Followers
Sponsored By
Monday, October 24, 2016
Monday, November 4, 2013
Hari Kanak- kanak
Untuk kali keduanya bagi 2 tahun berturut2 tak dapat menyertai kemeriahan hari kanak2 di sekolah.Sebabnya terpaksa bertugas di luar.Tapi walaupun tak ada di sekolah hari itu saya tetap memberi sumbangan melatih kompang.Yang bestnya persembahan tu dapat no satu.kemain seronok murid2 tu memberitahu saya.
Antara aktiviti yang dijalankan
1- fesyen syow
2- lakonan
3- kompang formasi
Sekolah anak kawan2 mcmn?
Wednesday, October 30, 2013
Outstation di hujung minggu
Untuk pertama kalinya aku akan outstation tahun ni.Cewah...ada ke cikgu outstation?
Ke mega crystal kuala selangor.
Ditemani suamiku kerana aku tidak pernah ke sana sebelum ini.Aku akan membuat pembentangan untuk introduction of arabic language in primary school di hadapan guru2 jqaf baru seluruh selangor.ewah..mcm seminar pulok.Doakan segalanya lancar k
Friday, October 18, 2013
Bahasa Arab subjek wajib di sekolah rendah
Assalamualaikum semua.
Mungkin masih ramai parent yang tak tahu kewujudan Bahasa Arab di sekolah Kebangsaan.Alhamdulillah ..sudah 9 tahun Bahasa Arab dan Al Quran bertapak di sekolah rendah dan diperkasakan di sekolah Rendah.Syukur alhamdulillah saya di antara insan terpilih untuk menyuburkan bahasa Al Quran ini di sekolah rendah.Masih ramai yang confuse berpikir kalau saya guru bahasa arab sekolah agama...bukan.Saya guru bahasa Arab sekolah kebangsaan sekolah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untung kanak2 hari ini..mengenali Bahasa Syurga ini seawal 6 tahun di pra sekolah sekolah kementerian pelajaran malaysia dan 7 tahun di sekolah kebangsaan.Sistem bahasa Arab di sekolah rendah lebih kepada komunikasi harian.Bukan menghafal..
Sejak Kurikulum baru diperkenalkan Bahasa Arab di sekolah rendah sudah menjadi subjek yang sama penting dengan subjek 2 lain.Tahun hadapan Kssr sudah menginjak ke tahun 4.Adalah penting bagi ibu bapa mendalami bahasa ini agar kita dapat membantu anak2 membuat ulangkaji dan latihan di rumah.
Mungkin ramai yang tidak sedar dan ada rakan2 parent yang tidak tahu.Jadi kepada ibu bapa yang anaknya akan memasuki tahun 1 tahun depan bersedia ye.Jangan terkejut!
Wednesday, September 5, 2012
Cikgu pun polis trafik
Hr ni utk pertama kalinya aku menjadi pengiring..guru pengiring utk murid2 ku yg menjadi peserta Kem Bina Juara.kira hr ni perjlnn yg pnjang.Dr Jenjarom ke Pj..kmudian dr Pj ke Kota Damansara..
Yg lawaknya..ms di tol NPE..tetiba smartag wat hal.aku beralih ke Touch n Go..tak pnh guna ni..tp mmg memalukan bila tak sampai nak touch smpi terpaksa buka pintu ketw.Nampak mmg cuak.huhu..
Sewaktu di sana..kami yg buat modul kem ni disuruh handle mknn peserta.pndai2 la kami buat kerja kan.bagi bagi kerja sdr..maka nmpk la ustaz ni bertindak melancarkan perjLnn masa mkn.sebijik mcm POLIS TRAFIK kan??
Tuesday, September 4, 2012
Dah isi pun eg-tukar!
Sungguh..saya melalui detik2 perjalanan yg agak perit ketika awal pembabitan saya dlm bidang pendidikan..saat sy memperjuangkan hak sy mendapatkan waktu utk mengajar Bahasa Arab di sekolah..sy diherdik oleh bos di hadapan murid2.
Tp itu semua 5 thun yg lepas.Kini..pentadbir2 itu telah tiada..Digantikan dgn pentadbir yg lebih baik.Bermula dgn pertukaran PUAN HJH SARIFAH RAFEAH..kemudian ENCIKFADZLI dan guru besar yg muda dan sgt sporting PUAN ROSLINA.sy juga smakin rapat dgn kwn kwn sekerja.mereka bnyk membantu sy slma ini.Dulu sy tak pernah berfikir dan terfikir utk bertukar sekolah.Namun setelah menetap di Banting dan terpaksa berulang hari2 sejauh 90km pergi blik pun sy msih tidak berminat utk meninggalkn sekolah itu.Sy rasa saaayang sgt dgn kwn2 di sana.
Tp tahun ini sy isi juga,eg tukar.tanpa,hati yg nekad utk berpindah..dan 2 september sy pun tlh berjaya menembusi eg tukar..keputusannya???bln oktober nnt..saje suke suke
Saturday, September 1, 2012
Jom tukar sekolah!
Tajuk mcm senang kan?tp hakikatnya susaaaah..kwn sejawat sy 12 tahun mohon pindah.tak dapat2.negeri2 yg susah ni kan..kelantan..kedah..menang payah.tp cube minta msuk Johor..senang je.tp saya nk pindah ke kuala langat je..hati xda di kuala langat ni.hati saya hanya di petaling jaya.walaupun pd mulanya susah sy nak hadapi hari2 terawal sy di sekolah tu..tp kini segalanye berubah..saya sgt menyayangi sekolah dan isi nya.
Mcmn nak tukar?
Saya kena isi eg tukar.katanya 1 september ni dah buka..sy isi je la..tu pun menikirkan ank ank..thn depn rikazz nak sekola.tp disebbkn mslh pekerjaan sy ni sy x dpt pastikan kat mn nak survey sekolah.
Doakn la yg terbaik utk sy k
Tuesday, June 26, 2012
Ustazah dah mati..
Melalui hr ini memg memenatkn bagiku..dengan data yg xsiap dan laptop yg bermasalah..memang..ku buat buat gagah..dlm xdaya ni ku truskan juga tugasan..kelas terakhir berakhir pd 1 ptg..mereka terdiri dr murid pemulihn thn 2.selps mengajar aku duduk memerhatikn mereka buat lathn.dlm xsedar rupenye aku terlelap..aku msh dgr segalanye tp aku xmmpu buka mata..murid murid tu...
GOYANG USTAZAH CEPAT .tp bla aku xbergerak...ALAMAK..USTAZAH DA MATI..MCMN NI..KITA BUAT KERJA KITA LAH..aku dgr semuanye tp aku xmmpu nk buka mata.apabila ku buka mata..siap tugasan mereka
Sunday, January 29, 2012
Trend nama murid tahun 1 2012
Memang pola nama ni tiap2 tahun akan berubah..bagi tahun 2012 ni nama nama yang glamour ialah yang bermula dengan
PUTRA
PUTRI
bagi nama PUTRA ialah PUTRA NOORAFDLIN & PUTRA CARL AIRIEL
bagi nama PUTRI ialah PUTRI RAHAMATHUNNISAA' dan PUTRI NOORADILA
nama lain yang menjadi tumpuan saya seperti
QAWIEM ARRAIMIE..
AN-NURRUL NADWAH
anda...bgmana?
Saturday, October 29, 2011
Hari Kanak-kanak
Baru je tadi...sekolah saya mengadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah.
Beginilah cikgu..dan beginilah sekolah.Pelbagai aktiviti dan program diadakan untuk menarik minat murid datang ke sekolah.Lepas satu..satu program..Pas ni..mggu depan pulak ada minggu Kerjaya pulak.
Minggu kerjaya kita citer kemudian k..Untuk program hari ini..saya adalah salah seorang AJK Persembahan.Dek kerana request dr guru besar untuk choral speaking..saya pun buatlah..saya gabungkan antara murid tahun 6..tahun 2 dan tahun 1..Macam tak percaya tapi satu kombinasi yang bagus.
Walaupun tak perfect tapi bagi saya cukup bagus.Dengan masa yang suntuk.Mereka dapat menyempurnakan persembahan dengan baik.Tak kira kecil atau besar..Yang penting ada komitmen dan kehendak serta disiplin...pasti menjadi...
Saturday, January 22, 2011
Trend nama murid tahun 2011
Jadi..sebelum saya melolapkan mata..dan sebelum terlupa saya nak share le kat cni..tahun ini nama yang menjadi permasalahan kepada guru guru sekolah saya ialah nama murid perempuan.
Kenapa jadi masalah?sebabnya..dalam satu satu kelas tu ada beberapa org nama yang sama sebutannya dan parent plak kat umah panggil nama mereka.Bila sebut nama tu..semua bangun..aduhai..
Mari kita survey..apakah nama nama popular bagi murid tahun 1 2011 di sekolah saya..sekolah anda?Xpasti pula saya...
ha..dengan bermacam jenis ejaan untuk membezakan..
1.NUR HAWANIS ALYYA
2.NUR ALIYAH SAFIYAH
3.NUR FARAH ALYA
4.NUR ALEYA
1.AKMAL FIKRI
2.AKMAL SHAMIN
1.DANIAL HAKIM
2.ADRISH DANIAL AMSYAR
1.AINA NATASYA
2.PUTRI IXORA NATASHA
3.AINATASHA
Nama pelik pulak..ada satu je
CALEB CARDOZA CARL
xtau ayah dia berbangsa apa...
HESKEY NIGEL
yang ni org sabah
Ni antaranya lah..cikgu2 yang lain?mcmana?
Monday, January 3, 2011
Hari Pertama pergi sekolah

Ops..bukan saya ada anak yg pertama kali pergi sekolah.Saya lah yang pergi sekolah.Yelah..saya kan cikgu.
Sebelum cerita pasal 3Jan2011 iaitu hari pertama murid2 bersekolah..saya nak ceritalah sikit beberapa peristiwa yang telah berlaku waktu2 nak sambut tahun baru.
1.Minggu lepas dah mula bertugas di sekolah.Dengan mesyuaratnya..gotong royongnya..sangat penat.
2.Tengah penat2 di sekolah terpaksa berkejar ke Hospital Teluk Intan kerana dapat berita nenek suami sedang nazak.Alhamdulillah..saya sempat membacakan surah yassin di telinganya.Dengan nafas yang terputus2..semput..Pengalaman tengok orang nazak..Nafas yang berat dan tersekat-sekat..Tiap kali nak tarik nafas..nenek akan tendang2 kakinya..Mungkin kesukaran bernafas..
3.2 hari lepas melawat di teluk Intan..31hb Dis..nenek pergi menghadap Illahi.Pulang dr sekolah berkejar ke Tg Malim pula..Nenek dikebumi di sana..Semoga nenek ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Al-Fatihah utk allahyarhamah SUPIAH..
4. 31 Dis juga adalah hari lahir emak yang ke 52 tahun.Epi besday mak..Sutimah Ali..dapat belikan mak kek je..
5, Tahun baru..merupakan tarikh lahir nenek Supiah yang sepatutnya ke 71 tahun..kami sambut dengan mengiringi jenazah ke kuburan.Di situlah nenek bersemadi.Di Felda Gedangsa..
Baru boleh cerita pasal HARI PERTAMA PERGI SEKOLAH
Saya juga beli kasut baru..tapi xdapat beli beg baru..dan belum berkesempatan membeli alatan tulis baru.
Hari pertama di sekolah yang baru...maksud saya bangunan baru..Saya mengajar 3 kelas hari ini bersamaan dengan 4 waktu mengajar.
Walaupun letih dan sakit di vagina saya..Tapi saya seronok bertemu murid lama dan baru..
Sepanjang jalan ke sekolah..saya suka melihat adik adik ke sekolah berpakaian sekolah baru..Beg baru..kasut baru..baju baru..sangat indah pemandangan itu.
Masuk kelas tahun 1..kena buat ujian diagnostik...
Antara kerenah murid
1. Menangis..biasalah...sbb nak balik..mak suruh saya balik sekarang (Syahrill Syahmi)
2.Suruh berdiri bagi salam- Tak mahu..alasannya..Kaki saya gatal..tak boleh berdiri (Aina Natasya)
3.Saya tak nak menulis-Alasan tangan saya berdarah..yg sebenarnya adalah setitik darah di siku (Firdaus)
Kawan saya yang menjaga kelas sebelah
Cikguuu...saya berak..huhuhuhu..
Kawan2 lain plak..cikgu..busuknya..tak tahan saya
Pergilah sang cikgu mencuci najis sang murid..
Friday, August 27, 2010
Apabila dah ter EK EK dalam seluar

Monday, June 7, 2010
Najis apakah ini?Mughallazah ka?Mukhaffafah?
Murid 1 : Najis Mukhaffafah
Alasan? : Sebab dia minum susu ibunya sahaja dan tidak lebih 2tahun
Murid 2: Oiii..anak anjing lah..Mana ada anak anjing minum susu tin
Murid 3: Habis najis apa ni?
Semua dah bingung...
Semalam borak2 dalam kereta pasal jenis jenis najis..Teringat anak muridku yang dapat soalan tricky dariku..Apakah jawapannya?Dan apakah alasan anda?
Monday, May 24, 2010
Dan Markah yang ditunggu-tunggu ialah...
Maaf ler bebanyak ye..Lambat plak nak kluar markah si Azrin Shah ni..Alhamdulillah..bukan aku je yg tak soba soba nak mengetahui markah si Azrin ni.Cikgu lain pun excited sama bila aku ceritakan perihal azrin kepada rakan sejawat.
Setelah aku menanda kertas bahasa arab si azrin ni..Ada beberapa soalan yang Azrin tak jawab kerana dia masih tak pandai menguruskan masanya.Maklumlah..orang "raaajin" sangat buat latihan sebelum ni kan.
Dan keputusannya ialah....
"
"
"
"
"
"
Markah ujian Bahasa Arab Azrin..dengan daya usahanya sendiri ..dan keinginannya utk mendapatkan kereta control dia..Azrin telah mendapat...
Wednesday, May 19, 2010
Rahsia tau ustazah!

Tuesday, May 18, 2010
Ustazah terlampau dua

Friday, May 14, 2010
Dapat Anugerah Guru Berdedikasi
Sunday, May 9, 2010
Kalah = Kecewa?
Thursday, December 31, 2009
Seharian bersama murid tahun 1 dan parent mereka
so seperti biasa..murid datang ke sekolah untuk melalui ujian diagnostik bagi melihat tahap pembelajaran mereka.Bagi murid yang agak lemah akan ditempatkan di kelas KIA bagi memberikan peluang mereka mendapat perhatian dan tumpuan yang lebih di dalam kelas.Jadi..tidak lah mereka ketinggalan kan.
Hari ini aku memang tidak duduk langsung.Dari sampai sekolah pkl 8.30 tadi sampai lah 11.30..aku berjalan ke sana ke sini bagi menunjuk ajar dan menerangkan murid2 cara menjawab ujian yang diberikan
Setiap tahun ada 2 masalah yang akan timbul pada hari orientasi
1. Masalah murid yang tidak tahu nama penuh mereka
2. Masalah ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada guru bagi menjalankan ujian dengan lancar
Mari kita lihat masalah pertama.Ia tidak menjadi masalah kalau nama mereka satu saja di dalam kelas tersebut.Tapi bermasalah bila nama mereka sama dengn murid2 yang lain.Nampaknya tahun ini..trend nama masih kekal dengan nama HAIKAL dan DANIAL..seperti ku nyatakan dalam n3 yang lepas.Jom kita tgok nama mereka
KUMPULAN HAIKAL
1.DANIAL HAIKAL
2.HAIKAL DANIAL
3.HAIKAL HAKIMI
4.HAIQAL
KUMPULAN DANIAL
1.HAZIQ DANIEAL
2.HAIKAL DANIAL
3.DANIAL IKMAL
4.DANIAL HAIKAL
5.AHMAD DANIAL
yang kelakarnya bila kita suruh tulis nama ayah mereka..mereka pulak bertanya padaku..SIAPA NAMA AYAH SAYA?hehehe..mana lah ustazah tau nak oii
Bagi nama perempuan tiada masalah sangat.tak banyak yang sama.cuma ada 2org sahaja yang berkongsi nama Aisyah
1.Aisyah Najehah
2.Syaitinah Aishah
Masalah kedua iaitu masalah parent..alhamdulillah..sepanjang 4thn aku mengajar inilah tahun pertama ibu bapa memberikan kerjasama yang sangat baik sekali.Kelihatan mereka semua ibu n bapa muda ni..anak anak sulung..walaupun riak wajah mereka agak risau apabila anak anak mula termenung2..tapi mereka tidak mengganggu kelancaran ujian dengan masuk ke dalam kelas mengajar anak mereka menjawab ujian.Seperti tahun yang lepas..kami terpaksa menjalankan ujian sekali lagi pada hari persekolahan dek kerana markah ujian tidak sah..
Jadi..hari Isnin nanti..aku akan berjumpa semula dgn murid2 dan meneruskan proses Pengajaran n pembelajaran pada tahun 2010.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran buat emak yang ke 51 tahun.Semoga emak terus tabah menjalani ujian yang Allah berikan kpd emak dan berbahagia dengan kehadiran cucu cucu emak.Amin
pss..tak sempat nak amek gmbr budak2 tu sebab bz sangat


