Assalamualaikum semua...
Kaifa hal? Atamanna an takuna fi sihhatin wa afiyah.In syaa Allah.
Berjumpa lagi di blog tentang dia.
2 bln yang lepas 5hb september saya sedang berpuasa tika saya membuat catatan di blog ini.Berpuasa untuk apa? Berpuasa sebelum menjalani pembedahan utk ectopic pregnancy.kalau sebelum ini saya rasa seperti tak mampu menanggung semua ini.Namun saya sememangnya kuat dan terpilih untuk melaluinya.
Saya nak kongsi kisah saya telah dilanggar minggu lepas.Tak tahulah apa yang tak kena.Memang fikiran tengah berserabut.Pulang pada pukul 5 dan dapat panggilan untuk mengawalkan slot ceramah saya.Mujur suami memang cuti hari khamis lepas..tapi serabut2 saya, saya masih belum terlupa untuk membaca doa memulakan perjalanan dan fokus kepada pemanduan.ketika saya berhenti di lampu isyarat dan ketika itu memang banyaklah kereta berhenti.Tiba2 terdengar bunyi seperti letupan.Dan kereta saya terdorong ke hadapan dan mati enjin.Kereta manual memanglah macam itu.Saya terkesima.saya terus memasang signal kecemasan.Untu beberapa ketika tidak saya dan tidak yang melanggar saya keluar dari kereta.Saya yang nak keluar ni pun macam2 di fikiran.Sengaja langgar ke? Takut orang berniat nak merompak...Apabila kereta dihadapan mula beredar saya pun memasang signal untuk ketepi.Dan si pelanggar ni pun buat perkara yang sama,Dan apabila saya hampir memberhentikan kereta..dia terus memecut dengan laju terus menuju ke arah perumahan.Saya yang terkejut terus membunyikan hon sepanjang2 nya.Saya sempat lihat pemandunya memandu kerta perodua myvi yang mana bahagian depan keretanya sudah pun bengkok dan terangkat gara2 perlanggaran.Sayangnya saya terlindung kereta di hadapan untuk melihat no platnya.
Kereta saya?Emm.. no plat yang baru ditukar telah pun hilang nombor dan hurufnya.
Walaupun marah dan geram kerana dia lari saya masih bersyukur saya berada dalam keadaan selamat.
Followers
Sponsored By
Tuesday, November 5, 2013
Langgar lari
Thursday, August 4, 2011
Boleh ke ibu menyusukan berdiet?Perlukah?
Maksud ku diet dgn bantuan minuman atau makanan untuk menguruskan badan..
Macam yg ku cerita dalam blog ini sebelum ini yg aku mengalami kenaikan berat badan yg memang banyak apabila mengandung..kalau masa peknenkan Rikazz aku naik dr 58kg sehingga 76kg pada saat melahirkan dan kembali ke 60kg dalam masa 5bulan selepas bersalin tanpa memakan apa apa ubat..tapi masa tu aku xdalah di provoke sgt dgn momokan yg badan aku dah mcm peti sejuk..Dan xda pun sesiapa nak sarankan aku berdiet..sbb selepas bersalin berat badanku turun dr 76 ke 63kg...
Apabila aku bersalinkan Riyash..berat badanku dr 60kg naik sehingga 84kg..dan selepas bersalin hanya turun sehingga 78 kg..Mulalah ramai yg "mengambil berat" tentang badanku dan pipiku yg dah mcm belon udara panas..tudung2 semua kena buka jahitan lehernya kerana pipiku yg tembam dan lapisan dagu yg berlapis lapis..Bukan sahaja kawan2..adikku sendiri selalu sahaja membandingkan aku dgn isterinya..selalu sangat mengatakan bahawa badanku seperti aku masih lagi mengandung..
Adik2 iparku..selalu sahaja menunjukkan wajah terkejut dgn badanku yg bulat hatta pembantu am rendah di sekolahku juga menenung badanku dr atas ke bawah dan direct menyatakan yg aku gemuk..sampai ada yg mengaku tidak kenal dgnku ketika hr pertama aku kembali mengajar.
Mak mertuaku pun slalu saja mengulang ulang kenyataan bahawa aku gemuk sangat..Hr pertama aku ke sekolah pd bulan 5 dgn berat 70kg.
Sehingga mggu lpas aku masih dikatakan gemuk ole mertua dan menyarankan aku mengambil HERBALIFE.jawapan aku...Aku xmau diet..Sbb aku menyusukan Riyash sepenuhnya dan msh lg menyusukan Rikazz..
Bukan Herbalife sahaja..malah Litchin..Rxlite semuanya menjadikan minuman sbg bahan diet..Kalau mengambil minumna minuman tersebut..perut jd kenyang..sehingga nafsu tertutup utk makan nasi..bukan diet ke namanya tu?Kalau saya hanya mendapatkan protein dan fibre dr minuman minuman tu..di mana karbohidrat vitamin dan sumber makanan yg lain yg saya perlu ada utk menampung keperluan bg badan saya dan badan anak anak?Adakah itu perlu?
Bukan saya xmahu kurus..sapa tak mahu kurus dan cantik..tp perlukah saya berdiet sbg ibu yg ingin menyusukan anknya sehingga anknya berhenti sendiri?
Hr ini berat saya sudah turun ke 63kg..Saya xberdiet..sy makan pil perancang dan saya wajib mkn nasi 3kali sehari demi memastikan pengeluaran susu saya tdk merudum...3kg lg saya akn kembali ke berat asal..sy xpasti bila dan sy sudah turun 2kg dlm ms 2mggu..klu penimbang saya rosak ..mknanya xbtollah apa sy ckp..
saya hanya yakin breastfeeding membantu kpd penurunn berat bdn..jd perlukah ibu menyusukan berdiet?
Monday, April 25, 2011
Bilik penyusuan dah jadi tandas?

Tak patut..tak patut..Bagiku memang tak patut betul si ibu C*** ni..Ceritanya bermula apabila aku menjadi pengunjung tetap bilik penyusuan di klinik kanak-kanak di PPUM.Sementara aku menantikan no giliran muncul di skrin..entah dah brapa kali lah si Riyash kelaparan dan kehausan.Nak susukan je dekat kerusi menunggu tu rasanya masih tak emergency lagi..Jadi sikit sikit aku masuklah bilik tu.
Bilik tu tak besar.Ada dalam 3 kerusi sahaja dan meja yang berlapik dan berpemukaan lembut.Mungkin disediakan bagi ibu ibu yang ingin menyalin diaper utk bayi bayi mereka.
Sewaktu aku masuk dalam bilik tu..adalah seorang ibu sedang mengepam menggunakan medela pump.Jenis apa aku tak pasti sbb medela ada banyak jenis kan.Muka ibu tu aku tak Nampak sbb dilindungi tirai.Ada juga hati nak tengok macamana medela tu berfungsi..Tapi nanti mengganggu ibu tu pula.Maka senyap sunyilah aku ketika menyusukan Riyash.
Tengah syok syok menyusukan tiba tiba masuklah si ibu C yang aku maksudkan tadi dengan seorang anak lelaki dalam usia 5 ke 6 tahun.Bersama sama si ibu tu bungkusan yang mengandungi container utk menadah air kencing.Dengan rasa tak bersalah dia buka seluar anak dia yang dah besar tu didepan kami.Kangkangkan anaknya dan basuh bird anaknya tu dengan tisu…
Aduhai tak selera aku..dah lah menghadap aku..Aku yang nak menyusukan pun rasa tak selera.Agaknya kalau Riyash faham..dia pun tak selera nak makan dan minum.Si kawan yang sedang mengepam ni agaknya merudum susunya..Dah lah anak dia tekan tekan pam cik kak ni..Sangat terganggu.Kalau dia nak salin diaper baby ke tak pelah lagi.Ini nak tadah air kencing budak lelaki dah besar.
Aku nak je tegur dia.Kalau takde orang tak pelah.Ni ada kami kan.Tengah menysukan.Dia tak hormat kita ke?Rasanya lebih sesuai dia bawak anak dia masuk toilet dan tadah kat situ.Dah tentu tentu tandas tu tmpat kotor.Ini dah lah dia lap bird anak dia dgn tisu yang dibasahkan.Lepas tu menjejeh jejeh airnya sebab dia carik tong sampah yang diletak diluar bilik oleh pihak pengurusan…
Patut ke perbuatan dia tu?huhuhuu….
Sunday, November 14, 2010
Kenapa mesti mcm tu??
Kenapa?Dia fikir aku cemburu dengan kehidupan dan kejayaan dia?
Ye..dia sekarang bekerja sebagai akauntan dan aku pula hanya guru biasa di sekolah rendah pulak tu.
Dia berkahwin dengan IR...aku pulak cuma berkahwin dengan seorang juruteknik kilang biasa.
Dia tinggal di apartment..Aku pula tinggal di rumah flat sewa pulak tu.
Dia selalu terbang ke sana terbang ke sini melancong.Aku ni..nak pergi Pahang pun x sampai2 lagi.
Pendek kata..hidup aku ni memang serba kekurangan.Tapi aku xpernah nak cemburu dengan kehidupan dan kejayaan dia..malah kehidupan dan kebahagiaan orang lain pun.Aku memang hidup xsenang..tapi aku bersyukur dan masih bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
Demi Allah aku xpernah sedikit pun nak cemburu dengan dia...
Dulu mungkinlah masa aku darah muda tu pun sebab nenekku asyik lebih lebihkan dia..puji dia melambung..kemudian nak suruh aku ikut cara dia..Itu aku tak setuju..aku ada cara aku tersendiri...
Mungkinkah kerana aku tidak mendengar nasihat emak dia..aka makcikku..yang tidak setuju dengan pilihanku waktu nak isi borang UPU masa nak pilih course apa di universiti dulu?Dia pertikai pilihanki mengambil Bahasa Arab di UIA dan menyuruh aku mengambil Diploma Pendidikan Islam di UTM..aku xmahu..aku tahu minatku...kerana itu satu keluarganya bencikan aku?
Kini..aku memang dah xkisah dengan dia..Nenekku pun sudah tidak membanding2 kan kami lagi.Yelah masing2 sudah ada hidup sendiri.Tapi aku kesal lah dengan sikap dia terhadapku.Dia asyik rasa aku perli dia..aku cemburu dgn apa yang dia ada..Tapi sikit pun x lah...Ya Allah..
Tuesday, August 31, 2010
Makanan yang dah sejuk
Friday, June 4, 2010
Apa salah kami?
Berbalik kepada tajuk di atas..Puncanya sudah 2hari rumahku ketiadaan air.Memang keadaan itu sering berlaku..Ku faham sbb SYABAS selalu mengadakan projek mengorek longkang atau menampal kebocoran paip utama dan mereka akan tutup air utk sementara waktu.Kami xdalah risau sangat sbb masih ada air tangki yang boleh bertahan selama 2hari.
Tetapi keadaan bertambah pelik bila ditanya jiran2 mereka kata rumah mereka ada air..Jadi..dimana silapnya kami..Adakah kerana kami xbayar bil?Tapi kalau xbayar bil dan mereka nak buat pemotongan mestilah mereka beri notis pemotongan.Ini tak ada.Memang bil kami ada tertunggak tapi 30RM je..ni gara gara MR Rizal yang rajin sangat bayar bil.Dia kata kumpul dulu sampai banyak baru bayar sekaligus.Ada juga manusia macam ni?Laki siapalah ni..ish ish ish.
Apabila kes ini berlarutan..kain menimbun perlu dibasuh.Air masak semakin kering.Pinggan longgok sudah mula membukit..Air untuk mandi tinggal sedikit..Yang paling susah nak solat ni nak wudhuk..Nak dapat air bersih mana?Lainlah kawasan ni dekat ngan air terjun ke..laut ke..xdalah kami merungut.
Aku minta Rizal cek paip dibawah bimbang ada budak nakal yang menutup paip utama.Tapi Rizal kata tak mungkin..Geram jugak sebab dia buat selamba je..
Hari ke2 ketiadaan air emakku dah tak sabar.Dia bawa Rikazz pergi tengok paip dibawah sedang aku bersiap siap nak pergi kerja.Tiba tiba emak naik dengan suara yang cemas...
METER DAH TAK ADA...AIR DAH KENA POTONG!!!!
Bila Rizal dengar baru tergezut dia.Kita cakap xmau dengar.Aku meminta Rizal menguruskan perkara ini dan merujuk kepada SYABAS.
Rupa2nya :
1.Tuan Rumah lama potong nama di SYABAS
2.Tuan Rumah baru (Adik ipar tuan rumah lama)Tidak diberitahu tentang pemotongan akaunnya
3.Penyewa rumah ni (Kami) Langsung tak tahu menahu
4.SYABAS plak pergi cabut meter sebab dia pk rumah ni dah kosong
Selepas Rizal mendapat tahu masalah ini ..dia cuba menghubungi tuan rumah lama tapi tak berjawab.Huhuhu..Mujur tuan rumah baru cepat2 daftar nama dia kat SYABAS.Kalau tak..mungkin masalah ni akan membawa ke hari hari yang seterusnya.
Setelah didesak beberapa kali barulah SYABAS menghantar pekerjanya untuk memasang kembali meter.
Kepada tuan rumah lama..janganlah pentingkan diri sendiri.Rumah ni ada orang duduk.Bukan kami xbayar bil bil tu semua.Sewa pun xpernah sangkut.Risau lepas ni dia nak tukar nama untuk elektrik pula.Bimbang tetiba je umah gelap gelita angkara xdiberitahu dia nak potong nama...
Friday, May 28, 2010
Barangku kena curik
Benda apa?
1.Wiper
2.Antena
Huhuhu..isnin yang lepas..di pagi hari aku dah lambat g keje.Bila dah undur kereta keluar dri garaj..baru perasan wiper kete ku dah togel?Dua dua..hati n minda terpikir pikir..siapa plak yang cabut?Aku teruskan juga perjalanan..berharap agar perjalanku itu tidak ditemani rintik2 hujan.Kalau rintik2 ok lagi..kalau lebat?
Bila sampai disekolah..baru ku perasan bukan wiper je kena sebat..antena pun sama.Bila ku kol suamiku..dia punyalah marah.Antena tu bukan murah2..Wiper takpe lah juga.Murah..
Akhirnya sehingga hari ini..radioku berehat untuk seketika..serik nak beli antena.Takut kena kebas
Sunday, November 15, 2009
Jenayah Siber..aku menjadi mangsa?
aku dikehendaki pergi ke cawangan bank islam terdekat dan membuat aduan serta mengisi borang..dalam borang tu aku dikehendaki mengisi maklumat berkaitan jumlah wang yang dipotong dan co yang mengeluarkan tanpa izin serta sebab aku menuntut kembali ganti rugi dari bank islam..alhamdulillah setelah seminggu aku berjaya mendapat semula 600 tu..
perkara yang sama berlaku kepada mummy qis..ada kat blog list aku..kasihan mummy qis..ada penyangak yang telah berjaya mengeluarkan 1800 dari akaun maybank nya..sekiranya ada perkara sebegini mendatangi anda..berhati hatilah ye..sebab sejak kejadian itu..aku sangat berhati hati..huhuhu
Monday, July 13, 2009
Dendam sang tikus
Adakah ini rupa tikus berhantu itu?Kali ini..aku akan menulis sebuah kisah yang amat misteri..adakah lebih misteri dari kisah adani dan pulut kuning?(http://www.qiqagirls.blogspot.com)..ataukah/ lebih misteri dari itu?nantikah kisah selanjutnya dari penulis blog tersohor abad ini..SEGALANYA DISINI.hehehe..ok lah straight to the point..kisah ini tentang seekor tikus yang mula berminat dengan rumah dan dapurku..aku mula mengesan kehadiran tikus ini sejak aku hampir hampir melahirkan rikazz hujung tahun lepas..itu pun aku dapat kesan apabila aku terjumpa sebiji tahi tikus di atas lantai dapur rumahku.aku mula resah dan mencari cari seandainya tikus itu sedang berada di rumahku..namun tidak ku temui..lalu aku biarkan saja keadaan itu..namun tikus tersebut semakin berani menunjukkan rupanya sejak dua menjak ini dan mula mengencingkan kabinet dapurku..habis plastik2 yang kami kumpul dikencingkannya..aku semakin berang namun masih memberikan peluang untuk tikus itu berpindah ke rumah orang lain.hahaha..aku juga sudah menemui pintu masuk tikus itu..iaitu lubang air di dapur..tetapi suamiku sudah pun menutup lubang tersebut..mungkin itulah mulanya si tikus menetap dirumahku..sebab dia sudah tiada jalan pulang lagi ke tanah..sepupuku nadia fatin yang tinggal di rumahku baru baru ini juga turut bertemu dengan sitikus..namun tikus tersebut tidak berani menonjolkan wajahnya depan suamiku..jadi sehingga ke hari ini..suamiku masih tidak percaya bahawa tikus tersebut menetap dirumahku..baru baru ini..ketika nadia memasak..dapur gas kami bergegar gegar..nadia hampir hampir percaya yang petaling jaya dilanda gempa bumi mini..namun prasangka itu meleset apabila tiba tiba tikus tersebut keluar dari bawah dapur yang sedang berapi..terus menuju ke lubang air..sejak itu..kami percaya tikus tersebut tidak akan berani lagi masuk ke rumah semenjak badannya hampir terbakar dibwah dapur gas..namun..tikus tersebut lebih mengganazz dan mula mengencingkan kabinet yang telah dibersihkan..aku pun membebel lah memarahi tikus itu..tiba tiba nadia menegur..KAKLONG..JANGAN CAKAP MACAM TU DENGAN TIKUS..TIKUS NI BINATANG YANG PANDAI DENDAM TAU..ESOK DIA GIGIT PULAK WAYAR MESIB BASUH KAKLONG..BARU KAKLONG TAU..dengan nada yang marah aku menjawab..AHHH!!DIA INGAT DIA PUNYA DENDAM JE?KAKLONG PUNYA DENDAM DIA TAK TAU?huhuhu..pagi tadi ternyata kata kata nadia betul..tikus tu berdendam dengan aku..korang nak tau apa dia buat?dia pecahkan pinggan sampai berderai halus halus..giler..pagi tadi aku dengan mata yang belum berbasuh tiba tiba blank sekejap bila tgok keadaan dapur yang penuh dengan kaca..mana tak nya..halusssss..sangat sampai dah tak nampak rupa pinggan..bukan tak pernah pinggan atau cawan pecah kat umah ni..tapi takdelah sampai halus berderai mcm tu..berdarah gak kakiku kerana terpijak kaca yang halus tu..nadia yang datang selepas itu turut terkejut dan meyakinkan lagi aku dengan dendam si tikus..jadi hari ini..aku dah belikan makanan tikus..special untuknya..supaya dendam aku dan tikus sama sama terbalas...aku dah beli KEK RACUN TIKUS..makanlah puas puas tikus oiii..zalim tak aku?