Followers

Sponsored By

Showing posts with label seronok. Show all posts
Showing posts with label seronok. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Saya Dah kurus ke???

8 bln yg lepas Terkini 2hr yg lepas

Of cos lah blom masuk kumpulan kurus lagi pun..sbb saya dulu mmg kurus lah..tp skang ni bila dirasa rasa baju yang dah mula melonggar..mestilah rasa saya dah susut lah badan berbanding 8bln yg lepas..xpelah..korang nilai lah sendiri..pape pun saya dah puas dengar org kutuk kutuk badan saya ni...pape pun saya dapat pakai banyak baju semula dgn selesa saya dah bersyukur..

Tips???

BREASTFEED je lah..sbb saya mmg xdiet setakat ni..nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL pun xmampu..bnyk lg nak guna duet..kalau ada duet terpijak..nak jugak kan..hehehe

Sunday, October 23, 2011

Tahun hadapan kami akan beraya di RUMAH SENDIRI


Rentetan dari kisah pengeluaran KWSP hari tu..sebenarnya...
Lepas kena halau dr umah sewa yang selama ini kami duduk..Kami nekad untuk membeli rumah sendiri.Saya pulak dah dapat masuk ke skim berpencen pada 1 Ogos yang lepas..
Lepas tu dapatlah saya keluarkan duit KWSP sebanyak 45 percent dari total akaun..Tujuannya utk membiayai duit pengurusan rumah baru..

Memula carik rumah kat Mudah.com.Tapi sehari je diiklankan..habis sumer terjual..Minta tolong kawan2 surveykan rumah second hand..tp tak ada..kalau ada di kawasan yang dikehendaki pun..mahal dan saya rasa mcm tak berbaloi..

Bila tak dicarik..ada plak 3 pilihan..Salah satunya rumah di atas lah..Dan 2 pilihan lagi di Saujana Putra...

Tapi bila difikir2 kan..kami tak mampu nak beli rumah kat Saujana Putra tu..harganya sudah hampir RM300K..Beli lah rumah yang termampu...

Setelah dilawati..saya dah jatuh hati dengan rumah di atas..Luas kawasan 40'x72'..Tapi rumahnya agak kecil 20'x70'..tapi saya dah suka..harganya RM220K..sbb saya amek corner Lot..Tu je lah yang tinggal..rumah ni dah siap dalam 90percent skang..Wiring sume dah..yang tinggal...pasang pintu gate dan pintu kayu tu..Serta buat jalan..

Setelah membooking dengan bayaran RM500 saya pun mengisi borang pinjaman semua lah..Sekarang ni tengah menunggu loan approve.Saya buat loan govenment...Insyaallah approve lah..

Kat mana kawasan ni?Dekat Jalan Sukepi Banting..ha a..kalau saya masih belum dapat pindah..Saya berulang alik lah dari PJ ke Banting..jauhnya..35.7km selama 41 minit jauh perjalanan..

Oh rumah ini type semi D..mungkin buat masa ni saya akan tinggal dengan rumah yang asal..xda duit nak renovate2 ni..mungkin akan datang saya nak tambah rumah tu dekat kawasan yang lapang tu..Hehehe..dijangka siap pada DEc2011...tak sabar nak duduk rumah sendiri..

Oh ye..kelayakan pinjaman untuk loan perumahan kerajaan ada lah seperti berikut:-

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000

Sunday, December 6, 2009

Macam tak percaya

Memang ada plan nak amek lesen memandu..memandangkan aku perlu pergi mesyuarat dan krsus sana sini bagi memenuhi tuntutan kerja..selama ni aku bergantung pada B je untuk menghantar ku kesana sini..itupun kalau terkenA hari B tidak bekerja..kalau tak memang garu kepala lah..kalau setakat yang dekat lokasi dgn rumah bolehlah aku naik teksi..tapi kalau dah jauh2..jenuh jugak nak membayar tambang teksi yang memang mahal sekarang..
Tapi insyaallah...aku makin menghampiri angan2ku nak memandu sendiri.Sebab esok aku akan pergi ke ....METRO DRIVING ACADEMY utk register kelas memandu..Aku dah decide nak ambil pakej GERENTI LULUS..berharga RM1200..lesen kereta sahaja..kalau pakej biasa RM900..setelah mendengar penjelasan dan membuat perbandingan dengan pakej2 lain yang ditawarkan oleh syarikat2 lain aku pun bersetuju..takpelah mahal sikit tapi berbaloi lah kot utk orang yg pengecut nak drive mcm aku ni..huhuhuhu..insyaallah..dengan cuti yg masih berbaki ni..aku akan cuba memenuhi tuntutan kelas yang aku sempat..selebihnya aku akn sambung selepas aku pulang dari sekolah..sebab tahun hadapan aku akan bersekolah sessi pagi dan terus akan pagi sebab sekolahku dah dapat bangunan bru..doakan ku mudah2an berjaya ye..aku tak mahu asyik bergantung dengan orang lain walaupun suami sendiri..

Saturday, November 7, 2009

Bila Sabtu tiba..

ihsan dr QUTREEN.FOTOPAGES.COM
Sejak sejak nak cuti sekolah ni..setiap sabtu asyik ada tugasan je..jadual pack je..minggu lepas kene pergi camping kat sekolah..minggu depan ada hari keluarga kat NUR LEMBAH PANGSUN..minggu ni pulak jadi hakim KALAM JAMAI kat SK SRI KELANA..kalam jamai tu apa?kalam jamai tu choral speaking..seronok gak..ni first time aku jadi hakim..sebelum ni tak diberi peluang..kumpuln yang masuk tak ramai..so peluang menang memang besar..jadi tadi yang menang SK KELANA JAYA 2..tahniah ye..diorang perform Best..cikgu nya pun pandai..tahniah utk SK KJ 2...so Sabtu minggu depan..nak g FAMILY DAY..nak mandi..yey..nak ajak Rikazz mandi..tp mesti sejuk kan..nanti Rikazz meraung plak.ehehehe

Wednesday, June 10, 2009

Borong baju raya

Emak ngan adik dah nak balik Johor Khamis ni..hari ni aku ambil kesempatan untuk mencari kain kain yang berkenan di hati untu buat baju raya.Selalunya baju baju aku mak yang buat.sudah sebati dengan diri kan dengan jahitan emak.rasa tak selesa kalau pakai baju hasil tangan orang lain.Adalah lebij 10 pasang kain ela aku borong.yang ok nya 3pasang je.Yang lain aku beli untuk tambah tambah koleksi baju nak wat g keje..10rm sepasang..aku belilah..bolehlah dari beli mahal mahal dpt sikit je.Aku beli sekali kain ela warna merah maroon untuk adik adikku dan anak menantu ku?ait?ntah mama QA suka ke tak..aku takde idea nak cari colour apa.tahun ni pun aku tak buat colour sedondon dengan family aku sbb tahun ni aku raya umah banting dulu..dah raya ke 3 nanti baru aku balik jhr..cumer kat banting je lah kami bersedondon..oh yer..td aku tggalkan rikazz dekat emak.Jadi panjang n pantas sket langkah.Balik rumah mak kata Rikazz muntah..malamnya waktu Rikazz bangun tido..dia minum susu..B aku panas dengan panas mulutnya.Dan aku tengok Rikazz mcm orang lalok..tak aktif mcm selalu..Walau macamana pun dia masih lagi berbual dan menegur kami yang berada di rumah.Sian Rikazz..Aku risau gak..teringat Arwah Musoddiq anak saudara Mardiana yang meninggal baru baru ini..hanya selepas muntah muntah..Mintak dijauhkan..Selepas aku bagi Rikazz makan ubat demam, barulah badannya berpeluh peluh dan nampak lebih sihat dari sebelumnya.Ramai betul baby yang demam.Tadi aku g KL jerebu..mujur tak bawak Rikazz..tengok berita elnino plak sampai September..adus..panas terik masa puasa nanti..aku rasa tahun ni aku cukup puasa ni..sbb tak haidh lagipun kan..huhuhu

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN