Followers

Sponsored By

Wednesday, December 23, 2015

Jom buat potongan gaji bayar Ptptn

Assalamualaikum...
Sempena hari cuti suami hari ni dan minggu2 terakhir percutian saya nak settlekan apa yg patut disettlekan.
Pagi2 tadi dah kluar menuju ke bandar banting.
1.Pergi Bank Rakyat
Nak aktifkan akaun anak2 yg dah terdeactivate.Konon nak masukkan la duit syiling tabung diorg dlm akaun tp mesin syiling rosak pulak.

2.Pergi Bank Islam
Buat pertukaran alamat.Dah lama xdpt statement bank.Byrn kerta pun dah x banyak.X sbr nak trima geran kereta.Itulah harta pertama saya gaji saya bekerja.

3.Pergi PTPTN
asalnya xtau apa nak ckp.sy pergi ke ptptn shah alam sbb itula yg terdekat dgn jenjarom.Sampai sana..uuu ramaaai.Ni gara2 potongan mandatori ptptn le tu.Sape x risau klu kerja x bergaji?

Sblm ni sy dah 2 kli ditawarkan tukar ke ujrah.Kli pertama ms bersalinkan Riyash.Tgh dlm pantang.xkuasa mak nak ke hulu hilir masa tu.Dokumen pun bnyk nak settle ms tu.Dan kli kedua..xdan bc emel dah xpired.

So azam 2016 sy nak settlekan apa yg spttnya.
Lpas amik no..isi borang potongan gaji..isi borang tuko ujrah..submit kat pgawai ptptn.
Dia cek kan balance.Dia trus ckp nak tukokan ke ujrah then dia tnya nak byr brapa.Den pun xtau brapa ptt byr.Jd dia cdg byr la 200rm utk 15 tahun.Mls nak pikior panjang.Ok kan ajela.nnt mn tau ada rezki lebih kan bole buat full settlement.Lpas tu...dia kata nak aktifkan akaun kenala buat transaksi 500rm.
Dah le tgah gawat nak skolahkan dua anak tu...suami plak tgah xda kerja..rs nak nangis sgt...manala nak cekau duit ms ms ni..mcmn pun kenela usaha..huhu..

Xsbr nak blik rumah jumpa ank ank...

Tuesday, December 22, 2015

Penghasilan susu menurun selepas haidh

Assalamualaikum...
Saya sudah melahirkan hampir 5 bulan.Terasa pantasnya masa berlalu.Disebabkan saya bersalin secara czer sy wajib (bg saya) menjarakkan kehamilan utk kesihatan dan kemaslahatan sy sdr.Sy memilih utk mengambil noriday sbgai perancang.Pil perancang yg sesuai utk ibu yg menyusukan anak.
Ini bkn kali pertama sy menyusukan anak...bkn pertama kali sy consume pil noriday.Dua anak sblm ini pun dgn cara yg sama.
Haidh pertama slps melahirkan ketika Rikazz dtg selepas setahun sy bersalin.
Ketika Riyash awal sikit masa Riyash 8 bulan.Tp kli ini lbh awal dan x sy sgka seawal 2 bulan lbih.Sblm saya didatangi haidh pertama...penghasilan susu sy merudum...dr kebiasaan sy boleh dpt 5-7 oz utk satu sessi.Tp ketika rifaa 2 bln lbh sy pelik susu sy cuma dpt 2-3 oz je bila di pam.LDR pun kurang...puas sy cr di mana silap sy...rupanya jawapannya ternyata sy haidh awal.lbh kurg beberapa hr slps produksi sy merosot.Shingga kini 7,8,9 oz satu sessi sudah menjadi sejarah dlm penyusuan kli ini.Sy redha dgn rezeki ini.Tp mslh ni x boleh jd punca utk sy berhentikn penyusuan kan.zaman rikazz n riyash sy mmg biasa dpt 3-4 oz je tp sy berjya jayakan penyusuan 2 tahun lengkap.Alhamdulillah...

Hasil carian saya...penghasilan susu badan merudum ketika haidh akibat kekurangan kalsium ketika haidh.Jadi sy menemui cara dgn mengerapkan pam utk memenuhi demand anak..dan minum susu lah kan..atau pun ambil lah vitamin2 kalsium.
Selamat mencuba!


Sunday, December 20, 2015

Jangan hantar adik pada orang!

Ketika saya mengandungkan Rifaa...dia selalu nak marah baby dalam perut.Abang dia pula hari2 bercakap..panggil adik dan sibuk tanya adik bila nak keluar.Tp bila adik baby keluar dia kelihatan lebih pandai melayan adik baby.Nampak kasih syg seorg abg tu bila dia bercakap dgn adiknya.
*************
Hari ini kami pergi ke duniasusuibu2u di serdang utk cari brg2 penyusuan. Utk bekalan ke rumah pengasuh Rifaa nnt.Dlm perjlnn sy dah berpesan pd abg abg agar berkelakuan baik ketika di butik tersebut.Sebab ibu nak cari beg susu adik.
Saya sempat bercerita bahawa sy akan hantar adik Rifaa pd org lain.
Riyash terus sedih dan kata TAK BOLEH! TAK BOLEH BG ADIK RIFAA DEKAT ORANG LAIN.RIYASH SUKA ADIK RIFAA.RIYASH SYG ADIK RIFAA.
Nmpk dia btol2 ikhlas syg adik dia.Wlupun shingga kini dia msh lg bhasakan diri dia ADIK.

Tuesday, December 1, 2015

Selamat 4 bulan sayang ibu

Alhamdulillah...sudah 4bln Nubla bersama ibu.Semakin murah dgn senyuman.Klu dulu susah sangat ibu nak tengok dia senyum.Gambar pun semua masam masam je.Dah makin rancak bersembang.Dah pandai capai objek bila dihulur.Kalau mengiring dan kita sentuh badan dia baru la dia nak meniarap sendiri.Nampak dia takut nak tiarap sendiri.
Untuk perkembangan fizikal cuma naik 400 gram dr bulan lepas
Dan naik 3 cm ketinggian dari bulan lpas.
Yg sihat ye syg

Konvokesyen Dan Graduasi Abg Rikazz Qalby Muntasyee

Tanggal 5hb Nov 2015 adalah hari yg penting buat putera sulungku.Hari di mana dia dan sahabatnya diraikan dlm sebuah majlis yg istimewa.Pastinya kehadiran ibu dan abi amat dinanti2 dan diharapkan oleh nya.Abi nya hampir2 xdpt datang sebab bekerja.Puas ibu memujuk agar Abi nya turut serta pd hari yg istimewa ini.Sempat ibu memancing abi ' Rikazz dpt best student B x bangga ke? kesian dia kalau abi dia xda' ayat pancing yg ibu sdr xtau apa result exam Rikazz yg lepas.
Mengimbau kembali sejarah persekolahan Rikazz.Pd bulan 3 yg lepas aku terpksa berpindah ke daerah klang slpas semakan eg tukar antra daerah dijalankan.Rikazz pun terpaksa berpindah sekolah jugalah.Aku cuba utk dptkan tempat rikazz di pra sekolah di johan setia tp sygnya penuh.Aku sudah ambil kptsn utk tidak sekolahkan Rikazz sbb aku x puas hati dgn silibus sekolah swasta di sekitar rumah.Tp rezeki rikazz Ada sorang murid pra kluar dan Rikazz dpt masuk ke pra tersebut itupun stlh bln 4.
Rikazz tak dpt hadirkan diri bila aku bercuti bersalin3 bulan dan slpas itu dia periksa.Aku mmg x mengharapkan yg banyak...waktu exam pun dia tdo cepat sbb dia penat.Satu je yg aku percaya latihan yg dia buat hari2 selama ini akn dpt membantu Rikazz menjawab periksa.
Pada hari tersebut...5 hb aku menguruskan persembahan murid.Aku tak tgok pun buku atur cara.Dan aku tahu pun lepas abi nya yg bgtau Rikazz dpt anugerah TOkoh MuRid...alhamdulillah...
Ketika dia 4 tahun dia dpt tempat ke 4
5 tahun dpt Anugerah Murid Terbaik 5 tahun
alhamdulillah Rikazz dah upgrade kejayaannya...
Tahniah syg...
TOKOH MURID PRA SEK PINTAR
ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK
ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK DLM MATHS SAINS ENGLISH DAN BM.
ibu pun dpt naik pentas hari tu...Tq Rikazz..Rikazz mmg sempoi...semoga minat ini akn berterusan di ms akn dtg

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN