendiri.
Untuk perkembangan fizikal cuma naik 400 gram dr bulan lepas
Dan naik 3 cm ketinggian dari bulan lpas.
Yg sihat ye syg

Sunday, October 25, 2015

Zikir Asy Syafi

Baru je menidurkan Rifaa'. Dah dua malam dia mcm tu.Bila nak urutkan dia mcm tak nak.Nak baringkan marah.
Dah bacakan zikir terlelap sekejap kemudian menangis.Teringat sebuah buku yang sy dpt sebagai hadiah ketika di sekolah rendah...
Menurut buku tu Asy Syafi antara 99 nama Allah yang bermaksud YANG MAHA PENYEMBUH. Kalau dibacaka  pd orang yang sakit akan dpt mengurangkan sakit mereka.
Segala penyakit pun datangnya dengan izin Allah jua.Bila saya bacakan pd Rifaa' dia terus berhenti meronta...tenang dan melelapkan mata..sehinggalah sy susukan dia baru sebentar tadi.
Hanya Allah Maha Pemilik segala kesembuhan

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha 2015

Bismillah
Aidil Adha yg ku nanti2 sebab telah ku siapkan jubah kecil warna biru utk puteriku Nubla.
Raya pertama yg pasti dinanti oleh ibu2 yg baru menimang cahaya mata baru.
Syawal yg lalu Rifaa msh dlm perut lagi...Kemudian kita sama sama berpantang.Zulhijjah ini kita dpt meraikan bersama.Walaupun oma xada..abi pun baru balik kerja shift malam.Agak lewat lah perjalanan kita ke rumah nenek sebelah suami.
Di sini gambar utk menjadi kenangan.
Yg pasti...gambar ini menjdi bukti kita semua hidup bersama

Saturday, September 19, 2015

Milestone Nubla

Assalamualaikum
Klu sebelum ni dua hero iaitu Qalby n Qaiyd sy akan share disini agr sy xlupa di masa akn dtg.Jadi sy akan share perkmbangan Rifaa di sini...

Rifaa lahir dgn berat 2.29kg
Panjang 45cm
kepala 32cm

10 hari berat Rifaa jatuh 2.2kg dan masa ni jaundis nya makin tinggi

20 hari berat Rifaa meningkat ke 2.8kg.Alhamdulillah

30 hari check up sebulan.
Berat 3.2kg
Tinggi 49cm
Kepala 35cm
Jab hepatitis B dos 2

Ibu last peknen 77kg
Sebulan 68kg

Check 40 hari ( refer pakar sbb jaundis)
Berat 3.33kg
Tinggi 52cm

Next check up 1/10 nnt.Apala perkmbgn Rifaa

Rifaa ni kurang ramah..kurang senyum..
Day52 bru dia mula nak balas bual dgn kita.Tu pun sekejap je...hai la ank dara.
Walaupun perkmbangan Rifaa x semeriah abg abg nya..ibu bangga dan bersyukur dgn stiap pencapaian Rifaa'
Setakat ni...Rifaa' masih senang dijaga...

ibu love u


Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN