Followers

Sponsored By

Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Perjalananku tanpa seorang suami

Aku selalu teringin untuk travel tanpa Rizal.Bukan apa ... dia selalu beranggapan aku tidak akan mampu pergi jauh tanpa bantuan dia.maklumlah..aku ni bukan pandai baca peta ataupun signboard.
Namun... cuti raya haji ini telah menjadi titik mula untuk aku memecahkan sarang kerisauan untuk memandu bukan di kawasan yang aku tahu.
Memandangkan emak yang telah banyak berkorban menjagaku dan anak2 ketika aku sakit tempoh hari..apalah salahnya kalau aku menggembirakan hatinya dengan membawa emak bertemu dengan Aniq di Johor.
Kelakar juga bila memikirkan aku berjaya memandu dari Banting ke Plentong Johor Bahru dan patah balik semula ke Bandar Tenggara.Mengantuk memang tak terkata.Banyak kali aku berhenti di r&r.Perut yang baru sebulan menjalani laporoskopy juga agak berdenyut.Tapi ku gagahi jua demi memecahkan rekod.Suami yang selalu disisi aku tinggaljan sebab dia perlu bekerja.
Syukur alhamdulillah.perancangan awal nak baca gps tak menjadi kerana akj terus bergerak mengikut panduan papan tanda.
Kini aku di johor menyambut aidil adha di sini bersama Aniq yang telah lama tinggal sendiri.Nampak dia sangat gembira.Begitu juga emak.
Hati ini terlalu rindukan semua kenangan yang aku lalui di tanah tumpah darahku.Walaupun Selangor ada segalanya tapi Johor abadi tetap di hati.
Nak hidup kat Johor boleh tak?

Monday, September 6, 2010

Johor here we come


Alhamdulillah..setelah berbuka puasa di rumah mertua di Jenjarom Banting, kami sekereta bertolak pulang ke Johor.Dalam perjalanan keluar dari Jenjarom aku dapat menyaksikan lampu raya dipasang merata rata.Ahh..seronoknya.Kampung Jenjarom juga mengadakan pertandingan pintu gerbang Syawal pada setiap tahun.Pertandingan dikira berdasarkan kreativiti dan keindahan lampu2.Syangnya aku tidak dpt merakamkan pemanndangan itu.

Suamiku memandu dengan berhemah mengikut had laju.Kononnya nak dapat tol free.Hahaha..sekali sampai kat Tol Kulai..kena bayar daa...RM35.00..Dalam perjalanan kerja aku bangun tidur bangun tidur..Tak tertahan mata ni nak menemani suami berbicara.Mujur dia dah sediakan bekalan Power root Orang kampung.Dapatlah dia bertahan sendirian memandu tanpa henti..Kami bertolak dari Jenjarom pkl 8.30 dan selamat sampai di Bandar Tenggara pada pkl 1pagi..Budak bujang sorang tu..dah puas tido dalam perjalanan..skang berjaga..seronok sangat main...hmm..rasanya mcm nak sahur terus..Kalau tidur confirm terlajak sbb masing masing kepenatan..

Esok?plan nak ke JB..Agak agak penat kita buat pertandingan tido tido je kat rumah.HEHEHE..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN