Senang kan nak ingat?saya mengambil Spm tahun 2000.Ketika itu..Spm terbuka kali pertama diperkenalkan.Apa itu Spm terbuka?sistem gradingnye dah tak ikut pangkat2 tapi ikut berapa banyak A yg kita perolehi.
Sy mengambil Spm di SmBenut..tumpang pusat sbb sekolah kami sekolah rakyat dan xcukup calon utk menjadi satu pusat.
Apa target saya masa SPM ek?saya xberani nak target tinggi2 sbb orang kata SPM ni susah.kalau dulu nak dapat PANGKAT 1 agreget 6 uiii susah mak ai...maka tak beranilah saya meletak target yang rasa sukar dicapai oleh akal saya ni...
Apa yg saya buat masa Spm...preparationnya ialah jawab mcm2 soalan yg pd buku2 rujukan n latihan yg dijual di kedai.Habis buku sendiri...buat pulak buku org lain.Itulah kerja saya beberapa bulan sebelum Spm.
Masih ingat lagi...paper terakhir ialah Bahasa Arab Tinggi...lepas paper tu kami laung MERDEKA!!!
Bila result kuar...cikgu2 suruh saya teka apa result saya...saya dah takut nak dengar.Sebab masa paper Al Quran As Sunnah saya tidur setengah jam ms exam...hahaha...
Bila tengok result tu..alhamdulillah..saya memang mencapai target..
Saya berjaya memperoleh 6A1 malah ada lebihan pulak 1A2..kira2..semua saya dpt 7A lah...subjek lain?hahaha...mmg aneka warna lah.
1B3
1B4
1C5
1D7...
Apa yg 7 tu?ha...inilah pencapaian terbaik saya selama saya belajar Matematik tambahan..Dpt 7..hahaha...
Dengan result yg diperoleh..saya tidak berfikir panjang lagi utk mengisi borang UPU dan memilih course Bahasa Arab di Uiam...
Terima kasih kpd guru2 yang gigih mengajar kami..cikgu jalijah cikgu maths modern yg memberi tunjuk ajar add maths tu..dan cikgu best..cikgu sejarah saya..arwah cikgu bachok yg baru meninggalkan dunia ini.Alfatihah utk almarhum
Followers
Sponsored By
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Saturday, March 22, 2014
Saya SPM 2000
Thursday, November 11, 2010
Bila pengumuman UPSR diumumkan

Mula mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 2010 ku yang berjaya memperolehi 5A..4A 1B..4A 1C dan 3A2B..Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak yang memperolehi keputusan UPSR hari ni.Bagi yang berjaya tahniah kerana anda memberikan sokongan padu kepada anak anak.Kepada anak yang kurang berjaya ..kegagalan hari ini bukan bermakna anda telah gagal dalam hidup anda selamanya.UPSR ni hanya permulaan cerita..Tak semestinya anda tak berjaya mendapatkan keputusan yang cantik dalam peperiksaan ini telah menentukan masa depan anda.Belum tentu murid yg berjaya dpt 5A terjamin cemerlang dalam hidupnya..itu semua tidak akan terjadi andai keputusan ini telah menyebabkan anda memikirkan kejayaan akan sentiasa menjadi milik anda.Ingatlah sekali kita lalai dalam hidup...akan menjejaskan masa depan kita.
Hari ini memang sangat meriah utk sekolahku..sedang2 sibuk menjalani raptai hari anugerah cemerlang..GPK pun pulang dengan wajah gumbira..hati anak anak dah mula dirundung gelisah.Sibuk bertanyakan kepadaku siapa yang dapat 5A...
Apabila result diumumkan..mengalirlah air mata apa bila nama mereka tiada dalam senarai murid murid yang cemerlang.Merah merah lah hidung bibir dan mata akibat kecewa dengan keputusan yang tidak disangka.
Suasana itu mengingatkan aku pengalaman aku sendiri apabila diumumkan keputusn UPSR.Sekolahku mempunyai 9buah kelas tahun 6 sahaja dan aku berada di dalam kelas pertama.Dan majoriti kawan kawan sekelasku mZemang bijak bijak orangnya dan kini masing2 telah berjaya dalam kerjaya masing2...Zaman aku dulu hanya ada 4 subjek sahaja diambil kira.Tunggu punya tunggu..namaku tidak tersenarai dalam murid yang mendapat 4A..aku dah mula sedih.Mana taknya..aku lah harapan keluarga.Anak sulung.Bagaimana nak berdepan dengan mak nak menyatakan result aku tu?Walaupun tidak berjaya mendapat 4A..aku berjaya juga mendapat 3A1B..Dengan air mata yang bergenang aku melangkah jua ke hadapan perhimpunan untuk mengambil result..Dalam masa aku ingin ke hadapan tiba tiba seorang rakanku pengsan.Dia tidak dpt menerima kenyataan bahawa dia tidak mendapat 4A..Lepas bangun pengsan semula..menangis sayu mengenang nasib..
Tapi itu dulu..kini aku sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan.Insyaallah selepas melahirkan Riyash aku akan cuba meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.Dan rakanku yang pengsan pengsan tu mendapat 3A IB dan kini telah pun berjaya memegang jawatn engineer...
Begitulah kisahnya...
Tuesday, May 18, 2010
Kuih Belacan

Di suatu pagi yang indah, seorang kanak2 perempuan berusia 3tahun lebih sedang me'ngemas' dapur.Ibunya pula sedang mengemas rumah.Pandangan budak itu telah terlihat kepada satu benda yang terletak cantik di dalam sebuah bekas yang bertutup.Benda itu berwarna coklat berbentuk bulat.
Perasaan ingin tahu budak itu telah mengajaknya membuka penutup bekas tersebut lalu terserlahlah keindahan makanan yang berbentuk bulatan itu.Hati si budak tertanya2..apakah bendanya ini?Nampak lazat..tidak pernah pula emak hidangkan makanan itu untuknya.
Si anak bertanya...air liurnya sudah terembes terangsang dengan keindahan rupa bentuk makanan bulat itu.Tidak sabar2 si anak mengetahui apakah bendanya itu.
Emak..ooo emak..ni apa?Sambil membawa bekas yang berisi makanan bulat.
ooo..ni kuih.Jawab emak
Kuih?pasti sedap.Fikir si anak.
Mak, boleh tak along makan?
Makanlah.Jawab emak.
Tanpa berlengah2 lagi si anak makan hampir separuh 'kuih' bulat itu.
Sejurus selepas itu, kedengaran suara si anak menjerit kuat lalu menangis.
Emak...kenapa kuih ni pedas?Uwaaa
Kelam kabut si emak meluru mendapatkan anaknya yang sedang menangis.Dengan wajah yang penuh kesalan si ibu berterus terang..Tidak disangka si anak betul betul ingin makan kuih itu
Kenapa along makan?ni bukan kuih..ni BELACAN..terang si ibu sambil menangis penuh rasa bersalah.
Keadaan yang sama hampir berulang lagi apabila petang tadi anak kepada kanak2 perempuan itu tertarik dengan belacan yang terletak cantik di dalam bekas.Lalu..kenangan makan kuih belacan terimbau kembali...
Ibu dan bapa ada lah guru pertama yang membentuk persepsi hidup seseorang kanak-kanak tentang dunia mereka.Mereka amat percaya dengan setiap maklumat dan perbuatan ibu bapa.Oleh itu sebagai ibubapa kita perlu memberi pennerangan yang jelas kepada anak2 apabila mereka bertanya.
Tuesday, May 11, 2010
Biskut Lemak + Serbuk Milo =?

Em..kalau tengah ada idea nak menulis tu..mcm mcm topik keluar.Tapi kalau dah malas dan xda idea yang menjelma..diam je lah blog nazla ni kan.
Kali ni..aku nak cerita pasal makanan faveret masa aku duduk asrama sekolah menengah dulu.
Biskut lemak dan milo memang makanan WAJIB BELI bagi semua pelajar ASPURI ANNUR dulu.Rasanya..memang semua lah mesti beli.Kalau dah kehabisan stok makanan ni..kami akan duduk berkumpul satu bulatan besar..depan loker masing2..share lah makanan ni.Kiranya..makanan pengerat ukhuwah lah ni.Masanya?eh..ada masa..bukan semua masa boleh makan ni..masanya ialah balik sekolah petang..lepas mandi..sementara menunggu masuk waktu maghrib.
Acara kenduri petang pun dimulakan.Bahan2nya:
1.Biskut lemak Hup Seng
2.Milo
3.Air panas
4.Cawan
Cara2 menyediakannya:
Ambil milo dalam kuantiti yang hampir suku per cawan
Tuang sedikit air panas ke dalam cawan (Biarkan milo agak pekat)
Hancurkan biskut lemak
Gaul rata bersama milo pekat tadi
Sedia untuk dimakan...nyummm
Fuhh..memang sedap..lebih2 lagi waktu petang tu tengah hujan..memang sesuai lah
Sehingga kini..aku masih lagi mengamalkannya.Rikazz pun suka kalau aku suapkan biskut milo ni.
Pernah tak korang sediakan makanan ni?Atau korang ada jenis makanan lain yang boleh dikongsi bersama????
Monday, May 10, 2010
Ajaran Sesat di sekolahku

Opss..bukan sekolah tempat aku mengajar skarang ni ye..cuma aku nak kongsi cerita zaman aku bersekolah menengah dulu.Aku bersekolah di sebuah sekolah Arab milik persendirian.Bukan sekolah kerajaan.Ia terletak di Pontian Johor.Sistem yang digunapakai di sekolah itu adalah sistem sekolah pondok Indonesia.Taksub sangat pengetua ku itu dgn Indonesia.Dia kata sistem sekolahnya sangat bagus..
Sepanjang aku berada disana..aku memang rasa sangat tertekan.Dengan pihak pentadbir yang membuat undang2 sendiri..Kuku besi..memang tak seronok dengan kemudahan yang serba kekurangan.
Satu ketika anak lelaki pengetuaku pulang dari Indonesia dan mengambil alih tampok pemerintahan sekolah dari bapanya.Itu lah permulaan satu ajaran pelik yang kami kategorikan sesat di sekolah itu.
Ajaran itu tidak bernama..pengikutnye terdiri dari pelajar2 sekolahku sendiri.Sesiapa yg menyertai kumpulan tersebut akan suci dr segala dosa2nye yg lalu..pengikutnya mampu mengubati penyakit.Aktiviti mereka beratib dengan kuat tiap2 mlm disurau sambil menumbuk2 lantai dgn kuat.Katanya membunuh syaitan.
Yg kelakar..pengikut ajaran ini dapat berehubung terus dgn nabi muhammad..dapat berjalan2 ke syurga dan juga neraka.Mereka mmpu melihat alam ghaib dan membaca isihati manusia..
Dan lebih kelakar lagi satu hari semua pelajar lelaki yg mengikuti kumpulan ini dikatakan telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di barat.Aku lupa tempatnya dimana dan yang paling melampau..bila mereka melihat perempuan ..mereka nampak kami berjalan dengan keadaan berbogel.
Waktu itu..kami betul2 confuse..Sbb kami bru sahaja mempelajari hadist kunci alam ghaib ada 5.Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya..
Kami sebagai pelajar biasa hanya mampu memujuk kawan2 supaya keluar dari kumpulan itu kerana kami merasakan mereka sudah melampaui batas..Hari2 kami berdoa agar Allah membantu rakan2 kami yang sudah terpengaruh dgn ajaran tersebut.Yelah..semenjak mereka memasuki kumpulan itu..mereka sudah mula tidak dtg ke kelas krn tidak tidur..prlajaran sudah ke mana..diri sendiri tidak terurus..Mereka hanyut dengan dunia mereka sendiri
Doa kami dimakbulkan Allah apabila satu hari jabatan agama Islam Johor datang ke sekolah kami dan membuat siasatan bahawa ajaran tersebut adalah ajaran yang menyimpang dari jalan Allah dan mesti dibubarkan...Sejak itu barulah kawan2 kami peroleh semula kehidupan mereka
Sebagai orang Islam..bila berlaku perkara mcm ni kita kene ingat beberapa perkara"
1.La ilaha illallah-Tiada tuhan Selain Allah
2.Nabi Muhammad pesuruh Allah
3.Al-Quran telah habis diturunkan sebelum kewafatan Rasulullah
4.Kunci perkara ghaib hanya Allah yang tahu...

Wednesday, April 7, 2010
Gegarannya ku rasakan

Bumi kita semakin tua.Dengan berlakunya bencana alam seperti gempa bumi menandakan bahawa bumi kita semakin sakit dan lemah.Sudah pelbagai penyakit yang menimpa bumi kita.Sehebat mana bumi kita..berjuta juta tahun ia mampu menampung segala hidupan yang ada.Namun bumi tetap makhluk yang pastinya akan mati.
Negara kita dikejutkan dengan gegaran kecil kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Acheh.Dahulu..sewaktu tsunami melanda Aceh dan beberapa buah negara lain termasuk Malaysia..keadaan ini juga yang berlaku.
Masih segar dalam ingatanku..waktu itu aku berada di tahun akhir di UIA.Sewaktu aku sedang berbual-bual dengan rakanku Olin di tangga Batu Caves kami gelarkan ia..di tepi Mahallah Nusaibah dan Sumayyah menghadap ke jalanraya..Tiba tiba pemegang tangga bergoyang dengan kuat.Kami yang sedang rancak berbual terdiam sambil menjenguk ke jalanraya kalau kalau ada lori besar yang lalu yang menyebabkan jalan bergegar.Namun sunyi..Sebanyak 2 kali pemegang besi di tangga itu bergoyang dengan kuat.Aku mula risau..dan tidak sedap hati..mulutku berkata..LIN..TAKKAN LAH MALAYSIA NAK KENE GEMPA BUMI.lalu aku pun meminta izin Olin untuk pulang ke Mahallah ku Mahallah Hafsah.
Masih tidak berfikiran apa apa yang buruk dan ku lihat penduduk Hafsah berkeadaan seperti biasa sahaja..aku pun menuju ke Cyber Cafe..Ketika di Cyber Cafe menunggu giliran PC, terdengar bunyi gegaran yang kuat.Seperti sebuah letupan.Sebanyak 3kali..serentak itu, lantai bergegar dan kami yang berada di dalam CC mula pening dan loya.Keadaan kami terhuyung hayang.Aku tidak sedap hati lalu pulang ke bilik.
Sepanjang perjalanan ke bilik, penduduk yang sedang menonton berita bergegas pulang ke bilik masing2.Baru ku tahu rupanya amaran tsunami dikeluarkan kerana berlaku gempa bumi di Aceh yang turut melibatkan negara kita.Aku cepat cepat mengejut sahabat sebilikku Maryam yang sedang lena dibuai mimpi.YAM..BANGUN YAM.GEMPA BUMI.SEMUA ORANG DAH KELUAR DARI BANGUNAN.
Barulah Maryam membuka mata dan menyatakan patutlah sewaktu dia tidur, katilnya bergoyang2.Kami semua berkumpul di halaman Hafsah.Aku mengambil kesempatan menelefon emak di Johor.Sayu sungguh hatiku waktu itu.Aku sempat memohon ampun dan maaf atas segala kesalahanku dan menceritakan apa yang berlaku di UIA.Aku bimbang aku tidak dapat bertemu emak lagi.Lalu terjadilah acara tangis menangis diantara penduduk Hafsah dan keluarga masing2.Saat itu..aku redha kalau nyawa ku hanya sampai disitu sahaja.Kami semua berdebar menanti ajal masing2 seandainya gegaran yang lebih kuat berlaku yang pastinya akan meragut nyawa kami semua.
Namun setelah tengah malam..tiada lagi gegaran yang berlaku dan didengar.Kami masuk ke bilik masing2 sambil ternanti2 adakah matahari esok akan dapat lagi kami saksikan keindahannya.
Setelah apa yang aku lalui..barulah ku dapat faham dan rasai bagaimana perasaan penduduk yang mengalami gempa bumi menanti maut memisahkan mereka dari keluarga dan insan tercinta.Rasa pening..loya dan terapung2..itu baru sedikit..hanya tempiasnya sahaja.Bagaimana keadaan mereka yang berada di negara malang tersebut?
Tiada laporan berita tentang kejadian gegaran di UIA dilaporkan.Yang ada di uitm Shah Alam sahaja waktu itu.Syukur..hingga kini aku mampu bernafas dan melahirkan seorang anak.Allah masih memberi peluang aku untuk menikmati keindahan alam nikmat kurniaannya.Subhanallah..Masyaallah Allahuakbar.
p/s : masa gegaran berlaku yang terlintas di fikiranku..tak dapatlah merasa nikmat perkahwinan.hahahah
Monday, January 4, 2010
Januari muncul kembali
Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat datang 2010..esok..aku akan memulakan kembali tugasku secara rasmi.Persediaan telah pun ku lakukan bagi menghadapi murid2 esok hari..masih dlm mood bersemangat ni..harap2 semuanya berjalan lancar esok.
Sabtu lepas..aku menghadiri majlis hari lahir FARIS NAJMI..yang pertama..Epi bufday Faris Najmi..dan tq kak ina krn jemput naz sekeluarga.Makanan banyak dan sedap terutama trifle tu..eh ye ke trifle?sapa agaknya yang buat ye?
January adalah permulaan setiap kehadiran tahun baru kan?dan january juga amat bermakna buat diriku krn bayi pertamaku dilahirkan pada bulan inii..Em..apa ye perasaan aku bila anakku hampir menjejaki usia setahun ni?sedihkah seperti Dira?hehehe..mmg sayu..rasanya..hampir hari2 aku kata..Mana anak ibu yang dah besar ni?mcm tak percaya aku mampu menjadi ibu dan mampu membesarkan anakku sedangkan tidak terbayang dan tergambar keadaannya satu waktu dulu
Alhamdulillah..usia setahun proses penyusuan Rikazz semakin hampir..tinggal beberapa hari sahaja lagi..aku akan mencapai kejayaan itu..memberikan Rikazz susu ibu..terasa amat bersyukur krn Allah mempermudahkan perjalanan ini..Dan Rikazz juga krn sentiasa memahami ibu dan memberikan sokongan agar ibu terus kuat meneruskan perjuangan ini..
Buat kawan2 yang sudi membaca coretanku selama ini.Terima kasih kawan.Walaupun kisah kita berbeza..dari perbezaan itulah aku belajar..terima kasih jua kerana sudi berkongsi pengalaman..ilmu dan memberi pendapat dan teguran kepadaku..
Kepada yang benci dengan blog ini dan tuannya..maafkan aku kerana aku tidak mampu memuaskan hati semua orang..Kalau kalian rasa penulisanku membosankan dengan gaya yang katanya meraih simpati..itu adalah gaya penulisanku..Kisah hidup tak selalunya bahagia..kalau kisah bahagia..tentulah nadanya berlainan dengan kisah sedih bukan?Aku adalah aku..yang menentukan jalan hidupku adalah aku..Diriku adalah hasil perjalanan hidup yang aku lalui..dan begitu juga kamu..Kita berbeza..namun perbezaan itulah yang melengkapkan hidup kita
Buat sahabat alam mayaku yang kini menjadi sahabat baikku..HAZLINA..NADIRA..DAISYZARINAH..KARTINA..terima kasih kerana menerima diriku seadanya..walaupun daku ustazah..tapi aku hanyalah manusia biasa..maafkanlah aku andai aku melakukan kesilapan..kerana aku bukan MAKSUM..
buat kak ROZDIAWATI..kalau ada jodoh antara anak kita..dapatlah kita bina jambatan emas dan perak dari KL ke PERAK ye..
azamku?biarlah menjadi rahsia diriku..
Sunday, December 27, 2009
Selamat Pengantin Baru Angah

Baru teringat nak tengok kad kawin Angah ( ex bf aku) dekat flickr..sbb dia jemput melalui sms..eh..sapa angah ni?adik aku ke?..hehehe..bukan..ingat lagi tak entry aku YANG BERTANDANG DAN MENENDANG?yang psl rentetan percintaan aku dr dolu smpi jumpa B?ada jejaka ke berapa tah..yang aku tulis status baru kawin..ha..ni ler orangnya..
Memandangkan Angah ni keje sebagai pereka grafik kat MELAKA HARI INI..tu yg kenduri kawin dia masuk dlm paper tu..
Pape pun Along ambil kesempatan kat sini nak wish
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANGAH DAN ILLA
semoga kalian dianugerahi Allah kebahagiaan dan zuriat yg comel2...
dari Along n Family
Tuesday, December 1, 2009
Disember yang penuh kenangan
Bunyi tajuk je dah tahu yang aku nak cerita pasal kisah silam ye.Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Bulan Disember..Apa yang bermakna sangat tentang bulan Disember ni?
Bagi shopping Mall - Disember ni bulan nak buat YES ye..year end sale
Bagi shopping Mall jugak- Disember bulan nak putar n hias hias kedai2 dgn perhiasan krismas
Bagi mak bapak-Disember bulan utk persediaan nak beli kasut baju n buku sekolah anak anak
Habis bagi aku?
Bagi aku..Disember adalah bulan yang penuh dengan kenangan...sebab
Bulan ulangtahun pertunangan aku
Bulan ulangtahun pernikahan aku
Bulan yang telah mengubah status anak daraku menjadi tunangan orang dan isteri orang
Baiklah kawan2..aku nak cerita dulu tentang kisah pertunangan aku dulu..kisah pernikahan nanti nanti lah...
Bagi kawan2 yang pernah terbaca n3 sebelum ini ttg bagaimana bermulanya perkenalan aku dengan Muhamad Rizal suamiku dah tentu tahu bagaimana kami saling mengenali kan..Senang kata bagi yang belum tahu..cinta kami cinta internet..Selepas pertemuan kali pertama yang membawa aku ke puncak genting..B telah melamarku sewaktu roda kereta menuruni Genting Highland..bagi sesapa yang pernah bertanya kenapa aku suka sangat pergi genting..inilah sebabnya..MEMORI CINTA KAMI BERMULA DI PUNCAK GENTING..kenangan tu kengkawan..tak boleh dijual beli..Setelah bertemu buat kali pertama..B telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminangku 3bulan selepas itu.Selepas gambarku yang jelita (kikiki) ditatap oleh bakal ibu mertuaku(masa tu lah)..dan B pun menyuarakan hajatnya ingin memperisterikan aku kepada emaknya..kami pun membuat janji lah untuk sepakat memilih tarikh pertunangan..oh ye..masa pes time mak mertuaku SALAMAH BT AHMAD menatap gambarku..dia terus berkata bahawa wajahku iras adik B SITI FARHAH..siti tua setahun je dariku..tapi kan..sampailah hari ni..kalau aku berjalan dengan mertuaku..orang2 yg kenal mertuaku tp tak rapat kata aku ni anak mereka dan Rizal tu menantu pulak..HEHEHE..dah jodoh kan..apa yg sama pon..ku tak tahulah..
Ok sambung cerita..maka kami menetapkan tarikh 24 DISEMBER 2006 sebagai hari pertunangan..itupun lepas tukar beberapa kali.Kali pertama aku lupa tarikhnya..Disember jugak..terpaksa dibatalkan kerana JOHOR DISERANG BANJIR BESAR..rumah aku yang rumah kampung atas pun selamat diselimuti air bah..masa tu yg aku pikir hantaran je lah..huhuhu...air memang tinggi..sehingga menenggelamkan semua bahagian tingkap nako rumahku.Mujur hantaran sempat aku simpan di pangkin yang mmg kami sediakan awal sebagai langkah keselamatan kalau banjir..kalau tak..mana aku nak cekau duet beli barang lain..uwaaaa...masa tu baru habis belajar..kerja pun gaji setakat 800rm sebulan.sungguh tragis waktu itu sebabnya aku tak tau apa cerita rumah sebab masa tu kami semua dipindahkan ke sekolah.
Masa tidur kat sekolah sempat aku Call B tanya dia..andaikata hantaran dihanyutkan banjir..aku mintak maaf..n akan aku qada' selepas itu..mujur keluarga B memahami situasi kami masa tu..Namun bersyukur kepada Allah kerana semua hantaran terselamat.Seminggu sebelum pertunangan..B datang ke JB untuk menolong membasuh rumah yang penuh lumpur..tinggal beberapa hari je lagi hari pertunangan tapi rumah dah tak rupa rumah..bayangkan..semua kerusi kusyen habis..lumpur tebal..
Apabila waktu yg dinanti tiba..aku berdoa siap buat solat hajat agar janganlah JB diserang banjir lagi..setelah melihat keadaan rumah..aku dan keluarga bersepakat menumpang rumah pakcikku utk acara pertunangan..memang semua rumah sama je keadaannya tapi rumah pakcikku lebih elok dr rumahku..Maka..24Disember2006..selamatlah aku menjadi tunangan kepada Muhamad Rizal dengan hantaran 7 berbalas 5 dan dua bentuk cincin..sebentuk cincin tunang dan sebentuk cincin risik...Fuhhh..lega

Subscribe to:
Posts (Atom)