Bismillah
Aidil Adha yg ku nanti2 sebab telah ku siapkan jubah kecil warna biru utk puteriku Nubla.
Raya pertama yg pasti dinanti oleh ibu2 yg baru menimang cahaya mata baru.
Syawal yg lalu Rifaa msh dlm perut lagi...Kemudian kita sama sama berpantang.Zulhijjah ini kita dpt meraikan bersama.Walaupun oma xada..abi pun baru balik kerja shift malam.Agak lewat lah perjalanan kita ke rumah nenek sebelah suami.
Di sini gambar utk menjadi kenangan.
Yg pasti...gambar ini menjdi bukti kita semua hidup bersama
Followers
Sponsored By
Friday, September 25, 2015
Aidil Adha 2015
Tuesday, May 6, 2014
Abang dan Adik
Assalamualaikum.
Saya ada anak dua orang je buat masa ni.Termimpi2 kalau ada baby lagi.Kalau tak ada pun xpe,jagalah dua orang hero yang baik budi subhanaallah.
Teringat masa membesarkan Rikazz dikala dia berusia 3tahun.Itulah tahun kenakalannya yg amat sangat sepanjang 5 tahun saya membesarkannya.Semua perkara yg tak elok di tv ditirunya.Tendang adik..bergaduh bercakar sampai berdarah2 adik dikerjakan.Maka kerap juga saya mendendanya.Sangat2 tidak sabar dengan Rikazz masa tu.Lepas memarahinya saya menangis minta maaf.
Pernah satu kejadian...selepas saya memarahi Rikazz..dalam sedu sedan Rikazz datang kepada saya dan mencium saya bertubi2...seperti dia tidak pernah memcium dan dicium sebelum ni.Hati saya jadi tak keruan...Risau kalau2 tu petanda2 sesuatu yg buruk akan berlaku.Selepas Rikazz mencium saya sambil menangis...dia tertidur.Hati saya sayu yg amat sangat.Memikirkan apa yang telah dia lakukan dan apa yg saya lakukan padanya.
Dalam pada hati tak keruan itu..saya panjatkan doa sepanjang malam agar mohon Allah beri saya ruang untuk hidup lebih lama dengan Rikazz.Mohon ampunkan dosa saya yang tidak amanah dengan pinjaman Allah ini.Mohon diberikan saya kesabaran yang tinggi untuk mendidik dan membesarkan pemimpin Islam akan datang ini.
Alhamdulillah..Kini Rikazz telah pun berusia 5 tahun..seorang anak yang cepat tangkap pelajaran walaupun kuat berkhayal.Ini respon cikgunya pada Rikazz.Segala kenakalan Rikazz semakin berkurangan...Kalau yang tinggal..nakalnya menyakat adik yg tak hilang2.Suka mendengar adik menjerit dan menangis.Tapi dengan rakan2 Rikazz agak sabar jugalah...
Sekarang masa untuk saya menghadapi adik Rikazz yg memang saya pasti inilah masanya yg paling menguji saya.Riyash pula suka sangat meludah,menjerit dan menumbuk2 perut saya.Tenaga lelaki walaupun kecil tapi kuat.Tapi saya selalu ingatkan diri saya agar tidak bertindak keras seperti Rikazz dahulu...mulut dan rotan tetap ditangan...Tapi kalau saya tak tahan sangat dengan apa yg dia buat saya tinggalkan dia sendiri dan berkurung dalam bilik untuk beberapa ketika.Itu lebih baik dari melayan api ketidaksabaran saya yg memang tak sabar ni.
Namun baru sekejap tadi dia mengulangi perangai meludahnya sehingga basah baju dan badan saya kerana air liurnya..Saya tak tahulah..memang pantang betul...saya marah dia dan suruh dia naik atas katil.Berbanding Rikazz Riyash lebih memahami dan terasa bila dimarah.Tidak sampai beberapa minit dia dah pun tidur. Tidur dalam kesedihan dimarahi oleh saya.
Sampai hari ni saya berfikir...dari mana dia belajar meludah untuk mempertahankan dirinya...
Tahun depan Riyash 4tahun.Tiada pilihan saya perlu menghantarnya ke sekolah.Dia pun dah pandai berkawan...
Bila merenung wajah2 tulus mereka...hati ini terlalu ingin buat mereka bahagia...tidak ingin melihat mereka menitiskan air mata.Tapi ada perkara yg boleh dibiarkan dan ada yg tidak.
Saya masih ingin mencuba menjadi ibu yang baik buat mereka.Doakan saya dan anak2 saya.Amin
Monday, October 7, 2013
Rikazz Dapat No 4 tapi no 5
Salam kawan2 Rikazz sume.Kali ni Rikazz pulak berblog.Rikazz sekarang dah sekolah.Rikazz sekolah dekat Ttdi education centre.Kat mana? Dekat Taman Sri Manja.
Tiap2 pagi Rikazz bgun pagi2..rikazz naik kereta dengan ibu lpas Subuh.Sekolah Rikazz jauh dengan sekolah.Tapi rikazz suka.sbb dapat jumpa Haikal Ikin aman Radhan ( Aiman Ramadhan).nama cikgu rikazz cikgu Intan.
Tapi Rikazz selalu jugak tak dapat datang sekolah kalau ibu kena pergi meeting atau mesyuarat kat tempat lain.Ibu sakit..ibu kena masuk hospital.Rikazz tak dapat pergi sekolah dah dekat 2 bulan.sekali sekala je pegi.Tu pun bila abi cuti.Ibu tak boleh jalan tak boleh drive.
Rikazz sedih.Bila Rikazz pergi sekolah trus exam.Rikazz exam bm maths n english.bila ibu pergi jumpa cikgu ibu tanya result exam rikazz.rikazz dapat
BM 98
ENG 88
MATHS 92
Keseluruhan no 4,tapi cikgu kata kat ibu no 5
Skarang Rikazz tgah berlatih nyanyi utk persembahan hari konvo.Tahun depan Rikazz tak sekolah kat TTDI GENIUS lagi.Tahun depan Rikazz 5 tahun.Ibu kata nak hantar pergi pra sekolah tempat ibu.tapi tak tahu dapat ke tak.
OH ye..ibu hadiahkan Rikazz Kfc ( samsung galaxy).sbb rikazz dapat no 4.Ibu bagi hadiah sbb Rikazz sedih Rikazz xdapat hadiah kat sekolah.Tq ibu.Rikazz suka.
Saturday, March 17, 2012
Rikazz dah pandai eja?
Bila pulang dr sekolah emak bagitau..LONG..RIKAZZ DAH KENAL HURUF BANYAK.CUMA Z JE BLOM KENAL...aku pun jwb ye ke?sedih juga sbb tak dpt jadi org pertama yg menyaksikan kemajuan dia plus sedih sbb aku seorang cikgu namun tak dapat mengajar anak aku sendiri...
Sebelum tidur aku selalu ajak Rikazz main ipad mainannya itu..Di situ ada soalan soalan seperti
Where is the letter...
Where is ...
Selepas emak bagitau aku kisah Rikazz petang tu..aku tengok n ambil video Rikazz menjawab soalan soalan dr ipad.Not bad Rikazz boleh jawab hampir kesemua soalan.Baru terfikir..berbaloi pelaburan aku membelikan pelbagai game yang berunsurkan education padanya walaupun entah berapa banyak yang hancus dek kerana belum sampai masa kesedaran Rikazz untuk belajar.
Beberapa hari selepas itu..mak bagitau lagi..LONG..RIKAZZ DAH KENAL SEMUA HURUF BESAR DAN KECIK..DIA AJAK MAK EJA KAT BUKU HAIWAN DIA.RIKAZZ LAGI PANDAI dr LONG LAH SEBAB BARU 3TAHUN DAH KENAL HURUF..ALONG DULU DAH 6TAHUN BARU KENAL HURUF. (Huhuhuh..emak ni..along kenal huruf terus pandai membaca..ok lah..bg Rikaz menang lah)
Sejak emak bgtau tu..Rikazz asyik mengeja je..cara dia mengeja sebutan omputih..dah cikgunya omputih..tapi dia belum pandai bunyi.Yg kelakar beberapa perkara terjadi
1. M.E.G.A.S.T.E.E.L bunyinya KERJA (eja word belakang uniform abi dia)
2.K.U.D.A B.E.L.A.N.G bunyinya ZEBRA..
3.E.L.E.P.H.A.N.T bunyinya GAJAH
begitulah peristiwa yang terjadi,Untuk pengetahuan rakan rakan..Rikazz ni berjalan awal..mula 7 bulan dah bertatih.Tapi dia bercakap agak lambat.Ketika usia nya 2tahun sebulan selepas dapat adik.Saya bersyukur krana walaupun dia lambat bercakap dan masih banyak yang pelat tapi dia dah mula menunjukkan minatnya belajar.
Hobi Rikazz sekarang tengok tvIQ di astro.kartun dia cuma suka BOLA KAMPUNG...WONDERPETS UPIN IPIN dan BOBOIBOY.saya sgt risau kalau dia hantu tv nanti kalau dah sekolah memang susah sikit nak suruh blaja.
Bila melihat perkembangan Rikazz saya rasa saya dah boleh teruskan utk proses dia membaca..Tapi Rikazz ni lambat sikit kalau disuruh menghafal.jadi doa doa surah surah dia belum boleh ingat.Dia MENGENAL..bukan MENGHAFAL..
Setiap perkembangan anak memang tak sama.Sebagai ibu bapa kita harus nikmati setiap perkembangan mereka.Tahniah Rikazz
Saturday, January 21, 2012
Hasil kerja Rikazz

Ni Rikazz tulis sendiri..kat atas nya ada tulisan ibuRikazz belum pergi sekolah walaupun dia dah nak sangat sekolah.sangat pandai bersosial..peramah..tapi rikazz masih pakai pampes lah...tapi rikazz dah pandai tulis...dah pandai bentuk kan huruf dgn plastisine..ibu cuma buat dan rikazz tengok rikazz tiru...huhuhu..ibu suka sangat ..Tp rikazz ni blaja x menghafal..dia kenal...nak tgok gambarnya?
Thursday, January 12, 2012
Rikazz is 3
Mula-mula sekali ibu nak ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerna memberikan ibu rezeki dan kesempatan untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran anak sulung ibu yang baik budi ni..
Kalau dulu..ibu akan nantikan saban bulan untuk menantikan perkembangan Rikazz namun kini ia lebih bererti apabila tarikh 11 Januari menampakkan diri.
Sebulan sebelum kedatangan hari ni..ibu dah plan dah apa yang ibu nak buat untuk Rikazz.Ibu tak akan adakan sambutan dengan menjemput orang lain...sebab ibu dah buat untuk Rikazz waktu Rikazz setahun..Tapi ibu tetap akan adakan sambutan bersama keluarga kecil kita.
Alhamdulillah..tahun ini hari lahir Rikazz terkena pada hari Rabu..Abi keje malam..ibu pulang lewat sebab ada aktiviti koku di sekolah.Dengan tak beli apa apa..memang agak letih..nak mengharungi jam petang Rabu pergi beli jajan jajan..abi beli bahan basah utk dimasak..oma berperang di dapur memasak...
Namun seperti yang dirancang walaupun kita sahaja..tp ibu lihat Rikazz gembira..menyanyikan lagu hari lahir..potong kek..Ibu nak cari topi tapi x ada..jadi ibu gantikan dgn topeng..
Terima kasih juga buat Daddy Mummy dan Faiqah yang sudi memeriahkan majlis dan membuat Rikazz "nangis"..hahaha..memang seronok...
Sempena hari lahir Rikazz yang ke 3 tahun.Tiada lain yang ibu harapkan selain kebahagiaan Rikazz..Semoga Rikazz membesar sebagai anak yang soleh..bijak..abang terbaik kepada adik2...Ibu sayang Rikazz
p/s : Tak sabar nak tggu waktu nakal Rikazz berlalu
Wednesday, November 23, 2011
Dah lama tak cerita pasal Rikazz Qalby kan?
Ha..kali ni saya nak cerita pasal Rikazz Qalby Muntasyee.Siapa???Dah tak ingat??Alahai..ni kisah anak sulung saya lah...
Rikazz skang dah 2tahun 10 bulan.2 Bulan je lagi nak sambut besday dia yang ke 3 tahun.Dah beso anak ibu kan.Makin hari makin nakal.Memang selalu buat pasal.Nampak sangat dia nak curi perhatian kami supaya layan dia.
Selalu je kena cubit dengan ibu.Ibu dia ni cikgu garang..jangan tak tahu...Rikazz ni kalau saya ajo bukan dia nak ikut pun.Dia buat main main je.Last last..saya malas nak paksa dia.Kalau paksa pun dia terseksa buat apa.
Takpe..belum sekolah kan?Ibu follow je lah.Nanti kalau dah sekolah buat perangai jugak siaplah Rikazz ye.
Rikazz ni sekarang..tiap tiap malam minta saya bacakan buku cerita.Tapi bukan saya yang bercerita..dia yang bercerita.Dia akan cerita apa yang dia nampak melalui gambar2 yang ada kat buku.
Dengan adik dia???Uiii..garang..asyik membebel je kat adik.Sebenonya refleks dr ibu dan abi marah dia hari2 lah.Pantang ada barang tercuit sikit..mesti dia membebel kat adik dia dengan muka muka sekali...
Yang bestnya..bila adik nangis je dia pukul n marah adik tu.Tapi rasanya saya xda marah dia kalau dia nangis kesakitan..takde ye..
Masih belum bebas diaper lagi.Niat dihati ibu nak ajo dia dalam masa cuti sekolah ni.Kencing berak dia pun dah banyak.Dah tak tertampung dek diaper tu..
Masih lagi menyusu dengan saya.Tapi dah jarang jarang sangat.Jadi kalau dia dah nak sangat tu..bagi je lah.
Tapi bila dia hisap dia akan tengok..Rikazz kata
"Ibu..darah bu"Sian ibu"..dan meninggalkan susu ibu tu kerana kasihan dengan ibunya..Saya harap tindakan saya tidak memutuskan susu ini betul.Saya tidak mahu memaksa dia putus susu kerana takut emosi dia akan terganggu.Saya percaya masa dan waktu akan mematangkan dia dan seterusnya dia sendiri akan membuat pilihan untuk meninggalkan susu ibunya.
Rikazz ni seorang kanak-kanak yang pandai bersosial.Dia boleh tinggalkan ibu dan abi ni kat pasaraya semata-mata nak main kat playground.Dia nampak gembira sangat bila bersama kawan-kawan.Memang peramah walaupun masih pelat-pelat lagi.Dah sibuk nak sekolah.Tapi ibu belum dapat sekolahkan Rikazz lagi umur 3tahun ni.Sebab kita belum tahu kat mana kita nak tinggal tahun hadapan..Jadi rasanya umur 4tahun nanti dah sangat sesuai lah kalau Rikazz nak sekolah kan,
Rikazz ni sayang sangat dengan sepupu dia satu-satunya Faiqah Mu'affah.Kalau faiqah datang rumah kerja melekat je sebelah Faiqah sampai naik risau saya melihatnya.Bukan apa..Risau terduduk dek faiqah tu nanti...
Saya memang garang dengan Rikazz.Tapi saya garang kalau Rikazz buat salah.Mungkin sekarang dia tak faham kenapa saya marah dia.Tapi lama-lama nanti dia akan tahu yang saya marah tu kerana dia tak sepatutnya berkelakuan begitu.Kalau Rikazz tak buat hal saya masih manjakan dia mcm dulu..
Itu cara saya..setiap orang ada cara masing-masing kan..
Saturday, July 23, 2011
Segalanya kini

Susah gak bila tak melanggan broadband ni kan..Beginilah kalau dah miskin makan biskut..Huhuu..Di kesempatan ini saya nak lah citer perkembangan saya dan anak anak saya sikit
Saya
Ha..kalau sebelum ni saya ada buat post SAYA GEMUK kan..saya dah kurus???ekekeke..kurus ke?Xdalah...tapi saya bersyukur sangat sbb berat saya masih turun lagi.Kalau dalam masa dlm pantang dulu..sehari turun sekilo kemudian statik..skang ni sebulan turun sekilo dan kini saya telah mencapai target dah...65kg...Masih berat?Mmenag lah masih berat..pas tu tinggi saya 160cm je..dan nampak katik ye?Tapi saya suka sangat..sbb sebelum ni saya rasa mcm mustahil nak capai 65kg ni memandangkan saya mencapai 84kg sebelum bersalin dan hanya turun ke 78kg selepas bersalin..
Diet???Tak..saya xdiet dan xmkn pape pun ubat diet..Tu yg lambat tu..ubat saya hanya BREASTFEEDING...selepas 5bulan bersalin dan saya telah turun 19kg...ok tak ok tak?Tapi shape memang fail lah..hahaha..xkisahlah..yang penting banyak baju dah muat..Insyaallah kalau boleh saya nak kembali ke sebelum peknen 60kg..Tapi mungkin tunggu baby saya 10bulan kot...
Rikazz
Rikazz sekarang dah semakin matang..makin nakal namun dah mula pandai jadi abang..Jeles masih ada tapi saya cuba utk melayan dua dua sekali agar Rikazz tak rasa tersisih..Alhamdulillah...Rikazz dah pandai membebel kat adik kalau adik dia merayap entah kemana-kemana...dia akan panggil mcm ni...
ADIK..CINI..ISHH...CINI CEPAT..YA ALLAHUAKBAR..ha..tu lah gaya dia membebel kat adik dia..
Riyash
Budak ini dah 5bulan skang..berat 7.1kg..dan tggi alahai ketot 62cm je...dah capai apa yg bebudak 5bulan boleh buat..dia suka dok dlm walker dan memang dah pandai mengemudi walker dia..dan dah mula berminat kpd hp ibu dan laptop...Masih lg berguling2 kalau nak bergerak atas lantai..takde combat crawl dan ngangkat punggung tu dah boleh sgt...
ok..tu je..
Saturday, November 27, 2010
Dia yang bernama Rikazz Qalby Muntasyee
Jam di dinding telah menunjukkan pukul 2.45 pagi.Tapi aku masih lagi menghadap laptop ini.Selalu mata ini cepat sangat nak tertutup.Tapi malam ini terasa mood rajin pulak nak join contest2 (walaupun tak pernah menang). Dah terlanjur berblogging teringat nak cerita tentang anakandaku yang sulung ini.Dah lama kisah Rikazz menyepi dari blog ini.Sekarang asyik cerita pasal Riyash je ye..Oklah memandangkan aku menggunakan broadband prepaid..maka haruslah ku post dulu semua cerita ni sbb lepas ni entah bila blog ini akan bersinar kembali.
Tentang Dia...
1. Rikazz dah 1tahun 10 bulan
2. Dah tak takut dengan mop dan lampu kelip kelip lagi
3.Menggelarkan dirinya Bibi (QALBY)
4.Memanggil aku bu..oma dia mak..ucu cu..abah bah..daddy ngah ngah..
5.Dah dapat bezakan antara kucing dan anjing.Sebelum ni kucing ke anjing ke sume man ( sempena nama laxman anak anjing jiran sebelah rumah).Sekarang dah panggil nyau..cat 6.Lebih pantas belajar melalui video...Jadi aku telah merakan banyak video dalam hp utk tatapan harian Rikazz.
7.Mengira 1..2..3..6..7
8.Selalu habiskan kredit phone ibu n abah untuk call dan sms dan mms tah sesapa saja. 9.Dah boleh diharap...pulang botol susu kat dapur..buang pampers sendiri dalam bakul sampah..tolong masukkan baju baju kotor dalam bakul kain dan mesin basuh.
10.Dah ada 16 batang gigi
11.Masih nenen dengan ku..walaupun baru kuar air sikit2 utk adik 12.Minum susu Dutch Lady 123
13.Sangat rajin membaca ..apa jua bahan bacaan atau kertas atau apa apa saja yang bertulis akan dibacanya dengan bahasa dia.
14.Berminat dengan semua jenis sukan.Sangat teruja bila ada paparan sukan di media massa
15.Dah tahu nak guna cd player dlm kereta dan dvd player dekat rumah.Hari2 tiap2 pagi pasang cd nursery rhymes sendri...
16.Akan menjadi abang dalam tempoh 2bulan dr sekarang...
Rikazz masih lagi belum dapat bercakap banyak.Memang dulu aku agak risau..Tapi kini melihat perkembangannya hari kehari..Aku yakin xada apa yang perlu dirisaukan kerana dia ada kelebihan sendiri dan cara belajar yang berbeza antara satu kanak kanak dengan kanak kanak yang lain.
Friday, October 29, 2010
Bersiaran semula kawan2
Salam kawan2 semua..
Maaf sangat sangat kerana sudah lama tidak bersiaran di blog yang tercinta ini.
Sebab2nya :
1. Laptop rosak lepas broadband rosak
Alhamdulillah...laptop ini sudah kembali beraksi.Syukurlah krn banyak kerja yang perlu dibereskan di hujung tahun ini.
Nak cerita sikit pasal kehamilan ini..Alhamdulillah..sudah 25minggu..Baby sudah semakin aktif dan sihat.
Rikazz pula sudah maju lah sedikit vocabnya walaupun masih banyak baby words nya.Sudah pandai menyanyi dan menyebut liriknya..
Semalam ...
Xda kerja..bawa Rikazz naik LRT dari Taman Jaya ke KL Sentral pkl 10 MLM.saja saja lah..nanti Rikazz tak kenal pula kemajuan dan teknologi yang ada di KL ni..nama je lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tp xtau pasal LRT kan..hehehe..Rikazz nampak excited tp dia ngeri bila LRT tu bergoyang2..
Ok lah..nanti ada apa apa kita jmp lg...
Sunday, August 22, 2010
Bila Rikazz takut lagi
ihsan whizbabe.wordpress@googleDulu dia takut dengan mop.Sampai sekarang tak hilang lagi takut dia pada mop.Tapi kini dia ada ketakutan baru.Tahun ni aku excited nak menghias rumah untuk raya.2Tahun sekali..tukar langsir dan bunga.Memandangkan rumah aku ni rumah pangsa..macamana nak pacak lampu raya kan.Jadi hati tu teringin gak nak rumah tu nak nampak terang benderang.Lalu aku g Mydin USJ aku belilah lampu kelip kelip yg rope tu dengan harga 3o lebih kot.
Sampai umah excited lah nak pasang lampu tu.Tup tup aku tengok Rikazz dah keras atas kerusi.Kepalanya tunduk ke lantai mcm org bersalah.Seminit kemudian dia menangis.Kami sekeluarga panik.Ingatkan Rikazz sakit.Rupanya dia takutkan lampu tu.
Selagi kami x bawak dia lari dari lampu tu..sekuat2 hati dia pejamkan matanya.Demi nak melarikan diri dari lampu Rikazz berjalan dalam keadaan pejamkan mata sambil meraba raba.
Sian Rikazz.Tak tahu apa perasaan dia pada lampu tu.
Semalam balik umah mertua di Jenjarum.Aku suruh adik ipar beli bunga api.Main kat rumah kampung ni seronok..Bila aku perhatikan Rikazz tak takut pun bunyi mercun berdentum dentam.Steady je..Mesti dia tak takut dengan bunga api.
aku pun belilah sekotak.RM15..Dengan excitednya aku pasang.Tahun lepas Rikazz memang suka tengok kami main bunga api.Tergelak2 dia.Tup tup dia nampak percikan bunga api tu dia nangis.Sama jugak..pejamkan mata..Ketawalah atok Timyati Rikazz.Dia kata tak pernah tgok budak takut bunga api.Selalu budak suka.Maka terbantutlah hasrat ibu dan abah nak main bunga api untuk Rikazz..huhuhu
Friday, August 20, 2010
Mengubat Rindu
Lama aku tak berblogging kerana aku alahan pada laptop dan yang seumpama dengannya.Alhamdulillah kini usia kandunganku sudah melepasi trimester pertama.Hanya beberapa hari sahaja lagi kandungan ini akan menjangkau usia 4bulan.
Sepanjang kehamilan ini..aku jadi cerewet pada makanan..susah nak cari makanan yang membuka selera sehingga berat badanku jatuh.Namun sekarang sudah kembali ke asal.60KG.
Selama aku menjalani hari hari bersama kandunganku ini..hati selalu risau..memohon perlindungan dari Allah agar memberi kekuatan kepada bayi kecil dalam rahim ini agar kuat menjalani hari hari pembesarannya.Risau ku terlalu tinggi sehingga aku menjaga kandungan ini lebih dari aku menjaga kandungan sulung.Bukan apa..pengalaman kawan2 sekeliling yang gugur dan kehilangan anak amat menginsafkan aku.Aku memang menanam rasa redha seandainya anak ini tidak dapat bersamaku lebih lama namun aku sentiasa mohon pada Illahi..Alhamdulillah...
Selepas pulang dr sekolah hari ini..aku telah bertemu doktor untk menjalankan ujian imbasan.Terharu aku melihat si kecil sedang bermain2 di dalam perut ibunya..menendang terlentang.Walaupun seketika cuma namun aku puas menyaksikan anak itu membesar dalam rahimku.Sedangkan kali pertama aku melihatnya di usia kandungan 6minggu hanya sekecil daging.Kini sudah lengkap anggotanya.Baru puas rasa hatiku kerana selama 4bulan ini aku tidak dapat merasakan adanya manusia di dalam rahimku.Mungkin kulit perut sudah menebal...Namun kini aku yakin dan semakin yakin membesarkannya.Insyaallah..
Anakku Rikazz?Sudah banyak akalnya..vocabnya juga sudah bertambah.Dan dia sudah pandai mencukur janggut..sambil memandang cermin..Sungguh menghiburkan dan mengundang suara tarzan ibunya..Doakanku semuanya berjalan lancar
Thursday, June 17, 2010
Yang Dulu dan Yang Kini

Thursday, June 3, 2010
Kering Darah
Tuesday, May 11, 2010
Rikazz dah Setahun 4 Bulan @ 16 bulan
Alahai..sejak dia mencecah usia setahun dah jarang update kisah Rikazz ni..kadang2 lupa plak yang hari tu 11hb. Mcm hari ni..dah sampai sekolah baru perasan hari ni 11 Mei ckp usia Rikazz setahun 4 bulan.Dah balik umah baru ler wish kat Rikazz
Epi besday Rikazz..boleh ke mcm tu
Sejak Rikazz besar ni..mcm tak nampak sangat perkembangan Rikazz..xda lah mcm masa dia kecik.Dari bulan ke bulan ada je perkembangan dan pembesaran yang sangat jelas di pandangan.
Apa update pasal budak butaks ni ye..Tengok skett
Masih ber"bahasa perancis" lagi...
Dah boleh lukis bulat2..walaupun masih belum kemas
Dah pandai on dan off laptop ..bukan sekadar godeh je.Dia dah tahu apa fungsi setiap button
Dah pandai makan nasi sendiri
Tolong aku menyapu..Kalau ibu pegang penyapu cepat2 Rikazz ambil penyodok
Kebanyakan benda dia dah tahu apa fungsinya..cnth earphone letak kat dlm telinga
Pengorek telinga untuk korek telinga..
Alamak..lupa lah...macamana ni?Ni lah alkisahnya kalau tak dicatat..memang lupa..Takpelah..nanti kalau teringat lagi tulis lagi ye..Rikazz Qalby..im sorry..
Friday, May 7, 2010
Bila Dia Ketakutan


Sunday, May 2, 2010
Aduhai budak butakss
3.Abah Rikazz- Butaaak

masa ni masih 67kg